Tuesday, January 31, 2017

Tuesday, January 31, 2017

Giveaway Sephia by Nik Ainaa : DL190217

Jom kita join GA Sephia ni..seperti selalu mudah jer untuk serta..klik kat banner dan tau apa yang perlu dibuat ya..ehh macam tak biasa pulak dah..


Tarikh tutup : 19 Februari 2017

giveaway blogger, blogger Malaysia, Sephia by Janna Nick, giveaway Nik Ainaa


Selamat bersegmen!
Tuesday, January 31, 2017

Orang Gong Xi Fa Chai..kita pun ada sesi ziarah - bab 1

Assalammualaikum wbt..

Mood bercuti tak habis lagi tapi usaha utk post sbb takut terlupa kisah hujung minggu yang padat kami..hari Jumaat lepas 27 Jan, Umi ambil cuti sempena CNY bukan nak cuci rumah ke atau nak pasang lampu liplap liplap tapi nak mengemas la sikit sebab family adik ipar nak datang bertandang...tak ramai pun depa tu cuma 3 beranak jer..bukan apa boleh buat kerja dari rumah dan tak de temujanji dengan mana² pelanggan pun dan kalau ada urgent tu GM akan whatsapp jer la.  Pastu alih² tgk dhubby pun balik half day..haha ni kes cemburu kita cuti la tu..tapi sayang Ayong pulak bercuti ke Penang

Tetamu pun sampai tengah malam sebab terlajak makan angin..maklumla dah lama tak turun KL kan.  Apa² pun tempat tido pun dah siap...mandi, cuci muka dan rehat ler ˋ( ° pastu sempat la pot pet pot pet perihal itu ini..ya la dah lama tak jumpa banyak yg nak dibualkan sampai dh tak tahan mata kena la masuk port ;D

Hari Sabtu pulak dah memang hari ke pasar, so ajak ler ipar ke pasar jugak dan sebelum ke pasar pekena sarapan pagi kat Wan Chopati yang terletak kat UTC Keramat Mall, boleh check kat FB pun klik SINI

mmg recommended capati ni sebab kuah keema dia mmg sedap, ada delivery lagi tau so check it out diaorg punya facebook tu tau


Lepas perut dah kenyang ke Pasar Keramat la dengan menu yang dah dirangka masa dalam kereta tu..nak tau apa tak?

- Ikan Siakap bakar..ni memang expertise BIL en dhubby sebab bab nak menghidupkan arang tu memang dia orang yang tabah hehe

- Air asam tu memang buatan SIL

- Ayam bakar black pepper - cuma perlu perapkan black pepper sauce yg dalam stok jer

- Sambal petai ikan bilis buatan SIL

- Laksa Kedah yang memang terlajak sedap dan SIL  ni kalau kat kampung memang suruh dia jer buat laksa tu

- Sambal belacan dengan ulas pucuk gajus

- Serawa pisang airtangan Umi ler..nak resepi klik SINI

dah terpekat serawa ni sebab biji sagu dah kembang dengan cantik..ni yang last tinggal utk dijamah tuan yang buat tau.. hehe

Petang pulak anak sepupu dhubby dari keluarga di Kelantan datang bertandang dan jugak anak sepupu dhubby sebelah Kedah pun sudi menjengah dan seronok menjamu diaorang dengan laksa, serawa yang memang menepati selera diaorang jugak..memang meriah la jadi Umi pulak tak berkunjung ke rumah mak ;( sebab dah kepenatan tapi dah bagitau mak yang minggu ni mmg Umi tak datang rumah ;D

mcm jejak kasih pun ada..hehe

Hari Ahad pulak dah set program ke Berjaya Hills..so tunggu cerita seterusnya..mood nak bercuti tak abih lagi nii

Friday, January 27, 2017

Friday, January 27, 2017

Segmen Bloglist Februari by SyazHarzaysMinme


Waktu blogwalking pepagi Jumaat ni nampak segmen pencarian bloglist dari Syaz Harzays Minme ni..klik pada banner dan tadaaaa...syarat2 mudah sekali.  Moh turut serta kita!

Jom bersegmen dan gud luck!





Friday, January 27, 2017

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Image result for salam jumaat

Ya Allah..Ya Tuhan Kami

Jadikanlah pagi..pagi yang membuka pintu REZEKI, pagi yang penuh KETENANGAN pagi yang MEMUDAHKAN segala URUSAN kami dan pagi yang penuh dengan KESABARAN dan KEKUATAN
dan kami akhiri hari ini dengan penuh 
SENYUMAN, KEBERKAHAN dan KEBAIKAN

Ammiin Ya Rabb

Thursday, January 26, 2017

Thursday, January 26, 2017

Siapa pernah makan peknga ubi kayu ?

Assalammualaikum wbt

Siapa pernah makan peknga? hehe kalau orang Utara mesti tau apa dia peknga kan..kalau orang tempat lain dipanggil lempeng.  Peknga ni special sebab ni mmg favorite Umi dan adik beradik, peknga ubi kayu yang memang kami akan berebut sampai kena sorok dulu kalau tak tak merasa la orang belakang tapi masa kecik2 dulu mmg mak sangat tegas, kena siap masak dulu, buat air teh seteko, bentang tikar dan duduk ramai2 makan sama2..

Ok nak tau cara buat peknga ni..

Bahan/ Cara membuatnya:
  • Ubi kayu - dibuang kulit, dibasuh dan diparut
  • 5 tangkai cili kering - dikisar atau ditumbuk campur dengan udang kering (kalau tak suka udang kering tak payah bubuh)
  • 4 ulas bawang merah, dicampur ditumbuk selepas cili kering dah lumat tapi jangan sampai halus
  • Campurkan parutan ubi kayu dan bahan yang ditumbuk tu, digaul hingga sebati.  Masukkan garam sesedap rasa
  • Panaskan kuali leper
  • Bila kuali dah panas, letak kan sedikit minyak dan sendukkan adunan parutan ubi kayu tu, ratakan macam buat lempeng / capati 
  • Terbalikkan peknga tu sampai masak dan boleh la diangkat dan dihidang
Teringat kat peknga ni terutama musim hujan dan sejuk ni sedap niii ;D.  Mungkinkah hujung minggu ni peknga akan menjadi resepi untuk jamu anak2 dan adik ipar Umi yang akan bertandang nanti? Tungguuu..keke


ubi kayu yang disagat, digaul kalau suka nak tambah telur boleh jer

disenduk dan letak kat atas kuali leper

dah masak sebelah bawah dan diterbalik utk bahagian atas pulak

kalau suka garing boleh la bagi nampak kerak cam tu

Tuesday, January 24, 2017

Tuesday, January 24, 2017

Outing ke Banting - Bagan Lalang - Pantai Morib

Assalammualaikum wbt

Ahad lepas 15 Jan 2017 kami sekeluarga menjengah Kak Yang kat Banting sebab hari tu hari outing jadi dia boleh keluar berlibur diluar tapi kena balik sebelum jam 7 malam.  Umi pun bangun pepagi memasak Nasi putih, Masak Lemak cili api lala, Daging bersambal, Jelatah kobis bunga, Sambal belacan dengan petai dan ulam gajus untuk jadi juadah tengahhari kat Morib nanti.

Outing kali ni ada 2nd hero yang sudi nak join, Ayong pun nak join tapi sebab kawan sekolej Kak Yang nak ikut so dia cancel lagipun dia boleh la lunch kat rumah Tok Mak dia kan.

Dalam perjalanan tu Kak Yang dok sibuk bermesej bila nak sampai, dah dekat mana la..teruja nak berkelah la tu sebab dah lama betul tak berkelah tepi pantai tapi Pantai Morib tu bukan macam Port Dickson tapi fikir tak per nanti cari port yang bagus utk hampar tikar dan nikmati angin laut.

Sampai di KMS dah dekat jam 1, terus gerak ke Pantai Morib yg jarak hanya 5km dari KMS. Kalau ke tempat yang kami makan hari tu mmg tak de kawasan utk hampar tikar so dhubby slowly drive cari ruang..ada nampak laluan tapi macam tak selamat jer dan kebanyakan kawasan pantai dah didirikan rumah persendirian dan resort..so perjalanan diteruskan dan akhirnya lajak sampai ke Bagan Lalang yang dekat 37km dari Pantai Morib hehe dengan perut yg berkeroncong, tikar dihampar dan acara menjamu selera pun bermula la..









Otw balik tu singgah ler jugak ke Pantai Morib sebab nak stop makan ayam goreng bertepung, sotong goreng bertepung..tu la dhubby kalau untuk anak2 mmg dia sanggup walau penat macammana pun..tu yang anak2 tu mua kekadang tu..


cik selfie...

masih lapar lagi tu sebab kat pantai Bagan Lalang tu berposing saka

mmg sedap la dengan tiupan angin dari arah pantai..
Kalau sesiapa ke Pantai Morib, jangan lupa pekena ayam goreng tepung atau sotong goreng tepung atau ketam goreng tepung dan minum ABC..bukanlan tersangat sedap tapi kombinasi yang terbaik ;D

Otw nak hantar Kak Yang dgn kawan dia, singgah ke The Store kejap nak beli barang2 keperluan Kak Yang dan balik ke KMS untuk Kak Yang kembali ke realiti..hehe

Ok..nak gerak ke rumah abah dan mak sebab malam ni jadual Umi overnite kat sana.  Selamat malam

Tuesday, January 24, 2017

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

Assalamualaikum wbt..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.










Senarai Hadiah 



Wang Tunai RM50 x 5 pemenang



Wang Tunai RM20 x 1 pemenang



Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang



1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.



Syarat-syarat penyertaan:




1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .



2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..



3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)



Slimmtreats:


http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)



Nora Misnan:



(follow blog +like page)



Jamil Hashim:

http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)



Nadiah Hanum:


Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)



Aida Hanafiah: 

http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..

Mudahkan...

Monday, January 23, 2017

Monday, January 23, 2017

Product Update : Korea di Ritz Carlton Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt

Hari Jumaat 20 Jan 2017 yang lepas Umi ke jemputan Tourism Korea dan kali ni KTO buat dinner kat Banquet Hall, Ritz Carlton Kual Lumpur ..huihh dah makin dasat KTO ni..yela budget pun dh banyak tu yang boleh buat kat hotel ternama gitu kan. Event kali ni simple jer tak de business session tapi lebih pada borak santai..ok la tu..yang pasti kena pergi sebab nak jumpa potential seller yang berdaftar..
bergambar ni wajib walau sesorang jer
Alkisah nak bawak assistant tu tapi spt biasa mmg dia xdapat ler sbb anak2 kecil lagi so Umi fikir sorang pun tak per sbb muka2 yg dikenali tu tapi tetiba second hero nak join..Alhamdulillah ok ler tu sbb ada org jd driver kan..keke

Dek kerana sampai lewat so duk pun meja belakang jer la sbb ingat lepas event nak gerak awal..kalau semeja dgn member2 haaa mmg rasa tak best ler..

Kali ni KTO nak perkenalkan drama terbaru antaranya Descendent of the Sun, Legend of Blue Sea, Goblin, Saimdang Light's Diary, Rebel : Thief Who Stole the People, Defendant, Our Gab soon dan beberapa lagi la yang ada yang sedang dalam tayangan...utk peminat K Drama ni depa mmg lebih arif la kan dan drama2 ni semua mengambil lokasi di dalam Korea yang akan mempopularkan tempat2 ni untuk orang2 Malaysia kan

Dan juga sebab nak promosi tanpa henti untuk Korea akan menjadi tuan rumah untuk Sukan Musim Sejuk 2018. Jom kita..hehe



Tiba waktu makan kan sambil didendang alunan piano dengan muzik dari K Drama tapi sebab perut dah lapar kan jadi tak ler fokus lagipun cheq bukan peminat tegar K Drama so diam jer la.

Tengok kat menu..alamak makanan cina la tapi tepuk dahi tanpa tepuk sebab tak kan nak tepuk kot..public tu..bukan apa sebab Umi dok semeja dengan geng travel bukan Muslim...nasib baik course by course ni dia pelayan hidangkan..


kalau makan chinese food ni kalau tak dak teh ni mmg tak sah
Octopus dgn marinated jelly fish yang sedap

ala2 sup ayam campur scallop

memula pelik gak...ikan patin stim tapi bila dah makan..mmg terbaik

dried fish and oyster dan  seamoss yg hitam tu pelik tapi mmg sedap

roasted chicken yang sedap..lebih2 lagi letak sos cili..
braised cabbage dengan scallop

nasi goreng cina yg mmg favorite 2nd hero..

Bubur kacang merah dengan bebola pulut..tak lalu nak makan sebab berempah huhu.  
ala-ala bingka bakar..not bad la
Food ok la tapi serving tu agak comot kan untuk hotel bertaraf 5 bintang tu kan.  Nasib baik la Umi tak komplen..nasib sebab Umi penat kalau tak mau call Pengurus Besar hotel tu..hehe

Nasib baik tak menang sebarang hadiah kan..kalau tak jenuh la nak kena bergambar sakan hehe.  Apa2 pun tahniah pada pemenang 2 tiket penerbangan ke Korea dari Korean Air, 1 x Samsung S7 edge dan beberapa hadiah lain jugak.  Kawan semeja Umi tu bernasib baik dapat ginseng yang berharga RM600 -RM700 katanya...oiii suka la si Sharon tu

Dah duk belakang ni, slow2 gerak balik la sebab mmg pasti akan hadap kesesakan jalanraya dan tak nak lambat jemput Kak Cik Iman yang habis kerja jam 11 malam..mujur ada driver handsome hehe.

Tu jer la nukilan mengarut Umi malam ni untuk dikongsi hehe

Monday, January 23, 2017

Product Update oleh Tourism Thailand

Assalammualaikum wbt

12 Jan 2017 bertempat di Berjaya Times Square, dapat jugak Umi luangkan masa ke product update oleh Tourism Thailand dan yang pertama dalam 2017 ni..kalau Tourism Thailand ni depa mmg ramai dengan para delegasi dari hotel2 yang tumbuh bak cendawan dan sekarang ni pun dah banyak hotel Muslim macam Al Meroz Hotel di Bangkok, Princeville Aonang di Krabi dan banyak lagi dan yang pasti kedai2 makan Muslim pun dah semakin banyak antara kita lalu nak hadam dengan tidak jer..

Agen2 pelancongan ni mmg semua sporting...kepala haru jugak sebab nak lepas stress kat kerja..kat client yang pelbagai tingkah laku..hehe tapi kami mmg suka kerja kami tau..kalau tak tahan dan tak suka dah lama kot angkat kaki..


abg sado ni la yang bawak para peninju muay thai tu
Kawan2 kat industri ni sibuk dok kata si Salwani dok sebelah kanan tu muka serupa dengan Umi..rasa mcm tak jer hehe







tomyam bersantan yang ok la..
Perut pun dah kenyang, sesi cabutan bertuah pun dah selesai jadi balik ler ke ofis mengadap timbunan kerja..
ni la cara terkini dan yang mmg dipraktikan supaya tak lupa tempat letak kereta kat mana..hehe

Monday, January 23, 2017

Keputusan AJL 31..Tahniah Dayang Nurfaizah

Assalammualaikum wbt

Ingat nak tido awal dah sebab sedih hoki pasukan Malaysia kalah pada Ireland 3 - 0 tup2 dhubby frust buka AJL..eh awat cheq lupa la pulak..jadi dah tertengok tu terus la melekat sampai habis.

Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL 31) keudara secara langsung menerusi TV3 telah berlangsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 9 malam dihoskan oleh Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim serta Fizi Hot FM dan gabungan mereka ni agak bagus jugak dengan penampilan Mak Leha (Liza Abdullah) serta nyanyian dari 3 penyanyi zaman Umi dulu la iaitu Man Bai dengan lagu Masih Aku Terasa, Ameng dengan lagu serta Ratu Rock Ella dengan lagu Permata Biru dan Layar Impian yang buat Umi terkenang zaman kanak2 dulu...adoiii mmg nostalgia dengan lagu2 3 penyanyi ni..bila habis jer lagu baru teringat aihh dah tuo den ruponya..hehe

Rugi tak dapat tonton Hazama, Black beraksi sebab dhubby kan sesekejap tukar channel tengok hoki. Dapat dengar Aiman Tino nyanyi tapi mcm tak best, Akim mmg best la, Alif Satar dan Shila Amzah pun duet yang baik cuma bukan rezeki diaorang kot, Mawi dan Shamsul pun ok.  Apa-apa pun tahniah pada pemenang.  Muzik ni bukan bidang Umi so tak leh nak komen banyak okay..

Image result for ella di AJL 31

memang mantap vokal Dayang Nurfaizah..terbaikk
Juara AJL31 :Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
Hadiah bernilai : RM50,000

Naib Juara : Terimaku Seadanya - Hafiz Suip & Misha Omar 
Hadiah bernilai : RM35,000

Tempat Ketiga : Sudah Ku Tahu - Projector Band
Hadiah bernilai : RM20,000

Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
Hadiah bernilai : RM12,000

Persembahan terbaik : Khalifah - Hang Pi Mana
Hadiah bernilai : RM12,000


Senarai penyanyi serta kumpulan dan lagu-lagu yang terpilih

Image result for ella di AJL 31

Ok la..jom masuk tido..esok nak kerja kan..jangan pulak ada yang ponteng naaa

Destinations