January 1, 2017

Selamat Tinggal 2016

Dan 2016 kita tinggalkan dengan pelbagai kenangan, manis mungkin pahit dan Alhamdulillah kita memasuki tahun baru, tahun 2017. Macam2 perasaan kot bila melangkah ke 2017 yang mungkin memerlukan kita untuk bekerja lebih keras, lebih bijaksana dalam mengatur kewangan, lebih teratur dan lebih berjaga2 dan segalanya lebih lah termasuk belanja lebih tu mmg pasti!

Takut? ya mmg takut untuk menangani kenaikan harga barangan, petrol, keperluan, perkhidmatan yang semakin menyempitkan. Bergerak sikit pun melibatkan kos. Bak pepatah Inggeris, nothing is free! Tapi jangan gusar, kita perlu ada semangat untuk berjuang, mana tahu 2017 adalah tahun untuk kita mencatat kejayaan..InsyaAllah

Azam? setiap tahun ada yang pasang azam 2-3 atau mungkin 4-5 azam tapi terlaksana tak semuanya? tak per tak terlaksana tahun lepas dan tahun2 yang lepas..tahun 2017 kita cuba la capai apa yang termampu dan lakukan dengan lebih bijaksana, jangan patah semangat dan yang penting kena ada azam sebab tu adalah penanda aras untuk kejayaan kita dimasa hadapan

Tu jer la yang nak dicatat kat sini..Selamat Tahun Baru


Semoga kita diulit mimpi indah seindah hari-hari yang mendatang.  InshaAllah

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!