Makanan apa penggalak Cyst atau Fibroid ? jom kita elakkan !

Assalammualaikum wbt..

Sebenarnya artikel ni dah lama disimpan dalam draft..ada la kira2 4 tahun kot..peram punya peram dah macam labu peram pulak tapi nasib tak basi 😅😅

Hanya nak kongsi serta saling mengingati sesama kita tentang pemakanan kita yang antara penyebab pelbagai penyakit yang kemungkinan boleh kita cegah atau kawal tapi kekadang tu dah tertulis jadi tak boleh nak buat apa kan.

Kat sini ada senarai makanan yang kita harus elakkan ok...selamat membaca!

1. Soya dan evening primrose - mengandungi phyto estogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungi seaakan-akan estrogen.  Jadi bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan menggalakkan pembesaran cyst.  Setiap wanita ada cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang atau tidak boleh hilang
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2. Ayam - disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.
3. Ikan keli yang dibela
Kalau nak makan ikan keli kena yang ditangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.
4. Kawal pemakanan
Kolestrol juga adalah penyebab kenaikan hormone estrogen atau dipanggil precursor kepada estrogen.
NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS
Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg digalakkan
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa, pes segera & kiub2 perisa spt stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

Image result for fibroid and cyst

FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshad dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

Apa2 pun yang saya catat ni kemungkinan adalah sebaliknya buat sesetengah kita jadi jangan terlalu yakin sebab setiap penyakit tu ada penawarnya, hanya masa yang menentukan cepat atau lambat tapi yang penting adalah usaha dan ikhtiar serta tawakkal kepada Allah swt.  InshaAllah

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!