Benarkah hidup kita seperti sifir 7 ?

Assalamuaalaikum wbt dan Salam Jumaat pertama 2017


*KEHIDUPAN MANUSIA TIDAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. JOM FIKIR2KAN DAN BERMUHASABAH*

Kita, kehidupan kita  dn umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.

*7x 1= 7*
Ketika umur disifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir ttg masa depan.

*7x 2=14*
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara kita didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

*7 x 3=21*
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

*7 x 4= 28*
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup dan berusaha mencari harta.

*7 x 5= 35*
Tahap ini pula adalah penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

*7 x6=42*
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bkn lg masa utk berehat. Saat ini saat yg penting dn genting. Kita berlumba mengumpul harta.

*7 x 7=49*
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

*7 x 8= 56*
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

*7 x 9= 63*
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang sangat penting dn cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih memberi peluang kesempatan dan berkenan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, manusia yg dicipta Tuhan ini banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah BONUS.

Demikianlah kitaran kehidupan kita. 
Kanak-kanak akan menjadi remaja. 
Remaja akan menjadi dewasa. 
Dan dewasa akan melangkah ke alam usia tua. 
Kehidupan dn Usia kita hanyalah pinjaman. 
Dunia juga hanyalah pinjaman. 
Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yg merugikan dn melalaikan.

*" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang2 yg beriman dn beramal soleh. Dan mereka berpesan2 dgn kebenaran dn mereka berpesan2 dgn kesabaran."*

■ Hidup ini hanyalah sementara sahabat2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting, kerana dengan dunia kita akan ke akhirat.
■ Kehidupan dn usia yg kita dpt hari ini adalah anugerah dn pinjaman dari Tuhan.
■ Hargailah ia dgn byk mngingati Tuhan. Kumpulkan bekalan iman dn amal yg akan kita bawa 'ke sana'. Walau di tangga mana pun kita sekarang, usah bertangguh lagi,  kerana mati itu rahsia dn misteri.. 

Bila, Dimana, Bagaimana... *WALLAHUA'LAM*

*#muhasabahdiri*
*#mogabermanfaat*
*#buatkeranaAllah*
*#hanyapadaAllah*
*#syukurAlhamdulillah*

Selamat Tahun baru 2017. Maafkn kesilapan dan kesalahan pd tahun tahun yg lalu. Ayuh kita bersama lebih erat dan akhrab bekerja menabur bakti mencari pahala dunia akhirat.
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!