Klinik Pesakit Luar HKL berpindah

Assalammualaikum wbt



Bagi pengguna perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan terutama di Lembah Kelang diharap tidak la ke HKL lagi untuk mendapatkan rawatan tapi Ummi (kita yang ketinggalan berita sebenarnya ;p) yakin ramai yang dah tahu pasal penutupan klinik pesakit luar di HKL akan ditutup pada 3 April (hari ini) cuma Ummi jer yang terlewat tu pun tahu sebab sewaktu hantar Kak Cik Iman untuk 2nd option selepas pergi Klinik Idham 2 kali tapi tak menunjukkan kesan dan kali ke 2 pergi memang rasa upset sangat dengan doktor tu yang macam nak tak nak jer bagi consultation.  Seriously memang rindu kat Dr Nadir kat Klinik Wangsa dan Dr Intan di Klinik Keluarga.

Jadi dengan tabah Ummi pun bawa Kak Cik Iman ke Klinik Kesihatan Setapak walau sepatutnya dekat klinik tu doktor bagi surat untuk refer ke HKL.  Alhamdulillah Kak Cik Iman dah sihat sepenuhnya..tu la dugaan demam seminggu dengan temperature 39ºC lepas tu sejuk dan panas balik..memang rasa risau terutama dhubby yang kena bertugas ke Kelantan...lagi la ayahnya tak senang duduk.. ^ ^

psst : harap serba lengkap yang diperkatakan tu termasuk la tempat untuk letak kereta dan kemudahan dan yang paling penting kesemua petugas mesra pelanggan dan punya sistem yang baik dan tidak melengahkan dan membuang masa pesakit yang dah sedia sakit


Perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Rawatan Selepas Waktu Pejabat (KRSWP) Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditutup sepenuhnya mulai 3 April ini.  Pengaeah HKL, Datuk Dr Zaininiah Mohd Zain, dalam satu kenyataan berkata, orang ramai boleh mendapatkan reawatan pesakit luar di Klinik Kesihata Kuala Lumpur (KKKL) di Jalan Flecther berdekataan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Flecther yang akan mula beroperasi pada tarikh sama.  "Semua perkhidmatan yang disediakan dijabatan ini akan dipindahkan ke KKKL.  KKL bakal menjadi klinik kesihatan terbesar Malaysia," katanya.  Antara perkhidmatan yang disediakn di KKKL adalah rawatan pergigian, rehabilitasi, radiologi dan farmasi.  Tambahnya, KKKL ditadbir oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sumber : Berita Harian
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!