Memikat suami dengan Asam Pedas Tulang Rusuk

Selamat petang ;D

Ni kejadian masakan semalam.  Dah lama mengidam ehh teringin nak makan tulang rusuk masak asam pedas yang akhirnya terlaksana dan mendapat pujian anak2 dan yang paling penting en dhubby lar. Alhamdulillah rasa nak melompat pun ada..keke

Jadi kali ni resepi menjadi sungguh resepi memikat suami haha

ni yang berbaki lepas makan..terlupa nak snap gambar sebelum disantap ;p

Bahan-bahan
1kg tulang rusuk
3 tangaki daun kesum
semangkuk air asam jawa
1 batang bunga kantan - kalau ada
1 batang serai - diketuk

Bahan untuk dikisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 sudu lada hitam - kalau suka
belacan

Caranya:
Rebus tulang hingga lembut dalam periuk atau kalau guna pressure cooker pun boleh.

Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis serai yang diketul dan semua bahan yang ditumbuk tadi hingga naik wangi


Bila dah wangi, masukkan cili kisar dan goreng hingga pecah minyak dengan api sederhana dan pastikan betul2 masak.  Masukkan tulang lembu dan kacau hingga sebati dengan api yang sederhana


Bila dah nampak masak, masukkan air rebusan dan air asam jawa dan ditambah ikut kepekatan yang disukai dan masukkan daun kesum.


Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula (lebih kurang 1/2 sudu teh dan kacau hingga mendidih. Biarkan direneh dengan api sederhana



Selamat mencuba

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!