December 5, 2016

Tahniah Azharina..lontaran vokal dan emosi yang hebat

Kalau lah ada peraduan teka pemenang, memang sah2 Umi malam tadi dapat hadiah sebab teka dengan tepat sekali haha.

Tahniah Azharina...you the best among the best! Kiranya GV ke 3 ni pertandingan antara Siti Sarah dengan Azharina...maaf tu yang Umi boleh simpulkan dan yang lelain tu penambah rasa...maaf sekali lagi buat lelain dan kalau la fans diaorang baca komen Umi ni bukan la Umi nak bikin kemarahan..lebih2 lagi Umi bukan la siapa2 pun..mcm lah ada readers ramai kot membaca ni kan..haha

Azharina memang dah diduga saingan yang mampu mengugat Siti Sarah yang berada di zon selesa dan anugerah pilihan penonton yang dimenangi tu bukan bererti dia akan menjadi juara kan walau Umi mmg target SS akan jadi pemenangnya bila tengok persembahan dia diminggu2 yg lepas yang tak pernah mengecewakan so far. (^.^)

Komen Dato Ramli pada Siti Sarah..dia harus dahulukan emosi bukan teknikal mmg tepat walau dia punya suara yang powerful gitu..tapi emosi tak tertonjol manakala Azharina punya suara yg powerful  dan bijak serta menyanyi dengan penuh emosi lagu Mama Aku Ingin Pulang mungkin sebab pengalamannya sebagai ibu tunggal kot sampai Bonda Hetty Koes Endang menitiskan airmata.  Disinilah winning point untuk Azharina! #just my 2cent

Image result for gegar vaganza musim 3 finalis

Juara - Azharina
Kedua - Siti Sarah
Ketiga - Zarul
Keempat - Ameng
Kelima - Intan Sarafina
Keenam - Gmie
Anugerah pilihan penonton - Siti Sarah

Pengacara paling menyengat - Nabil dan Jehan

Image result for gegar vaganza musim 3 finalis

Penampilan Dato Siti Nurhaliza sebagai penyanyi jemputan tu mmg mengubat rindu dan persembahan dia mmg mengagumkan dan memukau dengan suara dia yang so far tak de tandingan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!