Lawatan sehari ke Berjaya Hills, Japanese Village - Part 1

 Hari Ahad 29 Jan seperti yang dijanjikan kami dan keluarga ipar ke Berjaya Hills, Bukit Tinggi yang jaraknya dalalm 45 min jer dari rumah atau boleh naik bas dari Kuala Lumpur di Berjaya Times Square...konon nak celebrate birthday Kak Yang ke 19 dengan kek Tiramisu tapi chef Ross berada diluar kawasan dan pulak besties Kak Yang nak celebrate dengan dia..ok jer la

Peringatan buat sesiapa yang tak tahan mabuk pastikan sediakan plastik atau makan ubat ye sebab jalannya macam ular kena palu tapi tak la teruk..sebaiknya langkah berjaga2 tu perlu kan.

Sebelum nak pergi tu kena la tau apa yang ada kat sana selain nak rasa kesejukan eh sejuk ke? tak la sangat tapi sejuk dari dok kat tengah bandar Kuala Lumpur nun.  Apa-apa pun kalau kita nak pergi bercuti ke atau keluar dari bandar untuk perubahan udara tu kena la selidik jadi kita akan tahu apa nak buat dan rangka jadual kita kan.

Berjaya Hills dulunya dikenali sebagai Bukit Tinggi Resort dan ada 2 hotel kat sini iaitu Colmar Tropicale French Theme Resort dan Meranti Suites masa Umi kerja dengan ExxonMobil dimana kami meraikan anak2 yatim dan jugak masa menjaga grup Sapura untuk teambuiding diaorang.. tapi sekarang dah ada The Chateau Spa & Organic Wellness Resort.  Kalau yang nak honeymoon tu tak jauh dari bandar, jom ke sini atau contact 603-4149 1790 untuk tempahan bilik.

Kalau nak kesini, ada bas dari Berjaya Times Square jadi tak perlu la memandu...duduk dan relax

Kalau sesiapa yang buat tempahan bilik, memang tak kena bayar untuk masuk tapi kalau kalau hanya nak santai2 tu nanti ada drive thru kaunter tiket dengan bayaran RM15 bagi dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak dan dengan bayaran ni boleh naik shuttle bas ke Japanese Village, Animal Park dan lain-lain tempat disekitarnya.  Tapi untuk mengenakan kimono kena bayar RM20/orang dan untuk ke Animal Park kena bayar RM5/orang dan boleh naik keldai atau bermain dengan arnab

Apa lagi ada kat sana?
  • Botanical Village terletak bersebelahan Japanese Village
  • 6D Motion Ride
  • Equestrian
  • Golf
Jadi kami naik bas shuttle ke Japanese Village dan kena la pulak kerabat tangga sebanyak 44 anak tangga kalau tak silap..lupa dah kiraanya untuk sampai ke Japanese Village lepas tu kena menapak lagi untuk sampai ke perkampungan Jepun tu yang 3,500kaki dari paras laut..haihhh memang hilang kalori hari tu
jenuh memanjat tangga...tapi kalau tak nak naik tangga boleh mendaki kat sebelah hujung sana
ambil tenaga lepas panjat tangga dan mendaki..pastu posing kat pintu masuk keke


stop kat sini pulak lepas jenuh la jugak melawat suite yang boleh kita menginap..kat sini memang tempat untuk pengunjung berehat sambil berfoto dan mungkin berminat nak mengenakan kimono.  Terasa nyaman, tenang dan sejuk sebab ada kolam tapi tak pulak nampak ikannya heee
applepie pun nak join sekali..uhh

Posing dengan berkimono ler Kak Yang ..ni sebahagian jer gambar dia 
kat luar Japanese Village ni ada kedai souvenier dan jugak gerai makanan ala Jepun

rehat sekejap menunggu yang lelain nak beli aiskrim la..tokayaki la
Memasing berposing menunggu shuttle bas yang dikhabarkan tersekat dengan kesesakan kat bawah nun..
Memanglah penantian tu suatu penyiksaan.. dekat 30min menunggu bas shuttle..dhubby dah dok bebel.."kan tadi i cakap nak bawak kereta..u tak nak" ehh kalau pandu kereta keatas ni pun sesak jugak.  Alhamdulillah..akhirnya 2 buah bas shuttle sampai dan kami pun bergerak ke Colmar

- to be continued -

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!