2017 - umifuzy™dotcom

December 31, 2017

Kisah Suka Duka 2017

11:53 PM 5
Kisah Suka Duka 2017
Assalammualaikum

2017 yang beberapa minit lagi akan kita tinggalkan. 2017 tahun yang penuh dengan kenangan indah dan agak menakutkan, pasti akan dikenang selagi hayat dikandung badan! Memang tarik nafas panjang bila mengenang segala peristiwa yang berlaku dan sedang berlaku yang pasti akan disemat rapi dalam kotak fikiran.  

Kemelut yang sedang melanda diakhir tahun 2017 ni memang menakutkan dan boleh mendatangkan aib tapi semoga Allah swt melindungi dan terus memberi pelindung dan memberkati kehidupan seharian kami.  

Apa yang dipelajari di tahun 2017 ni, Umi kena berhati-hati untuk kongsi kisah peribadi dan gambar peribadi dan keluarga sebab sekarang ni zaman viral dan kekadang bukan kesalahan kita, kita dengan mudah diaibkan.  Jadi berpada-pada bila kita berkongsi sesuatu yang peribadi.  Tahun 2017 ni juga indah sebab dek dugaan jugak Umi terasa semakin dekat padaNya, banyak yang dipelajari dengan mendekati diri padaNya dan jiwa semakin tenang.  Alhamdulillah

Hanya sedikit kisah 2017 yang Umi kongsikan disini, kalau nak letak semua..fuhh memang boleh jadi novel kot..hehehe


Abah pulak semakin uzur dan penyakit Parkinson dia pun semakin obvious. Kederat pun dah semakin kurang, kerap pulak rebah sebab tenaga dah semakin kurang.  Maklumlah usia dah pun 91 tahun tapi semangat dia tu memang hebat. Masih mampu berlawak dan speaking London tau. Nak kata nyanyuk pun ada tapi ingatan dia pada banyak perkara, kisah zaman kecil dia, kisah dia bertugas di Sabah, kisah arwah mak dia, adik beradik dan kisah dia dirompak semasa bawa teksi masih dia ingat sangat.  Abah pesara tentera berpangkat Sarjan memang banyak berbakti pada mak dan adik beradiknya sejak dari muda lagi. Mak pulak muda 10 tahun dari abah..tapi tu bukan usia sebenar kot sebab dulu masa zaman Jepun surat beranak mak hilang, jadi orang² dulu main agak²  jer la. Mak sendiri pun tak la berapa sihat, maklumlah usia dh banyak kan. Sejak abah kerap jatuh di awal tahun kami adik beradik ambil giliran overnite kat rumah mak. Semoga mak terus diberi ketabahan, kesabaran dalam menjaga abah dan dipermudahkan segala urusan mereka didunia dan akhirat

KC, KY dan CM

Cik Meya pulak dah selesai SPM dan hurmm tak tahu apa agaknya course pilihan dia so kena tunggu ler bila pendaftaran kemasukan UPU nanti dibuka.  Sebulan menggangur, Cik Meya dah mula kerja kat Aeon Mall yang terdekat.  Perhaps nanti kuruih la anak dara ni..hahaha


KY Amanda pulak dapat tawaran ke UMP utk double degree tapi ditolak sebab yuran semester ala bangsawan tapi pihak UMP masih panggil dan tukarkan tetap nak dia masuk dan ditukar ke single degree.  Dalam hati dok risau sebab jauh jugak tu dan DH sekali lagi berusaha utk masukkan KY ke Uni yang dekat tapi ada sedikit misscommunication, UTM pulak terlepas.  Alhamdulillah she is doing good in UMP dan less than a week dari sekarang dia akan balik sebelum sambung ke sem 2 in February


Kami sekeluarga pulang ke KL pada hari selasa selepas hampir seminggu menyambut Aidil Fitri kat utara, tup tup KC check UPU yang dia kena daftar masuk ke Polimas, mana tak kelam kabut dengan nak isi borang, nak dapatkan pengesahan dan pelbagai macam lagi la dan seperti biasa tu semua kerja DH. Lepas tu pulak kami kena daftar KC Iman untuk sem 2 tanpa DH yang berada di Sarawak, memang agak kelam kabut la tapi Alhamdulillah semua selesai walau agak lewat.  Sebenarnya nak tukar ke Poli yang dekat tapi course Town Planning tu tak ada kat semua lokasi dan KC tolak  panggilan temuduga kat UiTM, yealah kalau dapat dah kena belajar dari awal balik..rugi usia hehe



Selamat tahun baru 2018 buat semua yang mengenali Umi secara peribadi dan di alam maya.  Dan semoga tahun ini bertambah baik buat semua.

Ni dok pulun nak up entry ni sebelum detik 12 malam tau..

With lots of love

December 30, 2017

Balm Bayi Tok Syed Melegakan Batuk, Selsema & Hidung Tersumbat

8:46 PM 5
Balm Bayi Tok Syed Melegakan Batuk, Selsema & Hidung Tersumbat
Balm Bayi Tok Syed membantu melegakan batuk, selesema dan hidung tersumbat | Umi nak kongsi produk berasaskan herba keluaran Tok Syed Distribution yang semakin dikenali ramai bagi dan pengalaman cik applepie yang mengalami selesema dan hidung tersumbat baru-baru ni dan ramai jugak sahabat yang menggunakannya sangat berpuashati dengan keberkesanannya. Alhamdulillah sungguh berkesan.

No automatic alt text available.

Pengalaman Menggunakan Balm Bayi Tok Syed


Eh korang mesti ingat hanya untuk kegunaan bayi atau kanak-kanak je kan sebab namanya balm bayi..kann.  Jangan risau tau sebab balm ni boleh digunakan untuk semua peringkat umur.  Bau balm ni pun memang sangat menyenangkan dan sewaktu hidung tersumbat tempohhari, Umi cuma buka penutup dan hidu, perghh memang menyegarkan! Baunya seakan bau gula-gula Hacks pun ada tapi memang tak boleh makan la tau.  Korang boleh sapu kat zon 'T' muka untuk kesan yang lebih baik untuk ubati selesema dan hidung tersumbat dan pastinya tidur akan lebih aman tanpa gangguan pernafasan.

Yang lebih menarik, balm ni tak melekit dan terasa berangin sekejap selepas disapu dan tidak terlalu panas kalau disapu kepada anak-anak kecil dan tidak melekit

Bagi Umi setiap rumah wajib ada Balm Bayi sebab keberkesanannya untuk melegakan batuk, selesema dan hidung tersumbat dan mudah dibawa kemana saja kita pergi dan boleh juga dijadikan hadiah buat ibu-ibu yang dalam pantang untuk memastikan bayi yang baru lahir mendapat penjagaan tambahan begitu juga buat siibu.

Cara Pengunaan :

1. Calitkan balm dan sapukan  serta urut perlahan-lahan pada bahagian dada, belakang badan bagi meredakan batuk bayi dan

2. Sapukan di zon 'T' muka untuk membantu mengubati hidung tersumbat dan selesema

Seeloknya sapu selepas mandi (bagi bayi) untuk mengelakkan selesema sebab bayi mudah mendapat selesema bila sejuk.

Nota : 



  • Untuk kegunaan luaran sahaja
  • Simpan ditempat kering pada suhu bilik


Harga : RM80 
Berat : 45 gm


Kandungan didalam Balm Bayi Tok Syed :


  • Beeswax atau dikenali juga sebagai lilin lebah merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan dari lebah serta dapat membantu masalah radang kulit

  • Minyak Kelapa Dara - terbukti kebaikannya yang diiktiraf di seluruh dunia

  • Minyak Bunga Matahari yang diekstrak dari bijinya kaya dengan nutrien yang seimbang komposisinya.  Kandungan Vitamin E dan asid lemak Omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektik untuk urutan luaran

  • Pati Minyak Lavender menjadi agen utama berfungsi mengurangkan tekanan.  Dengan wangiannya yang menenangkan, ia bukan sekadar bahan aromaterapi, kebaikkannya disalam demeam dan selsema juga sangat terbukti

Serba sedikit tentang Tok Syed Distribution (TSD)



Ditubuhkan pada bulan April 2017 yang awalnya menjual produk-produk barangan keperluan ibu dan anak yang berasaskan herba-herba berkualiti tradisional. Kprihatinan TSD adalah mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia merbahaya lain yang selalu terkandung di dalam produk-produk buat orang ramai.  Maka TSD mula melakukkan beberapa kajian serta R&D untuk mengeluarkan produk-produk kegunaan harian si manja dan ibu malah orang dewasa lain sekali pun yang berasaskan kandungan pati herba-herba terpilih dari pelbagai serantau benua yang terdapat di Asia.

TSD juga amat mementingkan kebersihan, kualiti serta mutu terhadap produk-produk yang dihasilkan, bermula dari bahan material asas yang digunakan (menggunakan material asas yang berkualiti patinya) sehinggalah kepada penyediaan serta penghasilan sehingga menjadi produk yang dikilangkan di kilang bertaraf GMP.


TESTIMONI




testimoni Balm Bayi Tok Syed




Berminat menjadi rakan niaga @ pengedar TSD ?

Tok Syed Distribution Sdn Bhd juga memberi peluang perniagaan buat individu yang berminat untuk sama-sama menjana pendapatan sebagai rakan niaga @ pengedar berdaftar TSD dan info lanjut kat SINIKonsep rakan niaga yang dibina ini merangkumi satu konsep yang lengkap di mana ia dibawah pantauan sistem pengedaran yang dibina oleh TSD disamping TSD juga menyediakan fasiliti serta bahan marketing terlengkap bagi rakan niaga serta pengedar.  Sekaligus ia akan memudahkan urusan marketing mereka seharian.  Disamping itu TSD juga menyediakan pelbagai insentif serta bonus tambahan bagi menggalakkan para rakan niaga dan pengedar ersemangat dan lama berniaga bersama kami.

Semoga TSD dapat membantu melahirkan ramai lagi usahawan dalam talian serta peniaga berbakat di luar sana yang memberikan perkhidmatan pelanggan berkualiti dari masa ke semasa.  Dan juga diharap produk-produk yang dihasilan dapat mencapai matlamat dalam membantu pengguna di luar sana

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk Tok Syed Distribution Sdn Bhd korang boleh juga hubungi dilaman social yang tertera dibawah: 


Whatsapp : 016 826 2990

Website : www.toksyed.com

Facebook : toksyedori

Instagram : toksyedori

Youtube : TokSyedOri



PERINGATAN :

Sekiranya membeli dari agen atau pengedar yang sah, korang akan mendapat login akaun untuk pertama kali.  Sila simpan maklumat login untuk pembelian yang seterusnya.  Bagi memastikan pembelian koranga dalah yang asli, sila layari laman web www.toksyed.com/ori, kemudian masukkan nombor siri yang terdapat pada hologram diatas kotak produk.  Hubungi pihak TSD jika terdapat keraguan maklum balas pengesahan status keaslian produk.

December 29, 2017

Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka

10:22 PM 3
Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka

Bila tiba musim cuti sekolah atau cuti perayaan, mesti korang terasa nak turut bercuti kan tapi bila terkenangkan kesesakan jalan dan jugak kos perjalanan terutama dengan harga minyak yang bila naik tu mencanak dan bila turun tu terkadang alahai..sikit nauu.  Apa kata korang gi staycation di One World Hotel jer. Macam mana nak tempah bilik di One World Hotel ? klik book one world hotel here  dan korang tak payah fikir kos-kos yang semakin memeningkan jiwa raga tu sebab anak-anak bila kita cakap jer nak pergi bercuti walau cuma menginap kat hotel pun diaorang memang teruja sakan walaupun jarak hotel dengan rumah tu sepelaung jer kann..hehe

Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka

One World Hotel terletak di First Avenue, Bandar Utama City Centre kiranya bersebelahan dengan Seri Pentas TV3 dan One Utama Mall.  Hotel bertaraf 5 bintang ini yang mempunyai 438 bilik dari kategori biasa dan  bilik suite ni terletak begitu strategik yang menjamin keselesaan dan merasa tenang walaupun hotel ini terletak dikawasan yang sibuk. Dengan keluasan 40 kps bagi setiap bilik biasa dan 70 kps untuk bilik suite memang akan buat korang rasa selesa dengan dan ni dilengkapi dengan TV LCD 50 inci disetiap bilik, WiFi percuma, suratkhabar, set membuat kopi dan teh, welcome fruit platter, servis bilik 24 jam, peti simpanan  dan banyak lagi


Apa yang menarik di sekitar One World Hotel ?

Korang tau tak disekitar One World Hotel ni banyak tempat menarik bukan untuk terjah jer tapi membeli belah di One Utama Mall, pusat membeli belah terulung dengan 600 kedai, panggung wayang dan tempat bermain bowling seterusnya sambung membeli belah tak pun window shopping kat The Curve, IKEA jadi korang yang kaki shopping memang akan penuh aktiviti seharian dan jangan lupa pulak untuk anak-anak, singgah la ke KidZania dan seterusnya tonton wayang di GSC 1 Utama.  Serius memang jadual korang akan padat tapi kalau rasa tak penat boleh la naik MRT untuk ke destinasi pilihan.

Selain dari itu, One World Hotel juga menyediakan perkhidmatan shuttle ke Taman Tema Sunway Lagoon, Stesen KL Sentral, Petronas Twin Tower secara percuma..haa kan untung dan jimat kan.

Kalau dah penat boleh la balik ke hotel beristirehat didalam bilik yang menyenangkan tak pun pergi ke spa, sauna atau mandi stim..memang hilang rasa penat tu semua.

Kalau lapat pilih saja kat mana mana nak makan samada di Restoran Cinnamon, makanan cina di Restoran Zuan Yuan atau makanan Jepun di Restoran Kura, apa yang pasti perut kenyang dan semestinya akan meninggalkan kenangan yang indah.

Untuk mendapatkan penjimatan dengan potongan harga yang berbaloi, korang tempahlah bilik di One World Hotel ni dengan Traveloka dan yang pasti sangat mudah dan selamat.

Bagaimana untuk membuat tempahan bilik ?
  • Log masuk ke Traveloka > www.traveloka.com dan berdaftar supaya senang untuk membuat tempahan dimasa yang lain
  • Taipkan One World Hotel di ruangan Destinasi/Nama Hotel dan Tempoh Penginapan
  • Klik cari Hotel dan Tempah
Mudah kan!

Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka

Ataupun cara korang disarankan untuk  muat turun  aplikasi Traveloka melalui Google Play Store atau Apps Store dan seterusnya sebarang tempahan bilik hanya di hujung jari korang.

Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka


Kenapa Traveloka ?
  • Traveloka menawarkan harga termasuk semua cukai, surcaj dan payment fee
  • Dengan menggunakan aplikasi Traveloka, kita akan dapat harga terbaik dan pelbagai promosi menarik
  • 2,000,000+ review adalah dari pelanggan sebenar yang berpuashati untuk kita percaya dan membuat sebarang keputusan
  • Setiap tempahan adalah dijamin dan kalau ada sebarang terlebih tempahan (overbooked')  atau ada masalah dengan tempahan, pihak Traveloka akan syorkan hotel dengan kategori yang sama tanpa bayaran tambahan atau pulangan wang
  • Pilihan pembayaran melalui credit card, debit card, internet banking atau di 7-Eleven tanpa caj tambahan
  • Tawaran Istimewa bagi ahli yang mendaftar dengan Traveloka
Jadi tunggu apa lagi. Jom bercuti tanpa pening kepala. Traveloka dulu!

Laman sesawang : www.traveloka.com

Facebook : TravelokaMY

Instagram : travelokamy








Resepi | Labu Kuning Masak Lemak Putih

12:18 AM 2
Resepi | Labu Kuning Masak Lemak Putih
Masak lemak labu kuning ni memang kegemaran Umi dan adik beradik lebih-lebih lagi mak yang memasak dengan penuh kasih sayang pastu tambah pulak dengan sambal belacan, ikan goreng atau dengan ikan masin..memang sah bertambah-tambah nasi tu.

Kalau dulu, mak selalu beli sebiji labu, kemudian biji labu tu diambil, dicampur dengan garam dan dikeringkan dan bila dah kering boleh la makan macam kuaci tapi sekarang ni, ishh tak de la nak membuatnya.





Resepi | Labu Kuning Masak Lemak Putih


Bahan-bahan

1/2 biji labu kuning, dikupas kulit dan dipotong besar-besar
1/2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 batang cili kering, dipotong atau cili api, diketuk
1 batang serai, diketuk
sehelai daun kunyit (kalau suka)
1 biji telur (kalau suka)
Garam secukup rasa


Cara membuatnya :


Masukkan labu, bawang merah, bawang putih, serai kedalam periuk berisi air, direbus sehingga lembut tapi jangan sampai terlebih lembut.  Kemudian masukkan daun kunyit, cili kering dan santan cair, dikacau perlahan, pecahkan telur dan akhir sekali masukkan santan pekat.  Biar selama lebih kurang 3 - 5 minit dan tutup api.  Pastikan jangan sampai pecah minyak, kalau tak memang melugai la hehe.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.


Nota :

Ada yang memasak labu ni tanpa merebus sebab depa suka labu tu nampak sebiji-biji tapi Umi suka biar labu tu lembut lebih-lebih lagi bila Umi memasak setiap hari untuk mak dan abah, jadi lauk pauk yang dihantar harus la lembut kan tapi sememangnya Umi suka labu tu lembut, baru terasa lemak santannya tu..heehee

December 27, 2017

Journey | Short Vacay ke Johor

8:18 PM 7
Journey | Short Vacay ke Johor
Pertama kali dalam sejarah Umi sekeluarga bercuti tersangat singkat ke Johor..kira bercuti la jugak la kan walau sebenarnya menginap kat rumah adik beradik tak pun sedara mara kann..singkat sebab cuma tidur semalam kat Johor dengan misi untuk selesaikan urusan keluarga DH  haha lawak sungguh bila cakap misi tu kannn..

Bayangkanlah punya jauh dengan perjalanan lebih kurang 5jam lebih tapi kami cuma boleh tidur semalam jer sebab DH dapat cuti sehari jer.  Well Umi tak la penat sebab cuma jadi penumpang jer ;D

Walau short vacay sempat la jugak kami ke dusun durian kat Kg Sawah, Pekan Nenas, Pontian.  Agak jauh jugak perjalanan dalam 45min sampai Umi pun tersengguk² tau tapi buat pemakan durian tegar, apa la sangat kan tapi yang pasti depa memang dapat makan dengan puashati sebab buah durian fresh dari ladang.

Journey | short vacay ke Johor
Memang murah dengan harga RM12/sekilo yang dijual oleh tuan dusun tu kalau tak silap nama dia Haji Wahab tapi sebab dah biasa dgn BIL dia bagi RM10/sekilo! dan kat sini Umi yang cuma tengok dari jauh jer ^ _ ^ dan baru tahu ada durian kampung yang dipanggil Durian Puri Kaca yang tersangat sedap katanya. Yang biasa Umi dengar hanyalah Musang King, D24, Kucing tido dll


Hari ke 2 - urusan DH bersama abangnya selesai diwaktu pagi dan lepas jer makan tengahhari kami pun bertolak balik ke KL dan kononnya nak la singgah repeat ke JPO tapi huwaaa terlajak pulak dah.. jadi tak de la nak patah balik kan dengan waze dok tunjuk jalan sesak tapi dek kerana dah janji kat cik applepie, DH pun singgah ke FreePort A'Famosa Outlet. 

Kalau ikutkan kakak ipar dia dok saran nak join sekali kalau ke Tanjung Piai tapi DH sebab dah 3x kot..tapi masa tu Tanjung Piai tak siap sepenuhnya kan...maybe next trip la ya

Kali terakhir kami ke Johor awal tahun 2017 dan sempat terjah ke Forest City > SINI <


Tak la banyak membeli sebab tu agendanya kat JPO tapi memandangkan ada items yang dijual dengan tawaran murah memang rezeki cik applepie la dan cik myea where else KY yang cerewet tak pulak benda yang berkenan dihati...fuhh selamat duit ;D.  Umi pasti ramai dah jengah ke sini tapi pertama kali buat kami dan better late than never ahaksss

Freeport A'Famosa Outlet dalam keluasaan 180,000 kps menawarkan lebih 70 jenama antarabangsa dalam fesyen, sukan dan lain-lain buat pengunjung dan menariknya FAO ni menampilkan senibina Belanda antaranya ada dengan kincir air, air terjun, tasik, carousel dsb.


home_slide_3
Journey | short vacay ke Johor

Website : freeportafamosa
Facebook : freeportafamosa
Alamat : Freeport A'Famosa Outlet, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah Melaka

Perjalanan kami > KUL - R&R Machap - Skudai - Pontian - Skudai - Alor Gajah - KUL

phewww..

December 26, 2017

Segment: Increase Your Followers by Que

10:48 PM 10
Segment: Increase Your Followers by Que
Jom join segmen yang menarik ni dari blogger Qamilla Aisya dan boleh la tambah follower aka sahabat blogger kita

Seperti biasa klik kat banner la ya.

Good luck guys!




December 25, 2017

Resepi | Gulai Ikan Bawal Cermin

11:22 PM 10
Resepi | Gulai Ikan Bawal Cermin
Ikan Bawal Cermin atau dipanggil jugak Bawal Emas ni jarang nak dapat kat pasar Keramat yang selalu Umi kunjungi tapi nak jadi rezeki pulak bila DH beli ikan ni tapi jangan tanya berapa harganya sebab bila ditanya..entah jawabnya ^__^.  Kalau ikutkan Umi lebih suka buat goreng berlada tapi tu la orang yang kerap outstation tu nak mintak buat gulai kan tapi apa yang pasti harganya mau seakan harga ikan bawal hitam dalam lebih kurang RM25/kilo tu pun dah dikira murah tu.

memang sedap dan manis isi ikan ni sebab ikan baru dan katanya ikan dari Terengganu

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal cermin, dipotong
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
3 sudu rempah kari ikan
1 sudu cili kisar
1/2 cawan asam jawa
1 tangkai daun kari
sedikit daun kesum
1/2 sudu halba campur

Ditumbuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan hiasan:
2 biji tomato
Bendi


Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk, halba campur, daun kari hingga kekuningan dan naik bau
  • Masukkan rempah, cili kisar, air asam jawa dan digaul hingga pecah minyak.
  • Masukkan santan cair hingga mendidih, kemudian masukkan ikan serta santan pekat
  • Bila kuah mendidih, masukkan tomato/bendi atau cili merah (kalau suka).  
  • Akhir sekali, tutup api dan masukkan garam secukup rasa

Jangan masak terlalu lama, nanti isi ikan akan menjadi hancur.



sumber google sebab yang dibeli dah dipotong-potong.  Inilah rupa ikan bawal tu

Year End Giveaway By Husnieyhusain

12:08 PM 11
Year End Giveaway By Husnieyhusain
Jom kita join Give Away pertama dari blog https://kebaikankeindahan.blogspot.my yang dipunyai Husniey Husain, antara blogger awal yang Umi kenali di alammaya sejak Umi cuba menjadi blogger aktif.

Sila klik banner untuk selanjutnya ok.

Cepat-cepat join tau sebab hadiahnya sangat menarik dan yang paling penting ukhuwah yang akan kita jalinkan disamping kita sokong sesama kita tambahan pulak ni GA pertama Husniey tau.



Tarikh Berlangsung 

23 Dis 2017 sehingga 05 Jan 2018 Jumaat, 11.59 pm





December 24, 2017

Resepi | Scallop Masam Manis

7:46 PM 9
Resepi | Scallop Masam Manis
Scallop atau dalam bahasa Malaysia kita panggil kekapis atau juga dipanggil Shell, sejenis hidupan laut yang bagi saya sangat sedap dan kalau dijual di pasar memang tak pernah saya lepaskan peluang. Scallop ni sedap dimasak dengan pelbagai jenis masakan tapi yang penting jangan overcook sebab nanti ia akan jadi keras

Kekapis ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan. Kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. Racunbakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut. Terdapat juga jenis kekapis yang warna cangkerangnya terang dijadikan untuk gubahan seni. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kekapis

Apa yang kita boleh masak dengan scallop ni yang rasanya agak kenyal seakan kita makan fishball, sedikit manis yang semulajadi dan kalau rasa satu pasti nak rasa banyak kali tapi bukan senang nak dapat yang segar macam yang Umi selalu dapat dan semalam muncul lagi kat pasar dan dijual pada harga RM12 sekilo sebab Umi memang pelanggan tetap dia..hehe.

Pertama sekali scallop ni harus dibersihkan dengan kena hati-hati sebab isinya agak lembut.  Buang segala yang melekat yang dimakan scallop ni macam anak ketam dll (jadi macam dalam gambar bawah ni)

scallop yang dikeluarkan dari cengkerang dan perlu dicuci dari pasir dan kotoran

Antara yang menu pertama Umi buat dengan scallop ni ialah scallop dengan sayur campur tapi gambar dah tak tahu letak kat mana dan paling terakhir semalam Umi masak scallop masam manis.  Memang sedap dan kalau korang jumpa kat pasar, jangan tak beli tau

1. Scallop Masam Manis
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, diketuk
1 batang serai, diketuk
2 sudu puri tomato (kalau tak letak pun tak pe)
1 biji tomato
1/2 biji bawang holland, dimayang
4 biji cili api (untuk hiasan)
daun ketumbar (untuk hiasan, kalau suka)

Cara memasaknya:

  • Tumis bawang merah, bawang putih dan serai, masak hingga kekuningan
  • Masukkan tomato yang dihiris hingga lembut dan tambah puri tomato hingga pecah minyak
  • Masukkan scallop, bawang holland dan cili api.
  • Masak dalam 10 min dan tutup api.




2. Scallop Goreng/Grilled Mudah
Scallop digaul dengan sedikit garam dan jus lemon. Panaskan kuali leper dan letakkan sedikit mentega atau margarine, masukkan scallop berserta bawang putih yang cincang halus (dadu) dan diterbalikkan setelah nampak kekuningan.  Diangkat dan boleh dihidangkan dan kalau suka boleh perah jus lemon.

Bila masak ni, memang tak sah kalau tak sesambil kunyah sebab sedap sangat ;D

gambar dari google

3. Scallop dengan sayur campur ala masakan cina
Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan brokoli atau cauliflower, jagung, french beans atau cendawan Inoki dan masak dalam 5-8 min.  Tutup api dan boleh dihidangkan
gambar google

December 22, 2017

Jom Solat : Solat Sunat Hajat

12:00 AM 6
Jom Solat : Solat Sunat Hajat
Assalammualaikum wbt 

Siapa antara kita tidak merasa desakan dalam hidup terutama dengan krisis ekonomi dunia, negara dan semestinya menarik kita ke dalam krisis yang sama, kemelut kewangan keluarga walau pelbagai usaha telah kita lakukan malah mungkin merasa tertekan bila setiap usaha kita hampir menerima jalan buntu dan lebih parah kita membuat pinjaman dan pinjaman harus dilangsaikan. Jangan kita terus buntu dan menyerah kalah, sebaiknya kita memohon hajat kepada Allah SWT di samping usaha yang telah dibuat. Memohon hajat yang boleh dibuat melalui solat hajat dengan memperbanyakkannya, mudah-mudahan hajat kita dimakbulkan-Nya.

** Ingatan dan panduan untuk diri sendiri.  Ada banyak versi solat hajat yang Umi jumpa sewaktu membaca tapi yang Umi kongsikan ni Umi ambil dari JAKIM.  Nanti kalau ada kesempatan Umi kongsi yang lain pulak ya


Rasullah SAW bersabda : Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah atau daripada seorang manusia maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat - Riwayat At Tarmizi
Image result for wanita bersolat
Solat hajat adalah solat untuk kita memohon sesuatu hajat yang tertentu kepada Allah SWT, sama ada semasa senang, lebih-lebih lagi ketika mengalami kesulitan dan kesukaran, memohon diberi kebaikan didunia, dimurahkan rezeki, diberi kebaikan di akhirat, istiqamah dalam ibadah, dijauhkan keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan, dijauhkan keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan yang memohon pelbagai kebaikan untuk diri, keluarga dan sesiapa saja
*********************
Solat sunat hajat boleh dikerjakan secara ringkas sebanyak dua rakaat. Bagi mereka yang ingin memanjangkannya sehingga 12 rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut keperluan hajat masing-masing dan juga boleh juga dilakukan secara berjemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama.
Waktu mengerjakan solat hajat adalah pada bila-bila masa sama siang atau malam, kecuali waktu yang diharamkan solat, tapi disyorkan waktu yang lebih sesuai iaitu selepas tengah malam atau selepas 2/3 malam. Waktu ini kita akan lebih khusyuk untuk mengerjakan solat hajat dan lebih tenang untuk kita memohon kepadaNya, Insha Allah
***************************
Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat
Berikut cara solat hajat yang boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat.
Lafaz niat solat Hajat:
Cara Solat Hajat

Maksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.
Bacaan
Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Cara Solat Hajat
Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.
Cara Solat Hajat

Selesai membaca tasbih berdoalah untuk memohon apa sahaja hajat yang baik (ketika masih dalam keadaan sujud)

Doa Solat Sunat Hajat
Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.
Doa_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolat_1
Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati, boleh diulangi doa tersebut dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:
doa_solat_hajat_mywaktusolat_2
Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati, yang telah dipohon di samping usaha gigih serta tepat yang telah dilakukan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahua’lam…
Panduan solat hajat di atas dipetik dari Panduan Qiamullail, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Nota :
Semoga kita sama-sama mengambil kesempatan serta gunalah peluang untuk memohon kepada Allah swt untuk mendapat segala kebaikan dan kelapangan jiwa dan dimurahkan rezeki.  InsyAllah

December 21, 2017

7 Kafe Unik di Bangkok

10:30 PM 3
7 Kafe Unik di Bangkok
Okay Umi nak share kafe unik di Bangkok yang mana tau korang boleh jengah dan berswafoto sebab taraf Halal tu memang tak ade la ya tapi untuk kenangan dan yang pasti korang yang suka simpan gambar kenangan pasti teruja walau tak sempat pergi ke semua kafe ni sebab kata orang seeing is believing kan.  Kalau tak tengok sendiri, mana nak tau cantik atau tidak kan.

1. Unicorn Café

Kiranya Unicorn ni bukan lagi imaginasi dan tuanpunya kafe ni sememangnya membuat kafe ni penuh dengan pelbagai imiginasi sebagai kenyataan.  Diding dan siling dihiasi dengan unicorn termasuk warna ungu pink dan minuman dan kek yang dihias seakan kita berada dialam alam khayalan

Lokasi :  Soi Sathorn 8, Bangkok, Thailand

themed cafes in bangkok



2. Little Zoo Café



Banyak haiwan yang pasti buat kita teruja seperti racoon, musang, burung hantu dan pelbagai haiwan liar yang lain untuk dijadikan teman bermain.  Kafe ini menempatkan lebih 9 jenis spesis haiwan liar yang pasti buat kita tersenyum gembira dengan aksi-aksi mereka.  Pelanggan dibenarkan bermain dan memberi mereka makan mengikut waktu yang ditetapkan.  Katanya kopi cappuccino kat sini sedap dan murah dengan harga 100-130 baht.

Lokasi : Bond St, Ban Mai, Pak Kret District, Nonthaburi 11120, Thailand


3. Sanrio Hello Kitty House
themed cafes in bangkok

themed cafes in bangkok

Restoran bertemakan Hello Kitty pasti membuat peminat Hello Kitty teruja dengan pelbagai perabut, koleksi yang terdapat di restoran ni malah menu pun diukir dengan elemen Hello Kitty yang comel dan yang pasti ramai akan memeriahkan ke restoran yang cute berwarna pink ni.

Lokasi : Pathum Wan, Bangkok 10330, Thailand



4. Perhaps Rabbits’ Café


Restoran yang pasti mengimbau kenangan zaman kanak-kanak seperti cerita Alice in the Wonderland yang melompat masuk ke dalam lubang arnab kan.  Kafe dihias cantik dengan lantai dipenuhi rumput tiruan and setiap sudut kafe memang menarik penuh kehijauan.  Selain dekorasi dalam, makanan yang disediakan pun dihias seakan kad mainan.  Memang menarik!

Lokasi : Ekkamai 10, Bangkok, Thailand


5. Bico Café
themed cafes in bangkok



Tempat yang terbaik untuk minum kopi dan kafe ni kepunyaan sekumpulan biker veteran di Thailand dan telah menjadi destinasi pilihan orang muda yang menyukai tempat seakan dirumah dan juga tempat harus singgah untuk para bikers yang akan berkumpul sebelum dan selepas berbasikal.  Yang menariknya tuanpunya kafe ni juga menyediakan perkhidmatan baikpulih dan pastinya ni menambah tarikan kepada pengunjungnya

Lokasi : 1/5 Town in Town, Sri Wara Rd, Lad Phrao, Bangkok, Thailand


6. BTS BRICK LIVE Café

themed cafes in bangkok



Buat peminat K-Pop, kat sini ada kafe bertemakan BTS yang pasti akan membuat korang teruja lebih-lebih lagi peminat BTS kan.  Dengan lukisan dinding dan banyak lagi yang diilhamkan kegemaran dari band boy ni.  Jadi kalau korang peminat BTS, jangan tak singgah tau

Lokasi : Bang Kapi, Huai Khwang, Bangkok 10310, Thailand


7. Hajime Robot Restaurant




Pasti kita teruja kan bila masuk restoran dan makanan dihidangkan oleh robot disebuah restoran makanan Jepun dan Jepun sememangnya amat terkenal dengan teknologi robotiknya (betul kan). Mudah jer nak buat pesanan makanan, cuma tekan menu kat skrin dan duduk sementara si robot datang menghidangkan makan sambil menari.ha kan hiburan sambil menikmati makanan!

Lokasi : Tingkat 3, Monopoly Park, Jalan Rama 2, (Industrial Ring road), Bangkok, Thailand


sumber : tripzilla

Hindari Strok dengan berjalan kaki

9:18 AM 5
Hindari Strok dengan berjalan kaki
Kita semua terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga hingga kekadang terlupa atau tidak mengendahkan kesihatan diri apatah lagi dengan gajet yang sentiasa ada ditangan menyebabkan kita terus lalai akan kesihatan.  Jom sihat dan hindari strok dengan berjalan kaki!

Rasanya 95% dari kita terus tak menghiraukan sebab merasakan kita dah terlalu banyak berjalan. Kira-kira satu perempat daripada kita mampu untuk berjalan kaki selama satu jam seminggu, apatah lagi untuk berjalan 10 ribu langkah setiap hari.  Haa korang dapat tak berjalan sebanyak tu sehari?


Apa yang korang perlukan ialah berjalan kaki selama 30 minit lima hari seminggu untuk mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko dari kencing manis mahupun strok.  Nak sihat tak? Jawapannya hanya ada pada korang ya.

Apa kata kita praktikkan dan cuba untuk berjalan lebih banyak setiap hari dengan langkah-langkah yang dikongsi kat sini.

  • Berulang alik ke tempat kerja, kalau dekat la atau pun kalau lokasi tempat kerja terlalu jauh, cuba berjalan sebahagian daripadanya contohnya boleh menaiki kenderaan awam atau turun jauh sedikit dari stesen kebiasaan dan kalau memandu, letakkan kereta jauh dari pejabat tapi jangan lah pulak keluar dari rumah lewat dan semestinya penting adalah time management supaya ini tidak menyebabkan korang lewat masuk pejabat
  • Naik turun tangga.  Kalau dipejabat ada lif, cuba gunakan tangga dari lif sekerap mungkin tapi kalau ruang kerja korang kat tingkat 15 bukan la naik turun tangga tapi mungkin turun dua tingkat lebih awal dan berjalan menaiki tangga ke tingkat korang atau sewaktu balik atau boleh jugak buat kedua2 masa tu
  • Pergi ke tandas yang lebih jauh.  Bangyak langkah boleh korang lakukan dan memberikan kaki kita lebih banyak regangan.  Korang akan lihat tumpuan dan produktivit akan menjadi lebih baik.
  • Gunakan waktu rehat tengahhari dengan berjalan selama 15 minit dan berjalan pantas, ini akan membuatkan darah korang bergerak ke seluruh tubuh dan mempersiapkan petang korang yang lebih baik
  • Berjalan kaki selepas makan malam. Ajak ahli keluarga berjalan sambil berbual di sekitar kawasan kejiranan selam 15 hingga 30 minit selepas makan malam untuk membantu sitem percernaan korang dan tidur yang lebih lena.  Jadi tak la rasa bersalah sebab tak bersenam di gymnasium kan


Berjalan kaki akan membuat kita rasa lebih cergas, membantu tidur, meningkatkan tenaga dan kesihatan jantung. Kemungkinan ia nya mengambil masa yang lebih sedikit tapi ganjarannya akan buat korang lebih produktif dan bahagia.

Jadi tunggu apa lagi, cubalah petua mudah tanpa kos ni.

sumber : harian metro

December 20, 2017

Tahniah Aishah, Juara Gegar Vaganza ke 4

8:44 AM 5
Tahniah Aishah, Juara Gegar Vaganza ke 4
Dah beberapa hari Gegar Vaganza melabuhkan tirainya..tahniah Aishah, juara Gegar Vaganza ke 4! Seperti yang Umi harap dan jangka..ikut penilaian kita yang tak de langsung tau pasal muzik dan irama ni..kalau nyanyi pun pitching lari lintang pukang sebab tu Umi tak pernah ke nyanyi dalam bilik air apatah lagi kat karaoke bagai..hehe


Sememangnya Liza Hanim punya vokal yang bagus dan tak pernah mengecewakan dan apa pulak yang kata LH ni bertanding dimasa yang salah..hehe sebab dulu dengan Datuk Siti dan sekarang dengan Aishah..tu rezeki masing-masing kan dan yang pasti Dia tetap memberi rezeki kepada kita..eh Umi pun minat jugak Liza Hanim

Tahniah buat pemenang yang masing-masing dapat hadiah lumayan dari DSV dan penaja yang lain.

PesertaLagu dan nyanyian asal
Aishah"All By Myself" nyanyian Eric Carmen
Firman"Drama King" nyanyian Meet Uncle Hussain ft Black
Hazami"Bahagiamu Deritaku" nyanyian Hafiz Suip
Lan Solo"Smells Like Teen Spirit" nyanyian Nirvana
Liza Hanim"Meniti Titian Usang" nyanyian Search
Tia Jinbara"Romancinta" nyanyian Mojo
Pusingan "Battle"
PesertaLagu dan nyanyian asal
Aishah vs Liza Hanim"Supergirls" nyanyian De Fam
Hazami vs Lan Solo"Amboi" nyanyian Altimet
Firman vs Tia Jinbara"Tepi Sikit" nyanyian Sleeq feat Joe Flizzow


Memang tak dinafikan Liza Hanim tu pesaing terdekat Aishah tapi Aishah "the living legend" yang tak pernah mengecewakan.  Nyanyian Aishah "All By Myself" untuk lagu pertama tu memang berdesup ke jiwa sampai Bunda Hetty Koes Endang mengalirkan airmata dan cabaran berduet dengan Liza Hanim dengan lagu Supergirls tu memang terbaik walau Aishah dah berusia 52 tahun.  

Teringat dulu masa Aishah belajar di New Zealand dan jadi penyanyi untuk kumpulan The Fan Club tak sangka dia orang Malaysia berasal dari Negeri Sembilan, fuhh masa tu rasa bangga weh.  Nak tau lebih lanjut pasal Aishah, klik SINI Antara lagu yang Umi suka adalah 'Camar yang Pulang', 'Janji Manismu' dan 'Syurga ditapak kaki ibu'.  Aishah ni bukan calang-calang orang jugak tau dia sebab dia punya kelulusan dalan Pendidikan Kanak-kanak dan Sains Politik

psst..ada pulak peminat yang tak puashati sebab Hazami kat no ke 4, tapi siapa kita kan yang tiada asas muzik ni tapi mereka ni semua memang hebat dan terbaik.  Mungkin ada lagi la yang tak puashati tapi jom tutup kisah GV4 ni sebab mereka dah menang kan.

Tahniah sekali lagi kepada mereka yang berjaya menghiburkan kita dan lepas ni hujung minggu kita fokus kerja lain yang mungkin terbengkalai dek sebab Gegar Vaganza..moh kita pulak tambah rezeki buat kita dan keluarga ya

Ok..Umi ni #teamaishah ok.

Peserta Gegar Vaganza 4
Belakang : Elyana, Tia Jinbara, Syura, Raja Azura, Lan Kristal, Haida
Depan : Aqasha, Liza Hanim,
Firman, Ferhad, Aishah, Hazami

Instagram

Disclaimer

The articles in this www.umifuzy.com are mostly written as a personal reminder for myself, family and whoever surrounding my life plus for whoever enjoy reading my writing that is a credit and blessing for me.

All the write up intended for easy reading plus perhaps will give inspiration, advise and tips for all readers. Mostly all the articles posted solely comes from my own perspective, experience and surroundings thus those posting does not portraying any particular issues and it is subject to change too. I am not responsible for any misinterpretations by anyone reading any of the articles and comments by from it.

Please do not copy any of the articles or images in this blog without permission (please have courtesy to ask before you do so ok.
XOXO Umi Fuzy