Endless celebration buat Kak Yang

Assalammualaikum

Terasa birthday Kak Yang kali ni dah macam never ending celebration pulak.  Malam birthday dia, family Mak Teh dia sampai, pastu pada hari lahir dia 28 Jan jatuh pada hari Gong Xi Fa Chai sama macam 19 tahun dulu waktu dia dilahirkan juga pada petang CNY.  Too bad kami tak dapat kami sambut pada 28 Jan sebab kekawan baik dia bawak dia keluar untuk simple celebration dan 29 Jan pulak kami semua day trip tanpa Ayong ke Berjaya Hills kemudian langsung lunch kat Kungfu Ramen (masih terhutang posting untuk food review) dan malam pulak sambutan yang official untuk dia di Pizza San Francisco...untung sungguh kan.

Sebenarnya Pizza San Francisco ni memang restoran kegemaran sebab dekat dengan rumah dan food dia is up to our taste la yang kami tak akan complaint dan yang best pasal PSF ni dia akan bagi 1 slice cake untuk si empunya birthday...dalam surprise way selepas selesai makan

Lokasi : Jalan Wangsa Delima 6, Seksyen 5, Wangsa Maju

tersenyum lebar Kak Yang dapat surprise Tiramisu Cake walau small slice.  Sebenarnya memang Umi nak order Tiramisu Cake dari adik Umi yang pakar buat kek tapi tak de rezeki sebab dia balik kg wife dia...


Pasta pesto pilihan Umi..memang sedap dan terbaik.  Highly recommended buat sesiap pencinta pasta tapi kali ni agak termasin sikit...huh nak kahwin ke pulak si tukang masak ni..kata orang kalau masak termasin tu tanda nak kahwin tapi kalau dah kahwin tu cukup la satu..hehe

Spagetti meatball in tomato sause yang pilihan cik applepie dan memang ni jer yang dia nak kalau ke PSF ni..untuk Umi tak berapa sedap berbanding buat sendiri kan.  Untuk kanak2 yang suka meatball memang ini pilihan yang baik

Linguini carbonara dengan sliced turkey salami pilihan dhubby tapi tak boleh makan banyak takut rasa muak dan jangan makan waktu sejuk..memang tak lalu la

 Spiral seafood pilihan Ain anak adik dhubby dan memang sedap..highly recommended untuk sesiapa yang berminat dengan seafood tapi portion ni kurang banyak untuk size Ain..hehe

Fuscili seafood pilihan Ayong 

 Pan Fried chicken pilihan cik Myea

 Pilihan Kak Cik Iman

  Adik dhubby dengan suami..tunggu pizza eh awat la depa ni lambat..depa dah lapaq tu kiki.

 adik dan abang


Cuma Angah Ammar jer yang tak ikut sebab dia ada game futsal, cuma tapaukan dia lasagna jer.

Semua dah kekenyangan dan keletihan day trip tu baru terasa, balik rumah tukar ke baju tidur dan masing2 mengambil tempat untuk merehatkan minda dan tak pasti la pulak kalau muncul mimpi ke atau tidak hehe.

Apa-apa pun memang seronok bila adik beradik datang bertandang lebih2 lagi mereka tu sekepala dan rajin membantu mungkin sebab jarak umur dhubby dgn adik dia tu tak jauh kot berbanding yg lelain.

Ok..nanti sambung utk review Kungfu Ramen sebab tengah tunggu gambar2 dari dhubby

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!