January 30, 2017

Segmen Ice Breaking by Mellya

Assalammualaikum wbt

Sempat lagi nk join segmen special si manis Mellya ni sebab tarikh tutupnya 31 Jan 2017!

iceBreaking

Segmen ICE BREAKING oleh dimanis Mellya ni memang menarik dan Umi sebenarnya dah draft beberapa hari dah untuk turut serta tp menulis ni nak kena ada proof reading sebelum posting nanti terover pulak kan dah payah..terlajak tulis dan berkata bukan boleh ditarik balik mcm tarik sampan..hehe

Dipanggil Fuzy atau singkatannya Gee, Kak Cik, anak2 buah panggil Makcik Gee, cucu sedara panggil Tok Mi..glamer sikit kan

Kat office dipanggil Cik Gee, Puan Fuzy / Gee, Kak Gee..hentam saja la asal jangan panggil hoi sudah

Kat rumah dipanggil Umi, so kalau nk panggil Umi kat sini pun boleh sebab sy bukan muda lagi walau hati muda selalu

Punyai 10 adik beradik..actually 8 beradik seibu dan sebapa, anak perempuan yg kedua akhir aka perempuan bongsu la jugak dan lepas tu ada adik lelaki 

Abah saya orang Taiping dan Mak orang Parit Buntar Perak

Berkahwin sejak 1992 dengan seorang jurugambar yang bekerja di sebuah kementerian yang berasal dari Kedah jadi mmg selalu balik kg sewaktu MIL & FIL ada tapi sekarang hanya balik waktu hari raya dan kalau ada walimatulurus atau kenduri kendara

Punya 2 anak lelaki yang handsome ≧▽≦ dan 4 perempuan yang cantik (◕‿◕✿) 

Usia anak2 pada 2017 - 24, 22, 19,18,17, 11, lambat lagi nak bermenantu sebab yg sulung dan kedua tu anak lelaki

Mengambil jurusan kesetiausahaan dan sambung belajar dalam Business tp half way sebab pregnant..berhasrat nak sambung juga tapi kekangan waktu dan kerja sekarang yang memerlukan untuk berfikir selalu..alasan terbaik tu kan hehe.
Boleh berbahasa German dulu tapi sekarang dah mereput sebab dinding tak memberi tindakbalas  tapi masih boleh membaca dengan lancar jugak la ngeee

Bersekolah di Marian Convent Setapak dan Air Panas Girls School
kiranya sy memang orang Kuala Lumpur tulin hahaha

pernah bekerja dengan beberapa firma multinasional seperti ExxonMobil, Lucent Technologies, AT & T, AEG Westinghouse, United Nations, legal office, secretarial office dan sejak 2003 terjun ke industri pelancongan dan terus jatuh cinta

kenapa saya  jatuh cinta dengan bidang sekarang?
- saya suka bercakap
- tak perlu bermakeup : perlu bila kena jumpa client jer atau ada special event
- own freedom ? tak jugak tapi otak kena berfikir untuk mencari peluang business
(dapat mempergunakan otak dengan sepenuhnya)
- boleh makan angin : actually dah bosan terbang dan kalau kena travel tu selalu terfikir pejam mata dah sampai haha walau mmg tak mungkin terjadi

psst..sebenarnya letih melayan karenah pelanggan yang cerewet tak bertempat tapi tu la dugaan untuk ditangani dengan bijaksana

Lagi mengenai saya:
- dah blogging sejak 2006 ! tapi menulis hanya untuk simpanan mulanya
- tak suka tidur tengahari
- konon perfectionist la sangat sebab berbintang Virgo tapi ciri-ciri Virgo tu mmg ada la
- tak boleh tidur dalam kapal terbang tapi kena paksa jugak kalau penerbangan melebihi 2 jam sebab tak boleh nak main hp dan malas nak on off lappy
- dah bertukar menjadi hometype person
- dah pandai memasak hikhik
- skeptikal, fuzzy

Twitter : Fuzy Hamid
Image result for i am virgo

Image result for i am virgo

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!