Apam Pisang Gebu Gebas

Thursday, January 05, 2017 0 Comments A+ a-

Assalammualaikum wbt..

Niat nak buat apam pisang akhirnya terlaksana..sebenarnya terkilan tak dapat nak makan apam pisang yang dijual kat Restoran Nasi Kerabu sebab katanya yang tukang buat tu merajuk ╯︿╰ udah merajuk terpaksa la buat sendiri kan dan terima kasih gak la sebab kemerajukan dia tu Umi berjaya buat <( ̄︶ ̄)>


Ok jom tengok resepi apam yang gebu tapi tak la gebas sangat

Bahan-bahannya:
8 - 10 biji pisang emas - kalu bersaiz kecil tambah 2 atau 4 biji
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking soda
1 cawan gula
1 cawan minyak masak/sayuran
1 sudu esen vanilla - optional
1 sudu kecil serbuk kayu manis - optional
secubit garam - optional

Cara membuatnya: cuma guna pengisar jer pun boleh
- Pisang dikopek kulit, dilenyek dan biarkan dalam bekas
- Tepung gandum serta soda bikarbonat serta baking soda dicampur dan diayak
- Gula dan telur dikisar hingga kembang
- Masukkan minyak dan dikisar lagi hingga sebati
- Masukkan pisang yang dilenyek tu dalam pengisar
- Campurkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak kedalam adunan dan kisar hingga sebati.
- Panaskan pengukus, sapu minyak kedalam acuan
- Masukkan adunan kedalam acuan dan dikukus selama 40min.  Kalau guna acuan kecil kukus dalam 20min jer

mudahkan. selamat mencuba!
nasib baik sempat snap..walau rasa ok2 jer tapi habis taw..;p

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!