April 30, 2017

posted 11:03 AM by with 0 comment

Hangpa menyorok apa pagi ni ?

Assalammualaikum wbt

Selamat pagi dan salam berhujung minggu!

Dasat noo tajuk kali ni..hehe kalau orang Utaqa tu mesti tau la maksud Umi..Umi bukan orang Utaqa tapi sebab D'hubby orang Kedah dah terjebak la sekali tapi yang light-light jer la..kalau yang mendalam tu cheq wajib sengih jer la.

Tentang perkataan 'menyorok' pasti  +Noor Maizan +SITI AWADAH pun tau sangat kan!  Menyorok ni kena bunyi dalam sikit 0≦  bermaksud sarapan pagi. Untuk Liez +FeyLiez yang dah datang balik minat kat durian tu..memang boleh tumpang sekaki la kot..

Apa sarapan pagi hangpa? ngeee

Semalam en dhubby teringin betul nak makan durian selepas berpantang beberapa bulan.  Sebenarnya nasib baik jugak waktu dia tak sihat tu bukan la jugak musim durian..eh rasanya kot..^ ^ Umi bukan tau sangat pun pasal ni sebab Umi bukan peminat durian apatah lagi nak makan durian tapi kalau tempoyak memang favorite haha.

Jadi dengan gigihnya D'hubby pun pergi la ke gerai jual durian dan dapat la durian yang dipanggil XOXO betul ke ejaan Umi ..ehh hentam jer la ya..harga XOXO ni RM45 sekilo dan untuk 2 biji tu habis la RM150 sahaja..erkk nak tercekik dengaq nihhh..tapi kata D'hubby murah dah tu kalau Musang King harga RM60 sekilo...tu pun ramai jugak orang yang teringin dan beli..hadoiiii



Untuk makan puluit durian ni kena ada santan letak garam sikit dan gula.  Pulut pulak bukan tanak tapi kukus.  Paling sedap guna pulut susu.

Mudah jer : letak pulut dalam pinggan, santan, gula dan makan macam makan nasi dengan sambal gitu...tapi makan ni tak boleh berhenti kalau tak kembang pipi dan Umi yang dok sebelah pun tak sanggup tengok..naik kembang tengkuk haha, cuma tak post gambar jer kalau tak memang sesiapa tengok orang yang makan puluit durian ni mau jatuh kerusi dan kembang tekak..opps

Petua : Lepas  makan durian ni wajib bagi Dhubby dan dia pun bagi anak² minum air yang dimasukkan dalam pangsa buah durian untuk pastikan badan tak panas lepas makan durian.  

Untuk Umi pulak cukup la pulut dengan ikan gelama jeruk dengan cili kering.  Mood nak buat sambal tumis ikan bilis tu tak berapa nak ada jadi tu jer la untuk teman D'hubby bersarapan



Read More

April 29, 2017

posted 8:30 PM by with 0 comment

'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'


syarat penyertaan sangat mudah, cuma perlu

- follow blog www.sukasukasurirumah.blogspot.com

- follow Google+ Mrs Pip

- buat entry bertajuk Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP', copy banner ke dalam entry anda, dan backlink kan ke blog Mrs Pip semula

- dan paling penting, jangan lupa tinggalkan entry link anda di bahagian komen

****************************

buat pengetahuan rakan-rakan blogger, Mrs Pip sedang mencari seramai 15 blogger bertuah untuk disenaraikan dalam BLOGLIST Mrs Pip sepanjang bulan Mei-Jun 2017

segmen ini berlangsung bermula 17 April - 30 April 2017, tamat jam 8pm, dan senarai blogger yang berjaya masuk BLOGLIST Mrs Pip akan diumumkan Insya Allah pada 1 Mei 2017

sekiranya segmen ini mendapat sambutan melebihi 30 penyertaan,
2 pemenang bertuah akan menerima hadiah misteri daripada Mrs Pip

pemilihan pemenang bertuah adalah melalui 'cabutan kotak rahsia' :))
dan pemilihan adalah muktamad.


Read More
posted 3:53 PM by with 0 comment

Makluman untuk pemenang 'I Love Blogging with Sis Hawa'

Selamat petang dan selamat berhujung minggu ;D


Image result for postman using helicopter gif

Wow.. kedua² pemenang ni blogger dari Negeri Dibawah Bayu rupanya...ehh macam dah nak sampai seru Umi ke sana pulak dah


Pemenangnya yang terpilih adalah:

1. +Mrs Pip - http://sukasukasurirumah.blogspot.my

2. Anum Abdullah - http://anumabdullah93.blogspot.my


Hadiahnya adalah :


Terima kasih sis Awa +SITI AWADAH untuk maklumat pemenang segmen 'I Love Blogging with Sis Hawa' yang Umi taja.  Segala alamat telah Umi dapat dari Awa dan minta tunggu ya sebab sekarang ni Umi lagi sibuk berkaitan kerja dan peribadi dan InsyaAllah hadiah akan diposkan dengan secepat mungkin dan bila dah dipos nanti Umi akan message di Whatsapp ya.

Image result for sympathy face gif


 Terima kasih atas kesabaran dan tungguuu

hugs, Fuzy sweetsourleyra







Read More

April 28, 2017

posted 11:46 PM by with 0 comment

Dubai 2016 : Hari akhir di Dubai

Kisah ke Dubai sebelum kat SINI dan SINI

27 April 2016...hari akhir di Dubai @Dubai #Dubai walau misi berjumpa agent tak selesai lagi tapi dah janji jadi kenalah tepati

Delima nak minta keizinan D'hubby - baca kat SINI

Bangun pagi..ehh bukan pagi tapi waktu Subuh...tersedar macam biasa..intai tingkap tengok Dubai Creek...sunyi dan tenang.

Mula mengemas...owhh tak sempat membeli buahtangan lagi untuk kesayangan dan teman dipejabat...misi mengemas diteruskan sambil menggosok baju untuk ke Dubai World Trade Center

Mode : sambil menulis ni sambil menonton Mok Cun pergi ke Dubai dan singgah ke Dubai Mall..siapa tengok?

Tengok la iron kat hotel ni...besar gedabak kan tapi memang best sangat..tu yang berangan ingat nak cari satu bawak balik KL hahaha..
Kat sebelah tu la badge yang kena pakai bila masuk ke Dubai WTC dan kena scan setiap kali masuk kalau tak memang kena dok melengung kat luar jer la

Sarapan pagi terakhir sebelum berangkat ke Dubai WTC..terakhir sebab esoknya dah dalam penerbangan balik.  Cukup mengenyangkan sampai tak perlu makan tengahhari lagi sebab memang tak sempat bila kena bercakap dengan agent/orang ramai..lagipun kat Malaysia Pavilion tu memang free flow coffee atau tea dan juga ada la biskut..tu dah mencukupi.

Lepas sarapan, bergerak ke Dubai WTC untuk signing contract dan kalau sempat nak la jugak jalan-jalan kat lain-lain pavilion mcm Indonesia, India, Thailand dan lain-lain benua la jugak tapi kali ni memang tak  sempat sungguh...jadual padat dan 3 hero lagi? hehe apa depa tau pasal product Umi tu..haha

Event selesai jam 6 petang, jadi Umi terus gerak cergas sesorang balik ke hotel.  Ada Malaysia Night tapi ahh tak payah ler..balik rehat dan nak gi shopping sesorang kat Naif ..

Sesampai hotel, terus mandi, solat dan bersiap ke Naif.  Kalau orang yang dah pakar jalan ke Naif Street ni cuma ambil masa 15 - 20 min jer tu pun kalau ikut lorong² yang betul (lorong² lebih kurang macam nak ke Pasar Seni bila kita kena lalu antara bangunan² dan sepanjang perjalanan tu ada kedai menjual kasut, barangan mainan, jam tangan dan mcm² lepas tu ramai pekerja asing dari Pakistan, Bangladesh duduk bersidai kat tepi jalan sambil tunggu orang upah diaorg angkut barang) Kalau lupa-lupa ingat memang makan masa lebih 30 - 45 min la jugak atau tak pun memang tak jumpa langsung melainkan naik teksi jer la..hehe

Akhirnya sampai jugak ke Naif Market yang terletak berdekatan dengan Balai Polis Naif Street. Pasar ni dibuka dari 0830 pagi hingg 1130 malam setiap hari.  Kat sini kita boleh beli abaya, jubah lelaki, telekung, tekstil, minyak wangi dan bermacam lagi la.  Kat kawasan sini la jugak kita boleh tempah suit dengan harga yang sangat murah dan siap dalam 2 - 3 hari dan semestinya jahitan diaorang ni sangat teliti sebab tu ramai kawan² tempah kat sini sampai 2 - 3 pasang!

Sebab Umi punya waktu yang terhad dan dah set apa nak dibeli, jadi lebih mudah..abaya, telekung, jubah dan selesai.  Kemudian jalan kaki balik dan singgah beli kacang dan coklat kat salah sebuah kedai yang memang terkenal dengan kekacang dan coklat dekat Mimoza Cakes & Chocolates

Kalau siapa rajin dan punya masa banyak boleh jugak ke Choithrams Store yang dibuka 24 jam yang lebih kurang macam Mydin la jugak.

Umi singgah kat Gift Village ni yang terletak lebih kurang belakang hotel ..tak la dekat sangat lebih kurang 10 - 15min jugak la dari sini nak ke balik ke hotel.  Kat sini Umi beli t-shirt, perfume ekstrak, key chain, fridge magnet.  Tengok jam dah dekat 10.15 malam jadi langkah makin laju...dan sampai pun kat hotel. Buka beg..simpan barangan yang dibeli..mandi dan turun ke lobi untuk daftar keluar. Bayar government tax dan mintak bell boy dapatkan teksi untuk ke airport.

Image result for carlton hotel to naif souq
Ni la rupa lobi Carlton Hotel..

Teksi pun sampai ke Airport Dubai.  Check in luggage...boarding pass dan shopping last minute kat airport pun boleh tapi dek kerana kepenatan seharian kat booth dan kemudian jalan kaki ke Naif...cuma mampu rehat jer la dah la nak ke gate C28 tu bukan dekat..sesambil duduk tu seronok tengok orang ramai yang menunggu untuk berlepas ke destinasi yang berbeza dan sempat berborak dengan sorang budak dari India yang baru balik dari Eropah dan nak pulang ke Oman tapi kami berbeza penerbangan, lepas dia pergi..tinggallah Umi sesorang hehe

Ni yang dapat bila naik flight Oman Air ni @omanair #omanair  alam hati kata ishh roti gini jer tapi seriously sedap..rasa macam nak mintak lagi 1...hehe rasa lada hitam dengan daging dan roti tu..memang menikam kalbu.  Tak sempat tidur pun sebab perjalanan lebih kurang 1 jam 10min jer

Yehaaa dah sampai Muscat, ibukota Oman lebih kurang jam 3.30 pagi (lebih kurang 6.30 pagi Malaysia) tak tidur..jadi muka jd sembab gitu haha.  Sampai sini jer terus cari Musollah konon nak tidur tapi ada penghuni pulak dengan anak dia menangis...terus batal..basuh muka dan rehat kat kerusi sambil ambil gambar...kat kerusi menanti pun ramai orang tidur...kerusi yang selesa utk tidur pun...gambar pulak kena virus jadi xde la..sama jugak dengan video *sobsss*.

Apa yang best kat airport Muscat ni kita boleh charge handphone macam kat dalam flight dia juga..jadi tak payah risau kalau tak dapat dihubungi cuma kena pastikan ada credit tapi Umi kali ni ke Dubai dah buat roaming jadi xde hal la kan.

Penerbangan seterusnya dari Muscat ke Kuala Lumpur jam 0850 pagi untuk selama 7 jam lagi..huhuhu jer la.  Memang tak boleh tidur lebih² lagi ada pulak grup dari Filipina yang memang terkenal dengan kebisingan depa..pastu jumpa warga Malaysia dua beradik yang baru sampai dari Eropah yang mak dan ayah serta adik yang lain masih menjelajah Eropah tapi diaorang dah balik sebab cuti tak boleh panjang..seronok sungguh kan

Selamat tinggal Muscat..kita jumpa lagi lain kali..InsyaAllah

Ni dia makanan dalam flight dari Muscat ke Kuala Lumpur..terpaksa ambil nasi sebab noodle dah habis....lepas habis makan...time untuk tido laaaa.  Untungnya flight tak penuh dan boleh tidur dengan 2 kerusi sekali..

Alhamdulillah..selamat sampai Malaysia dan selamat habiskan cerita kat Dubai.  Bila sampai balik ke Malaysia ni memang jetlag habis...memang teruk kali ni even pergi Eropah pun tak seteruk perjalanan mencari rezeki ke Dubai kali ni.

Ok..next trip? memang tahun ni tak ke Dubai..mungkin tahun depan sebab tahun ni sibuk dengan produk² luar Malaysia

Selamat malam dan terima kasih sebab sudi membaca kisah panjang lebar ni.

hugs..sweetsourleyra


Read More
posted 7:52 AM by with 0 comment

Belajarlah untuk bersyukur

Assalammualaikum wbt


Kita bangun dari atas katil, ada yang empuk dan ada yang tak berapa empuk. 
Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Kita hidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Bateri kong! 
Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Susah nak kejutkan anak bangun tidur. "Hish budak ni, apa nak jadi". 
Tapi ada jiran waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Penciptanya.

Kita merasa tertekan dengan perangai anak-anak yang masih kecil yang suka bersepah mainan
Tapi ada antara kita yang masih mengharap merasai kemeriahan bersama anak-anak namun masih belum mendapat zuriat

Kita sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. 
Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

Kita rasa bosan dengan pasangan kita. 
Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.

Kita rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan. Kita bersungut. 
Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.

Kita rasa pakaian kita tak cukup? 
Ada orang hanya ada 3 helai baju sahaja. 

Kita rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. 
Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.

Kita rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Kita rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap kita. 
Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula.

Syukurlah walau apa jua keadaan kita masih bernafas di bumi Allah ini. :)

Alhamdulillah
hugs..sweetsourleyra
Read More

April 27, 2017

posted 10:38 PM by with 0 comment

Jalan-Jalan ke Mitsui Outlet Park Sepang

Assalammualaikum wbt

Sungguh Umi berasa beruntungnya bila anak² dah semakin membesar dan boleh diharap untuk membantu Umi ni..mungkin ada yang dah dahulu lalui dan dah punya cucu² ehhh bukan cerita pasal Umi nak bermenantu keke. Alkisah hari Sabtu yg lepas D'hubby bertugas diluar daerah dan Umi dibantu anak² bujang yang dah semakin dewasa ehh dah boleh kahwin dah sebenarnya haha.
Pagi Sabtu Angah Ammar temani Umi ke Pasar Keramat kemudian singgah ke rumah abah dan mak untuk hantar kuih dan lauk untuk makan tengahhari sebab Umi cuti memasak sebabnya petang dh janji dengan Ayong Azmer untuk ke Banting.  Cantikkan jadual tu..nanti tunggu pulak bilamana KY Amanda dan KC Iman pulak dapat lesen memandu..boleh jadi penumpang jer dan yang pasti diorg tu nak bawak Umi gi shopping jer la.  Masa ni la Umi boleh relax memandu tapi bila pergi kerja kena la pandu sendiri....kalau tu pun nak orang hantarkan dah macam nak gantung lesen memandu dan buat frame kat dinding rumah haha.

Jadi tengahari kami brunch kami dengan nasi lemak Nenek Mah yang jadi minat anak² sejak dulu dengan ayam goreng berempah yang cukup menyelerakan jadi dapur tak berasap la kecuali untuk masak air jer. Sebenarnya ke KMS Banting jumpa KY...hehe nak antar kalkulator jer dan selesai ke Banting, Ayong Azmer pulak nak ajak ke Mitsui Outlet Park..ehh ok la kan pertama bukan Umi kena pandu kereta dan kedua dia nak belanja makan angin dan makan²..ikutkan jer la

Memandangkan Ayong Azmer tak pernah ke Bkt Jugra ke Banting..adik² pun ajak dia ke Bukit Jugra tapi tak la untuk tengok matahari jatuh kemudian baru ke kami ke MOP.  Sebenarnya rasa mcm menyesal jugak setuju nak ke MOP ni ..jauhnyaaa dekat 1 jam la jugak berpandukan en waze dan Alhamdulillah kami sampai jugak.


Sampai ke MOP terus cari toilet la haha.  Ok toilet bersih! Kemudian terus cari tempat nak isi perut..huishh banyak makanan Jepun! ye la dah nama Mitsui kan jadi mata terus mencari foodcourt

Kat foodcourt ni ada banyak pilihan la antaranya gerai makanan Jepun, Korea, India, Thai, Western


 Applepie Aca dengan nasi ayam Hainan.  Tak boleh komen sangat sebab memang rasa standard nasi ayam kan dan sambal tu hanya hiasan jer la sbb Applepie tak makan sambal tu

 Penang curry Mee pilihan Ayong Azmer..not bad but cheroihh


 Memang berani Cik Myea mencuba bibibap dan akhirnya akur dia tak boleh makan bibimbap ni.  Serius Umi naik melugai jugak la haha.  Campuran pes sambal dia dengan taugeh kepala besar dan cendawan hitam, lobak, timun, daging ayam dan telur.  Pada Umi campuran cendawan hitam dan taugeh kepala besar tu memang tak menjadi..atau mungkin bukan selera Umi dan juga Myea

Dah lama tak makan loh see fun goreng sebab susah nak jumpa..kalau ada pun kat kedai makan cina..sanggup? erkkk.  Sedap tapi lebih sedap kalau ada cili api potong..hehe perut orang Melayu kan

Selesai! kenyang? tak jugak tapi perut dah berisi jadi acara seterusnya window shopping hehe..banyak penyewa kat sini untuk barangan branded seperti Pierre Cardin, Carlo Rino, Blush, TH dan banyak lagi.  Rasanya kalau berjalan memang tak dapat kami habiskan lebih² badan pun dah penat kan dan zaman ekonomi meleset ni kenalah lebih berhemah kan tapi the girls ni bila nampak Typo jer memang tak lepas peluang...


dan akhirnya cik Myea dan Applepie Aca dapat la pau Ayong Azmer haha dan selama seminggu la ada orang kena gosok baju dia dan tolong grillkan makanan untuk Ayong..
u lose some..u win some hahaha
ingat nak bergambar kat sini tapi badan dah terlalu penat lagipun dah janji nak baca Yasin kat rumah abah dan mak jugak dah janji nak buat acar jelatah untuk menambah perisa nasi kacang Kak Ndak kononnya la *sobs* yang mana akhirnya Kak Ndak kena buat sendiri la jugak (T T)

Tapi berkunjung ke rumah abah dan mak tu memang wajib setiap Sabtu walau tiap2 hari Umi kesana untuk hantar lauk tengahari dan sarapan pagi tapi hujung minggu wajib sebab kat sini la gossiping girls, pot pet pot pet adik beradik..korang pulak?

Tu la kisah hari Sabtu 22 April yang lepas

Read More
posted 8:30 AM by with 0 comment

Bila kita guna Syafakillah dan Syafakallah

Assalammualaikum wbt

Mode berada di Dubai la ni jadi moh kita belajar sedikit bahasa Arab..selain ayat Khalas yang sering Umi guna bila berbicara dengan pelanggan Timur Tengah  kita juga sering tengok dan sebut perkataan Arab yang lain kan

Syafakillah dan Syafakallah merupakan ungkapan atau ucapan bila mendapat tahu seorang kerabat, saudara atau jiran kita sedang dalam keadaan sakit.

Erti Syafakillah / Syafallah bermaksud semoga Allah swt menyembuhkanmu, keduanya punya erti yang sama hanya berbeza bila digunakan.  Syafakillah digunakan ketiak yang sedang sakit tersebut seorang perempuan dan Syafakallah diucapkan kepada seorang lelaki dan untuk jumlah yang lebih dari seorang digunakan Syafahallah mengikut tata bahasa Arab.

Doa untuk orang sakit


syafakillah


Ketika menjenguk orang sakit Rasullah SAW sendiri mengajar kita beberapa doa untuk kesembuhan orang yang ditimpa penyakit dan antaranya adalah:

إِذَا دَخَلَ عَلَى مَنْ يَعُوْدُ قَالَ: لاَ بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاءَ اللهُ.
“Apabila beliau mengunjungi orang yang sakit, beliau berkata, ‘Laa ba’-sa thahuurun insyaa Allaah (Tidak mengapa semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih, insya Allah).’” [HR. Al-Bukhari]


Adapun do’a lainnya adalah:
للَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِيْ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَماً. 
“Allahumma Robbannas, Adz-Hibil Ba’sa Isyfi Antasy-Syafi La Syifa’a Illa Syifa’uka Syifa’an La Yughadiru Saqoman.”
Artinya : “Ya Allah Tuhan dari semua manusia, hilangkan segala penyakit, sembuhkanlah, hanya Engkau yang dapat menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali dari pada-Mu, sembuh yang tidak dihinggapi penyakit lagi.”

Ungkapan Bahasa Arab sehari-hari

1. Syukran – Terima Kasih
2. Jazaakumullah Khairan Katsiran – Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan banyak.
3. Barakallahu fiik – Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu.
4. Barakallah fii umrik – Semoga Allah memberikan keberkahan atas umurmu
5. Fii amaanillah – Semoga dalam lindungan Allah.
6. Ilalliqa – Sampai Bertemu Lagi, diucapkan orang yang pergi 
7. Maas Salaamah – Semoga dalam keselamatan, Jawaban no 6.
8. Shahih – Benar.
9. Tafadhdhal – Silakan, Digunakan untuk laki-laki (tunggal) ataupun Umum.
11. Tafadhdhalii – Silakan, Digunakan untuk perempuan (tunggal).

10. Mumtaaz – Bagus (Untuk menunjukan pujian).
11. Laa Adri – Tidak tahu.
12. Syafakillah – Semoga Allah menyembuhkanmu (perempuan)
13. Syafakallah – Semoga Allah menyembuhkanmu (lelaki)
14. Na’am –  Iya / Ya
15. Laa – Tidak
16. Ahlan wa Sahlan – Selamat Datang.
17. Kayfa Halukh – Apa Kabar?
18. Akhi – Saudaraku (laki-laki, tunggal). 
19. Ukhti – Saudariku (perempuan, tunggal).
20. Ikhwan – Saudaraku (Jamak/banyak).
21. Akhwat – Saudariku (Jamak/banyak).
22. Ana – Saya
23. Anta – Kamu (laki-laki)
24. Fulan – Seseorang yang tidak di ketahui namanya (si fulan = si anu)  
25. Fulanah – Sama seperti No 24 (untuk perempuan)
Adapun Beberapa Ucapan Lain yang Merupakan Bentuk pujian terhadap Allah SWT 
Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah). 
Subhanallah (Maha Suci Allah).
AllahuAkbar (Allah Maha Besar).
Masya Allah (Itu terjadi atas kehendak Allah).
Insya Allah (Bila Allah Berkehendak).
Wallahu A’lam Bishawab (dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya).
Demikianlah penjelasan tentang erti dari Syafakillah, Syafakallah, Syafahallah juga Barakallah fii umrik dan juga kosakata bahasa Arab yang sering masyarakat kita gunakan dalam kehidupan sehari – hari.
Semoga bermanfaat untuk rakan pembaca sekalian 🙂  Wallahu A’lam Bishawab

Nota kaki:
* Umi masih belajar dan masih kekurangan ilmu agama


hugs - sweetsourleyra


Read More

April 26, 2017

posted 1:41 PM by with 0 comment

Giveaway by BCSB : Road to 100k View

Hola,

Jom kita ramai-ramai bagi BCSB 100k view cepat2 hehe.  GA ni berlangsung dari 26.04.2017 hingga 26.05.2017..sebulan tuu

Sila klik kat banner ok.

Psst: rugii kalau tak join sebab hadiahnya tuu mmg kita perlu setiap hari sebagai teman hp kita..ahakss



Syarat-syarat:

1. Wajib follow blog BCSB.

2. Wajib follow Google Plus

3. Follow IG bagi yang ada akaun IG. 

4. Tulis entri bertajuk GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW,  letak banner di atas dan backlink ke entri ni. Tinggalkan URL pada komen di bawah. 

Hadiah-hadiah :

1 x Pineng Power Bank 10,000k mAH berharga RM70.



1 x Roman R539 Bluetooth Headset berharga RM50.


** Pemilihan pemenang akan di lakukan secara cabutan manual. 


Extra :

Memandangkan GA ni bertemakan Road to 100k View,  korang di galakkan untuk komen di mana-mana entri di blog ini. Setiap 5 komen sepanjang GA ni berlangsung korang dapat satu penyertaan extra. Lagi banyak point lagi cerah peluang untuk terpilih.

** Tapi sila maklum yang template blog sis ni takde butang previous and next entry. Tak boleh nak edit pun code html tu. Harap maaf. Mcm kena tukar template baru pula rasanya :(

Read More
posted 10:30 AM by with 0 comment

Segmen Bloglist Blog Tiara Sapphire

Hola

Jom kita join segmen bloglist Tiara Sapphire ni.  Mudah jer, boleh klik kat banner tu dan masih panjang la tarikh tutup tu


SEGMEN TAMAT : 8 Mei 2017 | 11.59 Malam



SYARAT WAJIB:

  • Follow blog ini.
  • letak blog ni dalam bloglist korang, kalau takde bloglist anda dimaafkan.
  • jangan lupa letak banner dan backlink ke blog ini
  • tinggalkan link di ruangan komen di bawah.


Read More
posted 8:10 AM by with 0 comment

Wordless Wednesday 2017 #16 - Pride



Image result for pride quotes


hugs, sweetsourleyra



Read More

April 25, 2017

posted 5:07 PM by with 0 comment

SEGMEN #JMBELOG : HANG MAI MANA ?

Hola!


Jom kita join segmen  SEGMEN #JMBELOG : HANG MAI MANA ? kelolaan JMBELOG

Saya berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Awak? Hang? Cheq? hehe

* Mood lapaq wehh sebab sini hujan lebat

Nota: tadi dah post pastu delete sebab ingat tersilap tahun..huhu




SEGMEN #JMBELOG : HANG MAI MANA ? / JM buat segmen ini sebab JM nak tahu  sahabat blogger asal dari mana (negeri) ?  JM @ KEDAH

Senang je nak join.

Buat entri bertajuk "SEGMEN #JMBELOG : HANG MAI MANA ?"

Salin dan tampal banner di atas ke entri anda

Tinggal link entri anda di ruang komen entri ini beserta nama negeri anda

Tamat : 12 Mei 2017 - 2359hours / 1159 malam

Selamat bersegmen.
Read More
posted 3:22 PM by with 0 comment

Mood Makan Angin kembali lagi daaa

Assalammualaikum wbt

Hari ni mood nak bercuti menjelma pulak dah..rindu nak naik flight eh hehe...rindu nak packging baju (*sob*)...rindu nak makan spring roll kat Vietnam..rindu nak jalan-jalan cuci mata haha tapi sebenarnya rindu nak shopping aduhaiiii.

TDK Travel & Tours sebuah syarikat pelancongan bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan yang pasti berlesen ya dah giat mempromosi pakej-pakej pelancongan ke merata negara tapi yang paling terbaik dan murah yang Umi nak ketengahkan ialah percutian ke 4 Hari 3Malam ke Ho Chi Minh city, Yogjakarta, Medan dan Padang - Bukit Tinggi.

Sebenarnya banyak destinasi percutian lain lagi tapi kali ni Umi nak iklankan yang 4 destinasi sebab MURAH dan berbaloii

Untuk keterangan lanjut boleh jer whatsapp ke : 019-225 6994 / 012-246 4170

Boleh juga jengah kat FB page : Percutian Murah bersama TDK Travel 

Image may contain: sky and outdoor

CONFIRMED DEPARTURE
=====================================
4D 3N Medan/Padang-Bkt Tinggi/Ho Chi Minh /Yogjakarta 
=====================================
Departure Date :
05 Apr -08 Apr 2017(closed)
12 Apr -15 Apr 2017 (closed)
28 Apr – 01 May 2017(closed)
10 May -13 May 2017
26 Jul - 29 Jul 2017
23 Aug -26 Aug 2017
20 Sept -23 Sept 2017
18 Oct -21 Oct 2017
08 Nov -11 Nov 2017
22 Nov - 25 Nov 2017
06 Dec - 09 Dec 2017
20 Dec - 23 Dec 2017
(School holiday surcharge+RM 99/pax)

PRICE RM999/pax 1st come 1st serve
(MAX 20 seat for promo price per departure)

Deposit : RM500/pax 

Package Include :
Return air ticket Accommodation Transportation Admission as stated in itinerary
Meals as per itinerary

Exclude
tipping @ RM40  except RM90 for HCM    insurance (RM 30)
personal expenses   luggage (for Yogjakarta) 
Read More

April 24, 2017

posted 10:39 PM by with 0 comment

Bayou Lagoon Park Resort, Gerbang Percutian Anda

Hola!

Buat julung kalinya Umi nak berkongsi lokasi percutian yang sangat menarik di bandaraya bersejarah Melaka.  Siapa tak tahu Melaka sila angkat! Haish pelik kalau tak tahu pasal Melaka yang bersempadan dengan Kuala Lumpur dan kalau nak kesana cuma dalam satu jam setengah jer. Melaka adalah salah satu destinasi percutian yang tidak asing buat kita dan para pelancong luar negara kerana dekat Melaka ini membariskan deretan lokasi menarik untuk dilawati.  Melaka jugak menerima jutaan pelancong saban tahun kerana keunikan Melaka yang sudah pastilah pada tinggalan kesan sejarahnya, budaya dan keunikan gaya hidup penduduk tempatannya.  Tidak hairanlah bandar Melaka ini mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.  Umi nak kongsi sikit pengetahuan am buat semua yang Melaka ini merupakan antara negeri-negeri dikawasan pantai barat yang membangun dimana mempunyai peratus kaum Melayu antara yang terbesar iaitu 67% berbanding negeri-negeri lain yang membangun di kawasan pantai barat seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Ok..enough with the fact!

Agak-agaknya kalau korang ke Melaka ni mesti pening nak memikirkan pernginapan bukan? Mana taknya, bandar ini menerima ramai pengunjung dan hotel selalunya full house kalau kita tidak buat penempahan awal, tapi kini, jangan risau kerana kita boleh membuat tempahan awal menerusi traveloka.com

Pening memikirkan hotel yang best kat Melaka? Ok, apa kata saya cadangkan sebuah resort yang menarik di negera Melaka iaitu Bayou Lagoon Park Resort.  Apa yang best pasal resort ni? Resort ini mempunyai segalanya dibawah satu bumbung, dari taman tema air, pust konvensyen serta lokasi membeli belah!  Hanya 15 minit dari Pusat Bandar Melaka dan 5 minit dari Ayer Keroh, resort ini merupakan pilihan yang tepat bagi kita yang ingin bersantai dan beriadah bersama keluarga dan sahabat handai.  Samada kita datang untuk urusan kerja ataupun untuk bercuti, Bayou Lagoon Park Resort adalah pilihan yang tepat jika kita ke negeri ini.  Sekiranya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, masa perjalanan untuk kesini adalah kira-kira sejam setengah jerr.


Bayou Lagoon Park Resort ni mempunyai 254 buah bilik dan suites yang boleh dipilih bersesuaian dengan bajet dan keperluan kita.  Pilihan utama semestinya apartment jenis studio seluas 491 kaki persegi. Pilihan kedua adalah apartment 2 bilik bersaiz 722 kaki persegi yang punyai 2 buah bilik tidur.  Ketiga ialah apartment 3 bilik dan akhir sekali, penthouse 3 bilik dengan saiz 1444 hingga 2015 kaki persegi.  Kesemuanya bilik-bilik ini adalah fully furnished dengan pelbagai kemudahan asas untuk kegunaan para pengunjung antaranya hairdryer, kemudahan membuat kopi/teh dan banyak lagi dan jugak setiap bilik turut mempunyai balkoni yang tersendiri dan ini membolehkan kita bersantai sambil menikmati pemandangan menarik menerusi bilik masing-masing.

Image result for bayou lagoon resort melaka

Kalau kesini, banyak aktivi yang menarik dan boleh dilakukan selain mandi-manda di taman tema air yang disediakan, boleh juga melakukan pelbgai aktiviti air seperti polo air dan banyak lagi.  Selain itu bagi yang ingin mengekalkan kesihatan, kita boleh ke gym yang disediakan.  Gym disini sememangnya lengkap dengan pelbagai alatan yang terkini dan up-to-date.


Bagi mereka yang datang bersama anak-anak untuk bercuti, jangan risau kerana terdapat banyak yang boleh dilakukan bersama dan yang pasti menambah keakraban kita dan keluarga.


Pertama, apa kata kita bawa anak-anak kita ke Games Arcade Room yang menawarkan pelbagai pilihan permainan arked.  Anak kita pasti teruja degan pengalaman yang sangat menarik ni. Kedua, berkunjung ke 9D Motion Theater yang menawarkan pengalaman menonton filem pendek 9D. Bayaran masuk yang dikenalkan adalah lebih kurang RM16 sahaja dan untuk menambah keriangan dan keterujaan anak-anak, kita masuk ke Magic Art Museum yang pertama di Melaka dan menampilkan pelbagai pertunjukan silap mata dengan harga tiket RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak serta warga emas.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan best deal on Bayou Lagoon Park Resort di laman web traveloka.com hari ini juga!


hugs xoxo, sweetsourleyra
Read More
posted 10:36 PM by with 0 comment

#1 Giveaway by THEAAISY

Salam

Masih sempat untuk Umi join segmen theaaisy ni kan..better late than never kan..hehe



SYARAT PENYERTAAN [WAJIB]:

  1. Blogger dari Malaysia sahaja.
  2. Follow blog : The Aaisy.
  3. Buat entry bertajuk " #1 Giveaway by The Aaisy ".
  4. Copy banner di atas dan backlink ke entry ini.
  5. Tinggalkan URL entry dan email anda yang aktif di kotak komen di bawah.
  6. Giveaway akan bermula pada 29.3.2017 dan tamat pada 12:00 malam 29.4.2017

SYARAT PENYERTAAN [TAK WAJIB]:

  1. Follow instagram : @aaisyanr dan @thedaisya
  2. Like FB Page : The Daisya

SENARAI HADIAH:

  1. 1 X Buku MOMEN2 MATLUTHFI.
  2. 2 X Topup RM5.
Read More
posted 3:40 PM by with 0 comment

Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj

Subhanallah, macam mana pulak boleh Umi tersilap buat posting ni schedule untuk esok tapi baru perasan hari la 27 Rejab 1438 Hijrah bersamaan dengan 24 April 2017

Salam Israk dan Mikraj!


Image result for salam israk mikraj

ُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
                     
⬰Ya Allah..
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa seluruh ahli keluarga kami, dosa saudara2 kami, dosa jiran tetangga kami, dosa guru kami, dosa sahabat2 kami dan dosa seluruh umat islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.....

⬰Ya Allah...
Panjangkanlah umur kami, kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yg baik, tunjukan lah kami jalan yang benar,
Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat, dan masukkanlah kami dan ahli keluarga kami ke dalam syurga Mu ya Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Mumammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukmu Ya Allah.

⬰Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...
Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..!

⬰Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat....

⬰Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar...


⬰Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...!

⬰Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya...!

⬰Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin".

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
   
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ  

Sedikit kisah Israk dan Mikraj yang kita ketahui semasa zaman kanak²
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1) 

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi AdamNabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Baca selanjutnya : Israk dan Mikraj

Read More