Dilema seorang tukang masak - Daging Masak Lada

Assalammualaikum wbt dan salam hujung minggu

♬♪Tukang masak kerjanya enteng,
Bangun pagi masak nasi goreng..
campur cili campur udang kering..
bila makan mata naik juling♬♪

Mudah ker kerja tukang masak ni..mungkin la kalau yg kat hotel atau restoran tu jer la kot sebab dah ada tukang kupas bawang, potong sayur, cuci ikan..dia cuma ambil dan masak ikut sukatan...mmg la bunyi mudah kan...hanya depa yg tahu //(ㄒoㄒ)// 

Haha..sebenarnya nak cerita pasal kami orang perempuan yang punya anak bukan satu, bukan dua, bukan tiga jugak tapi macam Umi yang ada anak enam ni..haaaa fening jugak kepala bila fikir nak masak apa..tu belum lagi citarasa en suami tu yang bila masuk dapur tu jenuh fikir nak masak apa..serba tak kena sebab kang dapat komplen pulak kan ker Umi sorang jer yg ada masalah problem ni..hehe.  Dah jadi mak orang ni dengan anak2 semakin membesar memasak bukan masak sejenis dua tapi kurang2 pun 3 jenis tak masuk ikan goreng, sambal belacan, ulaman..kalau dikira jugak dah jadi 6-7 macam kan..keke

Dah la hari ni memasak sesorang jer tanpa bantuan cam hari2 bekerja la jugak tapi selalunya kalau hari minggu ada la pembantu sorang dua tapi tidak hari ni sebab Kak Cik dah kerja sementara kat Aeon Wangsa Maju dan Myea pergi seminar SPM..ha nampak tak kecelaruan kat situ..hehe.  Sebenarnya dalam hati dah ternoktah nak masak daging..tu yang menambah konflik tu..sebab anak bujang suka makan daging masak sambal ala2 berlada begitu jugak dengan cik applepie tu, dhubby pun suka tapi baru 2 hari lepas masak camtu..nak pikat suami kena pikat perut dia jugak kan..keke

Maka hari ni kita bagi chance kat dhubby la..so Umi masak daging masak lada, sayur cauliflower campur cendawan, ikan kekek goreng, masak asam pedas ikan tenggiri semalam ada lagi, sambal belacan dengan ulam pucuk gajus la menu hari ni. Alhamdulillah no complaint gitu..

kalau nak try daging masak lada ni Umi bagi resepi kat bawah.  Masakan ni jugak memang Umi makan waktu dalam pantang jugak dan memang sedap ikut citarasa dan resepi ni kalau orang Utara memang depa tau sangat..kalau ada yg tak tau tu syhhh buat2 tau jer la naaa..


Resepi Daging Masak Lada



Bahan:
500gm daging batang pinang atau pejal dipotong kecil, ikut kesukaan asal jangan liat masa makan sudah la ya
1 mangkuk air asam jawa
1 labu bawang besar - dimayang

Bahan untuk ditumbuk:
2 sudu besar lada hitam
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

bahan yang dah ditumbuk..sila abaikan cili merah tu hehe

dalam kuali tengah ditumis
Cara membuatnya:
Panaskan kuali dengan minyak yang sederhana banyak, bila dah panas, goreng cili kering dan diangkat letak dalam pinggan berasingan.  

Dengan minyak yang sama, masukkan bahan yg ditumbuk tu dan kacau hingga masak, memang akan naik bau wangi 

Masukkan daging, digaul dengan rempah hingga rata dan kecilkan api supaya daging masak keseluruhannya.

Bila daging dah nampak masak dan hampir kering, masukkan air asam jawa, dikacau hingga sebati dan biar ia mendidih.

Masukkan bawang besar yang dah dimayang, digaul dan akhir sekali masukkan cili kering yang dah digoreng tadi.  Tutup api dan jangan lupa masukkan garam  dan diangkat masuk kedalam pinggan untuk dihidang.

Dah boleh dimakan dengan nasi panas2..

Selamat menjamu selera

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!