January 14, 2017

Herba : Daun belalai gajah dan manafaatnya

Assalammualaikum wbt dan selamat petang Sabtu

Jom kita kenal khasiat dan kebaikan daun belalai gajah dan bagi Umi setiap rumah harus tanam pokok ni sebab senang hidup.  Kalau yang tak kenal dan tak tahu perihal daun ni, sila baca dan mana tahu ada kegunaannya untuk masa depan dan boleh la mula cari dan tanam.  Daun ni adalah perubatan alternatif dari kita mengambil ubatan yang dibekal dari hospital yang kalau boleh Umi elak ;D


Mudah jer nak tanam daun ni, dapat batangnya dan tanam dalam pasu pun daun ni boleh hidup subur. Kalau sesiapa yang nak, Umi pun boleh bagi jugak.

manfaat daun belalai gajah
gambar dari google...hari hujan jadi tak dapat snap pokok sendiri ;p
Nama Saintifik:  Clinacanthus nutans (Burm F.) lindau 
Family :  Acanthaceae
Nama Biasa :  Drooping Clinacanthus, Sabah Snake Grass
Malay Name :  Pokok Belalai Gajah,  Pokok Mulut Buaya
Bahagian Pokok Yang Digunakan     :  Seluruh pokok
Kegunaan : Menurunkan suhu badan panas, meredakan sakit, Radang paru-paru, sakit kuning (jaundis), hepatitis, tulang patah dan cici-ciri anti kanser

Daun belalai gajah dikatakan boleh mengubati penyakit Kanser seperti Uterus Cancer + Prostate Cancer + Breast Cancer + Lang Cancer + Leukemia Patiens + Dialysis Patiens + High Blood + High Uric Acid + Diabetes dan banyak lagi

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Penelitian Sayur-Sayuran di Akademi Ilmu Pertanian Guangdong dan Kolej Hortikultur di Universiti Pertanian Cina Selatan, daun belalai gajah SSG memiliki nilai khasiat seperti berikut: 
• Memiliki kandungan tinggi flavonoid yang memiliki kemampuan antioksidan dalam mencegah dan mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular
• Mengandungi banyak mineral penting terutama vitamin, lebih dari 45% protein mentah dan 17 asid amino yang menberikan nilai medik
• Kaya dengan vitamin C, protein, serat dan mineral yang memiliki kesan melawan radikal bebas yang membantu pencegahan kanser
• Mengandungi mineral fosfor, kalsium, magnesium dan lain-lain yang tinggi dan beberapa elemen surih misalnya zat besi 
* Penggunaan Daun Belalai Gajah di seluruh dunia
~ Thailand= demam, infeksi kelamin ( herpes) , anti-racun ular, merawat gigitan kalajengking dan merawat ruam
~ Cina= hematoma, luka memar, luka dan sakit sendi, mengendalikan fungsi haid, mengurangi kesakitan, anemia, penyakit kuning dan mengatur tulang patah
~ Malaysia=  kencing manis & penyakit ginjal 

Boleh layari http://sha3622.blogspot.my/2015/03/khasiat-pokok-belalai-gajah-mengubati.html untuk tahu lebih lanjut jugak
             
CARA PERUBATAN DENGAN MENGGUNAKAN DAUN BELALAI GAJAH                                                    
KANSER
Cara 1 : Mengunyah 30 – 50 helai daun sehari – iaitu 10 atau lebih helai daun sekali  makan untuk 3 (atau lebih) kali sehari.

Cara 2 : Masukkan 30 – 50 helai daun, sebiji epal hijau, ½ gelas air dan kisar sampai halus - minum terus- ulang sekali lagi di sebelah petang - diminum sebelum atau selepas makan.


Cara2 kegunaan daun belalai gajah / SSG mengikut stage penyakit :
  • Stage 1 : 30 daun setiap hari
  • Stage 2 : 50 daun setiap hari
  • Stage 3 : 100 daun setiap hari
  • Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 
Nota : Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Untuk elak dari muak bila meminum jus ni,kita boleh jugak letakkan seketul dua ais supaya jus tak panas dan perahkan sedikit jus lemon supaya lebih sedap juga lemon mengandungi anti-oksidan

DIABETES RINGAN
Penderita Diabetes Melitus ringan.
~ Siapkan tujuh lembar daun segar .
~ Daun dicuci bersih kemudian rebus dalam dua gelas air.Tunggu sampai air rebusan itu mendidih dan tinggal satu gelas saja. Tunggu sampai sejuk.
~ Minum dua kali sehari selama 14 hari. 


DIABETES BERAT

Penderita Diabetes Berat sebaiknya menyediakan 21 lembar daun segar.
~ Daun dicuci bersih kemudian rebus dalam dua gelas air.Tunggu sampai air rebusan itu mendidih dan tinggal satu gelas saja.
~ Tunggu sampai sejuk.
~ Minum dua kali sehari selama 14 hari.
~ Untuk pemeliharaan kesihatan pesakit kencing manis, rebusan ini sebaiknya dilakukan tiga kali seminggu. 


SUSAH BUANG AIR KECIL
~ Ambil 15 gram daun segar. ~ Rebus daun tersebut bersama dengan satu gelas air selama 15 menit. Air rebusan tersebut siap diminum setelah dingin dan disaring terlebih dahulu. 


DISENTRI atau RADANG USUS
~ Rebus segenggam daun segar dandang gendis dengan lima gelas air. Rebus sampai air tersisa tiga gelas. Tunggu sampai dingin
~ Minum ramuan ini tiga kali sehari sampai penyakit disentri ini sembuh.


Nak tahu lebih lanjut pasal daun belalai gajah ni ..


Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah
  • Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.
  • Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.
  • Pesakit barah buah dada Tahap 3 - Sudah bernanah didalam. Mengamalkan jus belalai gajah setiap pagi jam 3 dan mengamalkam pemakanan yang sihat serta buah2an. Alhamdulillah pulih dan ketumbuhan mengecut. Sekarang beliau meneruskan jus belalai gajah dengan mengurangkan kuantiti daun tersebut. Teh daun belalai gajah juga bagus diamalkan. Boleh baca selanjutnya cara membuat teh daun belalai gajah

Cara2 membuat jus daun belalai gajah / sabah snake grass
  • masukkan setengah @ 2 gelas air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 3 atau 4 pagi kerana waktu itu kanser dalam badan tidak terlalu aktif

Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula + madu + ikan kembung + 7 angled fish + ray fish + daging ayam + daging itik + keladi + beras pulut + butter atau planta + durian + sarang burung + ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!