Sunday, 19 February 2006

Petua Mengurangkan Bengkak Kaki Ketika Hamil

Pengalaman mengandung yang lepas-lepas memang tanpa masalah, serius tak de la yang membebankan kami suami isteri tapi bab bengkak kaki bila usia kandung makin membesar tu memang annoying tapi masih bearable.  Tu la dok asyik mengandung jer kan dan ini adalah kehamilan ke 6 yang unexpected. Anak tu kan rezeki dari Allah swt dan sesiapa yang mengandung dan bersalin secara normal tu memang akan terasa betapa istimewanya tapi bukan bermakna mereka yang bersalin secara pembedahan tidak istimewa, mereka tetap istimewa sebab mampu membawa perut selama 9 bulan 10 hari!

Ni adalah petua yang saya guna kan untuk mengurangkan bengkak kaki selalu sedikit senaman, worth trying tapi kena rajin la

Image result for bengkak kaki akibat mengandung 2006
gambar hasil Google

Bahan yang diperlukan :
  • Jadam
  • Air masak
  • Besen

Cara membuatnya:

  • Satu cara mengatasinya ialah dengan mencampurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat.


  • Sapukan pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam.


  • Selawat 3x.


Seelok-eloknya disapu sewaktu hendak tidur, InsyAllah


Selain dari tu ada beberapa petua untuk mengelakkan bengkak kaki ni


  • Waktu tidur pastikan posisi kaki lebih tinggi dari jantung dan kepala


  • Jangan berdiri dalam jangka waktu yang lama hingga kaki akan rasa kebas yang membuat peredaran darah menjadi tidak stabil


  • Elakkan dari menggunakan kasut yang ketat dan tinggi


  • Lakukan sedikit gerak senam untuk mengurangkan kebengkakan kaki
Selamat mencuba ya dan kemungkin ada yang tidak sesuai dan ada cara lain tapi tak salah mencuba kan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!