Siapa pernah makan peknga ubi kayu ?

Assalammualaikum wbt

Siapa pernah makan peknga? hehe kalau orang Utara mesti tau apa dia peknga kan..kalau orang tempat lain dipanggil lempeng.  Peknga ni special sebab ni mmg favorite Umi dan adik beradik, peknga ubi kayu yang memang kami akan berebut sampai kena sorok dulu kalau tak tak merasa la orang belakang tapi masa kecik2 dulu mmg mak sangat tegas, kena siap masak dulu, buat air teh seteko, bentang tikar dan duduk ramai2 makan sama2..

Ok nak tau cara buat peknga ni..

Bahan/ Cara membuatnya:
  • Ubi kayu - dibuang kulit, dibasuh dan diparut
  • 5 tangkai cili kering - dikisar atau ditumbuk campur dengan udang kering (kalau tak suka udang kering tak payah bubuh)
  • 4 ulas bawang merah, dicampur ditumbuk selepas cili kering dah lumat tapi jangan sampai halus
  • Campurkan parutan ubi kayu dan bahan yang ditumbuk tu, digaul hingga sebati.  Masukkan garam sesedap rasa
  • Panaskan kuali leper
  • Bila kuali dah panas, letak kan sedikit minyak dan sendukkan adunan parutan ubi kayu tu, ratakan macam buat lempeng / capati 
  • Terbalikkan peknga tu sampai masak dan boleh la diangkat dan dihidang
Teringat kat peknga ni terutama musim hujan dan sejuk ni sedap niii ;D.  Mungkinkah hujung minggu ni peknga akan menjadi resepi untuk jamu anak2 dan adik ipar Umi yang akan bertandang nanti? Tungguuu..keke


ubi kayu yang disagat, digaul kalau suka nak tambah telur boleh jer

disenduk dan letak kat atas kuali leper

dah masak sebelah bawah dan diterbalik utk bahagian atas pulak

kalau suka garing boleh la bagi nampak kerak cam tu

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!