Mencuba makanan di Melt.In Pot Wangsa Maju

Assalammualaikum wbt

Baru-baru ni Umi pergi makan kat Melt.In Pot Cafe yang terletak di Rampai Business Park, jom tengok apa yang ada kat sini ok

Masuk ke dalam kedai ni mmg nampak agak cosy, simple dan tak banyak hiasan tapi ok la sebab ni bukan rumah kan.  Sewaktu masuk tu masih ada lauk tengahhari berbaki tapi tu bukan hasrat kami ke sini so tak ler kami intai lebih-lebih kan



Umi mencuba mee kari yang kata member sedap sepertimana dia tengok kat komen FB page Orang Wangsa Maju, jadi Umi pun order mee karing daging untuk mengisi perut kosong yang berkeroncong lebih-lebih lagi baru lepas hujan kan ;D



Sebagai peminat mee kari tak kira la mee kari daging atau ayam, semestinya kita nak makanan tersebut panas... mungkin orang lain tak suka sebab kena tunggu sejuk dulukan tapi Umi suka ia panas terutama mee tu supaya mee tu masak sempurna melainkan mee tu dah dicelur terlebih dahulu. Bahan-bahan dalam mee tu memang ada fish ball, fish cake dan ayam tapi tak tau la kenapa kuahnya rasa kosong tak manis (bukan maksud manis macam kuih manis ok) Sebab Umi kalau buat mee kari, mesti kisar kulit udang, ditapis dan ambil airnya untuk dimasukkan kedalam kuah jadi kuah akan jadi manis.  Kalau mee kari seharusnya ada daun sawi yang dicelur tak pun kacang panjang yang dicelur seperti mee kari cina tapi kat sini tak ada..korang rasa? Ada limau kasturi tapi tak masam pun.  Nasib baik Umi order air limau kasturi..jadi ada la masam kat situ..haha


Image may contain: food

+FeyLiez  pulak makan soto bihun yang dikatakan signature dish kat sini. Sempat jugak la Umi rasa sesudu dua dan macam mee kari tu jugak.., sejuk weh dan tak rasa soto pun..nak kata rasa sup pun tak de. Mungkin boleh Umi katakan rasa air tu macam bawang merah dan bawang putih ditumis dan dimasukkan nasi impit tapi nasib baik penyelamatnya sambal kicap dan minuman Liez pula sirap selasih konon pengganti air chia seed yang diminum setiap hari la tu haha

psst..tetiba rindu nak buat kuah soto sendiri



tengok dak muka orang laporr tu ;D

simple kan tapi terlalu simple sangat  dan tak sempat nak ambil gambar dari sudut yang lain sebab masa Umi datang tu ada 1 group lelaki mungkin sedara mara tuanpunya kedai duduk sambil borak-borak mungkin lepas makan jadinya Umi segan la pulak nak snap photo



Mungkin ada pembaca lain nak mencuba lain-lain makanan dalam menu dan mungkin menepati citarasa sendirikan, jadi singgahlah ke sini

Alamat : 3, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur

Telefon : 603-41419115
Waktu operasi : 9 pagi hingga 11 malam
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!