Jalan-Jalan Cari Makan di Seksyen 2 Wangsa Maju

Assalammualaikum wbt

Entri ni dah lama dipendam dan diperam sebab otak orang Virgo ni memang cerewet tak bertempat pastu rasa nak sempurna jer konon jer la sampai kekdg tu ada post yang naik cendawan jugak ..haha

Sesiapa yang sesat atau pi rumah sedara mara ke atau kekawan kat area Wangsa Maju seksyen 2 dan terasa lapar nak makan, sila la jengah kat senarai dibawah naa.  Kalau ada tambahan, nanti2 ditambah naaa...

Image may contain: 1 person, outdoor and food

1. Nasi Lemak Jeep Merah
Nasi lemak yang yang sedap pada harga RM1.50. Sibapak dan anak perempuan dia akan buka gerai tepi bahu jalan betul2 kat simpang lampu isyarat dan kalau nak tahu diaorg beroperasi atau tak kena tengok ada tak jeep merah tu dan pastu mestila gerai diaorang tu.  Selalu diaorang buka jam 9mlm keatas.

Nasi lemak dia biasa jer la dengan telur rebus separuh dan sambal dia agak pekat tak macam sesetengah peniaga yg jual nasi lemak pada harga yang sama tapi sambil cair (pengalaman sendiri ya) tak pedas dan pembeli rata2 adalah student berbangsa Cina.. mmg boleh hadam la dan untuk orang Melayu pun mesti la kalau nk pedas sila buat sendiri hehe


2. Gerai Bang Uun dengan cucur udang yang awesome
Gerai ni terletak di blok D12  dibuka sedari pagi dengan nasi lemak, bihun dan dari jam 10 dah dijual lauk pauk makan tengahari yang boleh tahan sedap la mcm gulai ikan, asam pedas dan lelain. Yang jadi favorite Umi kat sini ialah cucur udang dia yang kalau sekarang ni orang jual cucur udang tapi udang tak dak! cucur udang dia ni berharga RM1 sekeping dengan kuah kacang dan rasanya mmg sedap la...dan tadi siang nak pergi beli tapi dah habis..huhu kena cari la esok jawabnya. Lokasinyer berdekatan dengan Hospital Tunku Mizan jadi mmg tumpuan askar2 dan misi2 jugak la

Image result for burger bakar wangsa maju
3. Burger Bakar 
Dulu tular sakan Burger Bakar ni sampai kalau sesiapa nak makan kena beratur panjang dan dulu Umi mintak anak bujang pergi ambil no dulu..tu dulu la..sekarang masih sedap cuma crowd dah kurang

4. Nasi Lemak Bajet
Harga nasi lemak diaorang jual hanya RM1.00 jadi kalau sesiapa yang ada duit RM5 tu boleh la beli 3 jadi akan lebih kenyang.  Diaorang jugak jual pau, bermacam2 jenis pau dan bubur kacang.  Waktu operasi tak pasti tapi waktu Umi otw balik rumah dalam 6.30 petang tu mmg diaorang dah ada meniaga dibahu jalan selepas gerai makan Sungai Golok menuju ke Hospital Tunku Mizan

https://id.foursquare.com/v/maju-rambo-malay-food/4bb7562b1344b713ed959e04
5. Kedai Makan Rambo 
Gerai ini agak lama dan dibuka dari waktu sarapan lagi dan yang best jugak kat sini ada gulai kawah dan pelbagai jenis lauk pauk..cuma antara kena dengan selera atau tidak jer.  Terletak berdekatan Sek Rendah dan Sekolah Menengah Wangsa Maju ni memang tumpuan  ibu bapa yang datang ambil anak2 langsung lunch gitu..hehe

Photo taken at Restoran ZatiManis by Faliq T. on 12/23/2012
6. Restoran Zatimanis
Terletak diantara sebuah restoran cina dan BRJ
Paling Umi suka pasal restoran n...dia jual spagetti agli olio dengan pada harga RM7 yang cukup mengenyangkan selain nasi lemak pagi dengan ayam goreng yang sedap

Nasi Lemak 3 Rasa - komen dari  http://www.burpple.com/restoran-zatimanis
Let me introduce this so called "Nasi Lemak 3 Rasa"..the sambal is very special which come together wit a ginger sauce, you can choose to eat wit sambal only, or ginger sauce, or mix both together~ so this is why they call it 3 rasa..the crispy fried chicken taste really good too..RM5.50 for this Nasi Lemak Ayam, reasonable price and is really yummy~

Image result for BRJ wangsa maju

7. Kedai Mamak BRJ
Dah nama kedai mamak kan..so lauk pauk dan makanan mamak ler tapi yang famous sebab satu bangunan dengan cybercafe Orange dan TBun yang buka 24jam so rata2 pengunjungnya mesti la budak2 cc kan.


8. Kedai Makan Sungai Golok 2
Dulunya kepunyaan Halim 2By2 dan kamilah pengunjung yang kerap pi sana  sebab tomyam dia sedap, nasi goreng pattaya, nasi goreng yg pelbagai yang sedap buat tekak kami la tapi sejak gerai Halim ni terbakar dia dah mcm down kot dan tak berniaga tup2 tengok diambil alih oleh Sg Golok.

Jadi pendek kata kalau tengah malam perut lapar mmg kami tak lapar la janji ada $$ hehe


Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!