Serunding Ikan Temenung

Assalammualaikum wbt
Salam Sabtu!

Hari ni Umi nak kongsi resepi mudah lagi ringkas tapi renyah (faham dak ? hehe) untuk peminat serunding ikan kembung yang dah direbus 2 hari lalu tapi seperti biasa kalau lauk yang renyah macam ni kena buat hujung minggu sebab agak memakan masa tapi yang pasti memang sedap ;D




Bahan-bahan:
150 gm ikan temenung (kembung) / tongkol
2 sudu ketumbar biji
10 biji cili kering
7 biji cili api 
10 biji lada hitam
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
1 cawan santan pekat

Cara membuatnya:

  • Ikan direbus dan diambil isinya sahaja.  Air rebusan boleh dibuang sebab tak akan digunakan tapi kalau nak simpan nak jadikan stok ikan pun boleh
  • Perisi isi ikan tu dan carik-carik hingga kecil tapi kalau tak carik pun tak jadi masalah sebab nanti bila dimasak, dikacau isi ikan akan jadi kecil atau berseroi kata orang utaqa
  • Masukkan  biji ketumbar, cili kering, cili api dan lada dalam pengisar dan dikisar hingga halus dan kemudian masukkan bawang merah dan bawang besar dan dikisar
  • Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar beserta isi ikan dan dikacau supaya isi ikan sebati dengan bahan yang dikisar beserta asam keping
  • Kena kerap kacau supaya tak melekat dikuali dan masukkan santan dan kacau lagi hingga isi ikan menjadi agak kering dan jangan lupa masukkan garam secukup rasa.
  • Bila dah kering, boleh la diangkat untuk dihidangkan 

Nota kaki:
  • Kalau nak simpan pastikan serunding tu sudah sejuk sebelum dimasukkan kedalam bekas bertutup dan pastikan bekas simpanan betul-betul kering
  • Boleh dimakan dengan nasi ataupun dengan roti


Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!