March 21, 2017

Kerabu Serai Buah belimbing

Assalammualaikum wbt
Selamat pagi Selasa yang ceria
Selamat bercuti bagi yang bercuti sempena cuti sekolah ni..Ummi pun bercuti gak..tak jauh pun..cuma ke Johor dgn rombongan Che Chah dan keluarga..hehe



5 batang serai
Segengam buah belimbing kering
5 ulas bawang merah kecil
7 biji cili api
kerisik

Cara membuatnya:

* Serai dihiris halus2 kemudian dibasuh dan diperah buang airnya

* Buah belimbing kering dihiris kecil dan dicampur kedalam bekas dengan serai

* Bawang kecil dimayang nipis kemudian dibasuh dan diperah supaya kering dan dicampur dengan serai dan belimbing kering

* Gaul kesemua bahan, masukkan sedikit kerisik (kalau suka, kau tak ada pun tak apa)

* Akhir sekali masukkan cili api yang dihiris dan digaul.

Garam tak perlu kerana buah belimbing buluh memang dikeringkan sudah digaul garam terlebih dahulu.

Dah siap boleh la makan dengan nasi panas2.  Kalau untuk makan dalam pantang pun boleh tapi jangan letak kerisik dan cili api

Selamat mencuba!

psst...#postingdalamkereta

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!