7 Sunnah Hebat - Ustaz Don Daniyal

8:28 AM

Assalammualaikum wbt



Very nicely written 😊
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.
Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi  kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Semoga kita dipermudahkan dalam semua perkara didunia dan diakhirat dan jangan kita lupa dan buat yang belum membuat antara 7 perkara diatas, cubalah ringankan tangan, ringankan diri untuk menjadi lebih baik setiap hari.

بارك الله فيكم

You Might Also Like

0 komentar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

news feed 1239

DISCLAIMER

The articles in this www.umifuzy.com are mostly written as a personal reminder for myself, family and whoever surrounding my life plus for whoever enjoy reading my writing that is a credit and blessing for me.

All the write up intended for easy reading plus perhaps will give inspiration, advise and tips for all readers. Mostly all the articles posted solely comes from my own perspective, experience and surroundings thus those posting does not portraying any particular issues and it is subject to change too. I am not responsible for any misinterpretations by anyone reading any of the articles and comments by from it.

Please do not copy any of the articles or images in this blog without permission (please have courtesy to ask before you do so ok.
XOXO Umi Fuzy