Bersarapan pagi dengan Jagung Kelapa

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi Sabtu...

So pagi ni ke Pasar Keramat dengan dhubby..yeahh dhubby dari Kelantan dah balik 3 hari lepas dan siap beli sayuran dari Cameron lagi so no vegies la kecuali ayam, daging, ikan, udang dan sotong yg mmg kena beli seperti kebiasaan..nak lagi cuti sekolah ni..so mmg kena extra sebab walau Umi dah masak..ada jugak tukang masak menambah lauk-pauk ikut cita rasa diaorang tu.

Sebenarnya nak share resepi orang kampung gitu...siapa pernah makan Jagung Kelapa ni  atau ada nama lain kot..hehe rasanya ramai kot yang pernah makan kan terutama orang dari Utara...cuma Umi ler agak outdated sebab mmg dari muda dulu tak suka benda manis2 sbb Umi mmg dah cukup manis..hahaha

Kot kalau siapa tak pernah cuba dan nak cuba..boleh la buat ya

ni dhubby buat bkn cheq...kalau cheq buat dia komplen banyak..hehe
Bahan:
2 biji jagung
Kelapa parut - yang putih
Gula dan garam secukup rasa

Jagung direbus - tak payah letak garam sebab kalau jagung fresh dari Cameron ni makan mentah pun dah ok.  Lepas direbus, ditoskan dan disagat jagung tu dengan pisau.
Dalam pinggan yang berasingan letak kelapa parut dan digaul dengan garam dan gula. Masukkan ikut anggaran, jangan terlalu manis dan masin pulak.  Kemudian campurkan jagung dan digaul hingga rata.  Tadaaa dah boleh dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang.  Pastu buatlah air teh ke atau nescafe baru la ngam..hehe

Ok dah selesai bersihkan ikan dan apa yang perlu..ni nak pergi mandi dan bersiap nk ke kenduri kahwin anak kawan dhubby.

Balik nanti kita jalan2 kat blog2 pulak naa.. ^ ^

Auf wiedersehen!

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!