Si HKU Simmy Boy selamat dikembiri
Assalammualaikum wbt
Salam Isnin buat semua!
Mungkin ada yang marah sebab kenapa perlu dikasi atau dimandulkan atau dikembiri Simmy Boy? sebab dia HKU - haiwan kurang upaya atau lebih tepat dia buta dan tak mampu mencari pasangan sendiri dan kalau dilepaskan akan membahayakan dirinya. FULL STOP!
sesi memberi Simmy Boy makan ubat oleh Kak Yang..jenuh jugak la nak pegang dia sebab selepas op ni dia macam biol2 sikit mungkin sebab sakit tau mungkin kesan dari ubat
dah masuk dalam sangkar yang kecil utk hadkan pergerakan..comey kan
Simmy boy yang buta tapi sangat comeyyy
murah kalau dibandingkan dengan klinik
ni yang SPCA bagi untuk menjaga kucing/haiwan yang di kembiri
ni copy paste dari laman sesawang SPCA pra syarat sebelum dikembiri
Jadi Ummi sarankan untuk pencinta kucing atau lain-lain haiwan boleh la buat treatment atau check up kat sini selain harga perkhidmatan yang murah dan disamping itu kita menyokong usaha NGO ini untuk membantu memberi pelindungan kepada semua haiwan.
SPCA Selangor ditubuhkan pada tahun 1958 dan sebuah organisasi bukan kerajaan tanpa keuntungan (NGO - Non Profit Organization) yang terletak di Ampang Jaya. Disini kita mengambil haiwan yang kita inginkan dalam program Adopt A Pet dan selain itu juga kita boleh meringankan tanggungan pihak SPCA dengan menjadi :
* Penyumbang atau penderma
* Keluarga angkat (Fosterer) kerana di SPCA terdapat banyak haiwan jadi kekadang haiwan yang masih muda payah untuk menyesuaikan diri
* Sukarelawan
* Sahabat SPCAKalau ada sesiapa yang berminat, silalah ke alamat dibawah atau hubungi untuk keterangan lanjut :
Alamat : Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang
Telefon : 03-4256 5312
Telefax : 03-4252 8382
Waktu : 10 pagi hingga 4 petang (Selasa - Ahad, tutup hari Isnin)
Email : enquiries @spca.org.my
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!
kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah
komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!