December 11, 2016

Nasi Ayam mudah ala kadar tapi lazat

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Dari semalam dok fikir apa menu hari ni..tu yang fikir ahhh nasi ayam jer la..mudah jer dan Ahamdulillah dah selesai satu periuk..untuk dinner kejap lagi la difikirkan..sekarang nak share menu mudah dan ringkas cara Umi..hehe

maaf la ye sbb bahan hiasan terlupa letak, nak snap pic lain nasi dah abis...laku sungguh hehe

slurpppp...sedap tanpa aji mo moto..
Bahan A:
5 pot beras - dibasuh seperti biasa dan letak tepi
2 helai daun pandan, dibasuh dan disimpulkan 
Daun sup
Sedikit kunyit

* Umi guna cara org dulu yang sukat nasi guna tin susu 

Bahan B:
1 ekor ayam - dipotong 8 (ikut kesukaan sendiri ya)
5 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
garam secukupnya

Hiasan
Daun salad, Timun, Tomato, Daun sup & daun bawang, diracik, bawang goreng

Bahan C:  
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis

2 sudu sos cili 
1 sudu sos tomato
gula & garam secukupnya

Cara memasak Nasi Ayam:

  • Rebus ayam, halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengih dan buah pelaga
  • Bila air rebusan mengelegak, angkat dan toskan ayam
  • Cedukkan air rebusan ayam kedalam rice cooker, ikut separas 1½ ruas jari, secubit kunyit dan daun pandan serta daun bawang yang dipotong.  Masakkan nasi seperti nasi biasa.  Kalau tak nak nasi berwarna kuning, tak perlu letak kunyit ⊙▂⊙
  • Buka penutup rice cooker dan kacau nasi, supaya kunyit tu sama rata dalam nasi dan tambah air rebusan jika perlu, tutup periuk dan dibiar hingga masak.
Ayam goreng atau dibakar
Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan hingga masak. Pastikan ayam tu tenggelam dalam minyak yang banyak sewaktu memasak. 

* Ayam boleh juga dibakar dengan suhu 180°C selama 30 minit 

sos cili ni mmg favourite anak beranak sbb kat kalau beli, diaorg guna cili kering..rasanya mmg out!
Cara membuat sos cili 
Bahan C dimasukkan kedalam pengisar bersama garam dan dikisar hingga halus, keluarkan dan masukkan kedalam mangkuk.  Masukkan 2 sudu sos cili dan 1 sudu sos tomato, dikacau sehingga sebati.  

Dah siap semua boleh la dihidangkan dengan bahan hiasan dan dimakan ..:* «-(¯`v´¯)

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!