Siapa pernah makan kuih Qasidah

Assalammualaikum wbt

Hari ni Umi nak berkongsi resepi kuih qasidah haa mesti ada yang dok teringat anak Sadiq Segaraga  si Qasidah sibongsu yang keras kepala yang berkahwin Abdul Wahub kiki ..haipp

Kuih qasidah ni kuih klasik berasal dari Negeri Jelapang Padi dan Umi tau pasal kuih ni dari arwah MIL yang pernah buat kuih ni.  Dulu masa kecil pun kakak sulung Umi pun ada buat tapi tak tau namanya dan kalau nak tau kaum Cina pun ada kuih seakan ni, cuma tak pernah pulak Umi tanya nama kuih tu tapi memang nampak sama je.

Ok, jom kita mula buat kuih yang super mudah ni, tak perlu banyak bahan dan yang pasti bahan-bahan ni ada dapat dapur kita.

Umi akan kurangkan gula sebab nak kuih ni terasa lebih lemak masin dari manis, terpulang pada sesiapa yang nak ikut resepi seperti dibawah

kali ni Umi tambah daun bawang sebab konon nak bagi nampak cantik dan untuk mewangikannya
Gambar yang dipotong masa makan tak sempat diambil sebab dah dimakan sebelum kamera/handphone berfungsi..hehe


Resepi Kuih Qasidah
Gini la rupa bila dah dipotong.  credit pic dari google


Bahan-bahan
300 gm tepung gandum
3 cawan air
100gm gula pasir
4 ulas bawang merah
minyak untuk menggoreng bawang
garam secukup rasa


Cara membuatnya :

  • Bancuh tepung bersama dengan air dan gula, kacau sehingga sebati.
  • Panaskan bahan tadi dengan api yang sederhana dan kacau sentiasa supaya tidak hangus
  • Kacau selama dalam 20 minit, macam buat puding jagung dan pastikan tepung tu tak berketul2
  • Tuang adunan dalam bekas yang nipis dan biar hingga sejuk
  • Goreng bawang dengan minyak hingga keperangan, angkat dan taburkan diatas kuih qasidah tadi


Selamat mencuba!

Kepala dah ting tong sebb demam selesema, nanti esok Umi sambung blogwalking ya ;D
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!