March 29, 2017

Resepi Itik Salai Masak Lemak Cili Api

Okay kali ni Ummi nak kongsi resepi masak itik atau kalau sesetengah orang panggil serati atau itik nila yang Ummi beli masa balik dari Kuala Pilah (bukan baru masak tapi dah lama masak cuma resepi ni baru nak kongsi.

Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin cara memasak kita berbeza la sikit kan ikut kerajinan kan hehe.

Image may contain: food
ada yang suka buat masak kicap, masak rendang tapi Ummi buat masak lemak cili api sebab ni masakan kegemaran ahli jemaah pengarah.  Tapi kali ni kunyit kurang jadi warna masakan ni kurang menarik sikit


Bahan-bahan:
Itik yang sudah siap disalai dan dipotong kecil (terpulang nak masak 1 ekor atau 1/2 ekor)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji timun kuning
Daun kunyit
3 keping asam gelugur atau daun asam gelugur
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili api - kalau tak suka pedas, boleh kurangkan*
4 ulas bawang putih

2 inci kunyit hidup
1/2 cawan air

Cara-cara membuatnya:
  • Masukkan bahan yang dikisar, serai yang diketuk dan asam keping kedalam periuk dengan 1 cawan air dan direnih dengan api perlahan
  • Bila dah mengelegak, masukkan itik dan digaul supaya itik tu serasi dengan bahan-bahan tu.  
  • Masukkan timun kuning dan dikacau
  • Tambah air (jika perlu) untuk pastikan itik tu betul-betul masak/lembut
  • Masukkan santan cair, daun kunyit yang dipotong dan biarkan sampai mengelegak
  • Masukkan santan pekat dan kacau (jangan tinggalkan kalau tidak santan akan berketul dan pecah minyak)
  • Tutup api dan letakkan garam secukup rasa
Boleh la dihidang dengan nasi panas-panas.  Selamat mencuba

Nota: Ummi tak letak bawang merah dalam masak lemak cili api tapi kalau sesiapa  yang suka boleh la letak.


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!