February 5, 2017

Syamel dan Ernie juara Duo Star..tahniah

Tahniah buat Syamel dan Ernie kerana menjuarai Duo Star sekaligus memenangi hadiah RM100,000.00 fuyooo banyak tuu kan dan duo ni menewaskan penyanyi senior yang lain tau.  Mereka memang terbaik dengan vokal yang hebat namun yang lelain tu pun kurang hebat dan seronok jugak tengok gandingan Awi dan Kaka pada pandangan Umi yang tak pandai pasal muzik ni sebab memberi kelainan dalam persembahan diaorang, terbaik dan serasi terutama bila Awi dan Kaka mendendangkan lagu Inggeris We dont talk anymore pastu dinyanyikan dalam versi Melayu sementara Haiza dan Epul mendendangkan lagu Kau Kunci Cintaku dengan ditambah rentak dangdut..awesome!

dan tak lupa jugak pengacara yang hebat Dato AC Mizal yang sangat happening dan sangat humor dan jurinya terdiri dari Dato Acis, Adibah Noor dan Dato Hattan.


Bukan nak komen tapi nak kata sikit la bila tengok sipenaja Datin Furyna punya pakaian persis ikan duyung...alahaiii ketat mak aihhh walau bentuk badan tu cantik tapi rasanya kurang manis kot bila dah bertudung tapi pakaian mengikut susuk tubuh dan nasib baik bila dia beriklan muncul iklan yang tutup sebahagian badan dia tu keke.. #hanyapandanganperibadi


Keputusan pemenang adalah 100 peratus berdasarkan sistem permarkahan juri.  Nak tau lebih lanjut KLIK SINI





Juara : Syamel dan Ernie
Naib Juara : Awi Rafael dan Kaka
Ketiga : Haiza dan Epul
Keempat : Ayai dan Firman
Persembahan terbaik : Ayai dan Firman

Persembahan pembukaan oleh Ayda Jebat dan Izzue Islam sempat la jugak Umi tengok sesambil dhubby tukar channel tengok cerita P Ramlee ;D dan nasib baik jugak dapat tengok persembahan lagu Dirghayu oleh Dato Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir..memang mantap dan always the best la
ni la juri-juri Duo Star ni

Program terbaru Duo Star ni telah bersiaran bermula 25 Disember 2016 menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam.

Pertembungan sengit seramai lapan pasangan dari kalangan penyanyi profesional ni memang menggamatkan program terbaharu terbitan Astro ni ditaja oleh Aura White
Senarai peserta yang turut serta dalam Duo Star ni memang hebat2 belaka antaranya




  • Syamel & Ernie Zakri
  • Asfan & Aweera
  • Awi Rafael & Kaka Azraff
  • Ila Damiaa & Yasin
  • Haiza & Epul Drama Band
  • Ronnie Hussein & Sarah Fazny
  • Harris Baba & Ning Baizura
  • Firman & Ayai

  • No comments:

    Post a Comment

    terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

    komen baik-baik tau!

    Thanks for the visit, appreciate your positive comments!