Dubai 2016 : Arabian Travel Mart bermula - Part 2

Assalammualaikum wbt

25 April 2016
Memang jetlag la Umi sebab dah jaga jam 2 - 3 pagi waktu Dubai lebih kurang jam 6 -7 pagi waktu Malaysia...tu memang biasa dan waktu ni la kalau sempat buat video call ke rumah kalau lebih awal sebab diaorang kena ke sekolah jam 7 pagi.  3 pagi tu..nak buat apa? tengok last minit contract yang dah siap dan senarai temujanji.  Walau semua contract mengambil masa  selama 3 - 6 bulan untuk dibuat tapi tetap kena ada final check sebelum bagi kepada pelanggan.

Pemandangan waktu pagi bila selak langsir tingkap bilik yang mengadap creek ni..sungguh damai


Jam 7 pagi dah turun sarapan pagi, tanpa tunggu boss sbb malas nak join the guys...nak makan dengan tenang dan aman tapi haha boss sampai jugak la..

Dubai walau panas 40 - 45 darjah celcius tapi kita tak rasa panas sebab cuaca Dubai panas kering..so tak berpeluh pun.  Disepanjang jalan ke Dubai World Trade Center penuh dengan bunga-bunga dan memang cantik dalam cuaca yang panas tu.

Masa kat Malaysia berangan nak ke Miracle Garden Dubai nak tengok bunga-bunga yang cantik tapi tak kesampaian sebab program yang penuh...punah anganku..hehe


Pavilion Malaysia dibawah Tourism Malaysia yang saban tahun bersama travel agency, hotel dan badan bertindak pelancongan bagi setiap negeri dalam Malaysia yang berminat untuk turut serta. Tapi yang sedihnya tahun 2016 ni kecil benor la dan tak cantik booth kami..


YM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sudi singgah ke meja kami..humble guy tapi ishh awat tak de pic Umi? hehe mmg saja tak join sebab ramai dok kerumun tu tak masuk dgn bodyguard dia dan juga LADA pun nak join sekaki..so Umi dok lepak kat tempat lain la..hehe

Lepas berbincang..lepas tandatangani kontrak..bergambar tu memang satu yang wajib kan. Bayangkan la berapa banyak temujanji yang Umi kena cover...kekadang tu macam ayam dengan itik la jugak sebab depa bukan faham bahasa Inggeris sangat tapi tu la cabaran kami dalam bidang ni..tu tak masuk cabaran bila depa dah mai Malaysia untuk bercuti..macam2 kerenah tapi bila kita kerja dengan ikhlas dan minat..InsyaAllah kita akan selalu dipermudahkan

Pemandangan teluk dari tingkap bilik...aduhh memang rindu nak naik bot stesen Abra ke seberang sana untuk shopping apalagi nak naik Dhow cruise huhu tapi apakan daya...masa sangat singkat dan kena selesaikan sebelum berangkat pulang.

Baca sini : Jalan-Jalan cuti mata

Setiap hari sesi temujanji habis jam 6 petang, lepas tu dinner, balik hotel dan relaxkan otak yang keletihan dan mulut yang penat bercakap dari pagi hingga petang..hahaha

26 April 2017
Rutin yang sama dan gambar2 masa shopping sendirian kat Naif Souk berdekatan Spice Souk tak dapat diselamatkan..tapi mana la tau kan kot2 dapat balik nanti...

akan bersambung...

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment