May 31, 2017

posted 11:03 PM by with 0 comment

Sambal Belimbing Ikan Bilis

Ola,

Sesambil bekerja siang tadi terfikir pulak nak masak apa untuk Iftar petang ni.  Agak-agak apa menu korang ya? Ok la sesambi kita berfikir tu ni Umi nak share resepi sambal belimbing yang Umi buat semalam.

Tak pernah Umi tengok sesiapa ada buat sambal macam ni kecuali mak dan kalau ikutkan sambal ini seakan sambal hitam Pahang cuma sambal ni tak la serenyah sambal tu dan sambal tu pun baru setahun dua ni popular ^ ^.

Jadi kalau sesiapa ada belimbing banyak dan tak tahu nak buat apa dah selain masukkan dalam acar, boleh la cuba resepi Umi ni.


Bahan-bahan:

  • Belimbing
  • 15 batang cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan


Cara membuatnya:

  • Cucukkan belimbing yang telah dibersihkan kedalam nasi yang telah siap dimasak (yang masih belum ditutup suis) hingga belimbing bertukar kekuningan (macam dalam gambar no 1)
  • Gorengkan cili kering didalam kuali dan toskan
  • Gorengkan ikan bilis dan letak ke dalam pinggan
  • Tumbuk cili kering dan belacan hingga hancur, masukkan ikan bilis ditumbuk pecah-pecah dan kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih, jangan terlalu hancur
  • Akhir sekali masukkan belimbing, ditumbuk dan letakkan garam secukup rasa


1. belimbing yang diwapkan, 2. cili kering yang digoreng, 3. ikan bilis, bawang merah, putih dan belacan

sambal belimbing ikan bilis siap untuk dihidangkan
Selamat mencuba

xoxo, Umi Fuzy 

Read More
posted 1:39 PM by with 7 comments

Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazr

Assalammualaikum wbt

Rasa macam best jer nak dapat kad raya yang dah makin pupus sebab kita dah asyik kirim mesej pada Whatsapp, Line dan macam2 lagi kan.

Jom kita join segmen ni dan klik banner untuk keterangan lanjut ok.  Selamat bersegmen


xoxo, Umi Fuzy
Read More

May 30, 2017

posted 2:55 PM by with 0 comment

Pajeri Buah Amra

Hola

Semua orang kenal buat kedondong kan dan tak ramai yang tau kat Utara tanahair buah kedondong dipanggil sebagai buah amra (tak pasti ejaannya Amrah atau Amra tapi bunyi lagu tu la) tak pasti pulak awat berbeza tapi masih sama ok.  Kalau orang suka buat kerabu atau buat cicah garam belacan atau buat jeruk, Umi pulak suka buat pajeri buah kedondong ni. Rasanya sedap kalau dapat buah yang elok dan bila makin lama dia akan seakan berkeping-keping dalam kuah dan isi yang lerai tu jugak memekatkan kuah. Rasa masam manis makan dengan nasi panas dan ikan masin pun dah buat bertambah nasi.

Jom kita tengok resepi dia

bila dah masak makan dengan nasi panas pun dah cukup tapi kalau nak tambah ikan masin lagi bertambah² nasi nanti..hehe

Image result for buah amrah
kredit Google jer sbb pokok sendiri tak dak

Bahan-bahan:
5 biji buah kedondong - dibuang kulit luar dan dibelah dua
1 bungkus rempah kari ikan Mak Siti / Chap O atau rempah apa2 pun asal kari ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit udang kering - buatan sendiri tau
kerisik - buatan sendiri
garam

Bahan - ditumbuk
4ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara-cara:
  • Buah kedondong direbus dalam periuk hingga lembut dan toskan
  • Masukkan minyak dalam periuk, bila dah panas tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga wangi
  • Masukkan bahan yang ditumbuk hingga nampak kekuningan
  • Masukkan rempah kari dan dikacau sampai agak kering dan keluar minyak
  • Masukkan udang kering dan santan air dan biar santan nampak pecah minyak
  • Masukkan buah kedondong dan dikacau supaya buah bersalut rempah. 
  • Masukkan santan pekat, kacau dan biar dengan api perlahan
  • Masukkan kerisik dan dikacau supaya serata dan masukkan garam secukup rasa
  • Biarkan kuah tu pekat sedikit dan ditutup api



Selamat mencuba!


xoxo, Umi Fuzy

Read More
posted 11:11 AM by with 0 comment

Review Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju

Assalammualaikum,

Rumah Makan Cibiuk Kajang (HQ)
Rajanya Sambal, Jaguhnya Talapia, Topnya Ayam Kampung

Siapa peminat makanan Sunda atau sesiapa yang tak pernah merasa masakan khas Sunda boleh la mencuba kat Rumah Makan Cibiuk yang menampilkan makanan khas orang Sunda disini.

Makanan Sunda ni tak asing bagi Umi sebab sebelum ni pernah makan disebuah restoran Sunda di Seksyen 5 Wangsa Maju tapi kedai tu dah tutup dan sewaktu ke Bandung pun inilah makanan yang dihidangkan.  Jadi sesiapa yang rindu nak makan di Bandung silalah ke cawangan Rumah Makan Cibiuk ni yang terdapat di Kajang (HQ), Shah Alam dan MITC Melaka, Kinrara dan Seremban Gateway dan boleh layari http://cibiuk.com.my/ untuk menjamu mata dulu la sebab sekarang ni bulan Ramadan.

Ikan talapia yang didatangkan dari Sg Pahang masih dengan rasa sedap dan segar dihiasi dengan kangkung digoreng dengan tepung yang sangat menepati citarasa

sambal Cibiuk ni sama la dengan sambal ayam penyet atau kalau Umi buat sambal berlado untuk dimakan dengan ayam goreng atau ikan goreng

Teh botol dengan Jasmin yang harum, sup sayur,  daging kicap yang sedap dan sangat lembut dan tauhu serta tempe goreng yang sangat sinonim dengan makanan dari seberang yang sememangnya telah menjadi makanan orang di Malaysia jugak

ni memang lain sikit dah macam ala Thai kan..udang bersalut tepung yang digoreng rangup ni memang sedap tapi part sos thai tu 

image
kredit dari web RMC - ayam Bakakak 
Kami dihidangkan juga dengan ayam bakakak iaitu ayam kampung yang digoreng dan sangat lembut juga nasi liwet seakan nasi minyak yang sedap tapi tak sempat nak ambil gambar sebab peserta dah kelaparan  hehe

RMCWM dibuka dari jam 4 petang hingga 12 malam sepanjang bulan Ramadan serta membuat penghantaran untuk Iftar dan Sahur dan bagi yang nak mencuba makanan Sunda ni ada disediakan menu khusus dan untuk memudahkan kita membuat tempahan


Jadi kalau kita tak tahu nak makan apa dan dimana, jom makan ke Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju atau cawangan² yang lain.



Alamat :
No 25, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Tel : 013-384 9860
Page : Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju
IG : cibiukwangsamaju
Url : www.cibiukwangsamaju.com

xoxo, Umi Fuzy

Read More

May 28, 2017

posted 3:00 PM by with 0 comment

Pisang Masak Lemak Cili Api

Salam Ramadan buat semua

Ada sesetengah daerah dalam Malaysia ni panggil Masak Lemak Cili Api juga ada yang panggil Gulai Lemak Cili Api tapi pada pengetahuan Umi hanya panggilan yang berlain tapi masakan adalah lebih kurang tapi ada sesetengah negeri atau individu yang tidak menggunakan bawang merah atau jugak bawang putih dan ada yang guna bawang putih untuk memasak gulai lemak cili api ni tapi yang pasti Cili Api adalah bahan utama selain santan.  Jom kita tengok resepi ikut cita rasa Umi dengan menggunakan pisang muda dan dulu mak Umi suka buat Gulai Lemak Cili Api Pisang yang hanya guna isi pisang dan kulit disiat bahagian atas tu dan dibuang tapi sekarang ni kalau kita ke majlis kenduri, kulit pisang bahagian atas pun dimasukkan sekali tapi sedap jugak sebab masih terasa rangup tu..ehh panjang pulak Umi cerita kan..hehe

Selamat Mencuba


Bahan-Bahan

  • Seikat pisang telunjuk- disiat kulit bahagian atas macam kita siat batang keladi
  • 1 biji kelapa parut - diambil 1 cawan santan pekat dan selebihnya yang agak cair
  • Segenggam kecil ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 biji cili padi - kalau nak lebih pun boleh
  • 1 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa


Nota : kalau pergi pasar Keramat ada bahagian yang menjual sayuran kampung dan kat sini la Umi beli sebab kalau bahagian menjual pisang tu tak pernah pulak ada sebab mereka jual pisang untuk dibuat goreng pisang, serawa dan lain selain untuk buat masakan berasakan savory (kategori masin dan pedas)

Cara memasak:

  • Pisang yang telah disiang, dicelur hingga lembut dan toskan
  • Tumbuk kunyit hidup, cili api dan bawang putih hingga benar-benar lumat
  • Tumbuk ikan bilis tapi jangan terlalu kasar
  • Kelapa parut diperah, diasingkan 1 cawan yang pekat dan selebihnya yang cair
  • Masukan bahan yang ditumbuk, serai yang telah dititik, asam keping dan ikan bilis dalam periuk dengan secawan air dan direbus hingga nampak agak kering
  • Masukkan santan yang cair dan pisang yang telah dicelur dan digaul hingga sebati
  • Bila dah nampak seakan mendidih, masukkan santan pekat dan biar dalam 5 - 7 min dan tutup api
  • Masukkan garam dan boleh la dihidang dengan nasi panas
Ok, jom memasak dan selamat berbuka 

xoxo, Umi Fuzy

Read More
posted 1:15 PM by with 0 comment

Singapore Souvenirs by Cik Daisy

Assalammualaikum wbt

Dah lama rasanya Umi tak join mana-mana segmen rasanya..tak lain dan tak bukan sebab kekangan masa dan kesian pulak bila peserta lain blogwalking kat kita, Umi pulak tak sempat nak kunjung jengah..tapi kali ni terasa pulak nak turut serta pulak dah..hehe

Jom kita sertai dan klik banner untuk keterangan selanjutnya ya.

Dan Umi nak tag +FeyLiez dan +Shikin Razali untuk turut serta kalau boleh ya

Tarikh tutup : 17 Julai 2017..lama lagi tu kan


Meh tengok hadiah2 dia yang sangat menarik tu

untuk seorang pemenang

untuk 6 pemenang
Eh apa menu korang ya..kalau nak cuba sebarang resepi boleh la jengah kat



Selamat berpuasa buat semua

xoxo, Umi Fuzy
Read More

May 27, 2017

posted 1:18 PM by with 0 comment

Nasi Ulam Utara

Assalammualaikum wbt


Bersempena dengan Ramadan Raya Blogger Contest anjuran Lazada di minggu pertama ni yang bermula 19 Mei hingga 01 Jun yang bertema Delicious Ramadan ni Umi kongsikan makanan Iftar kegemaran Umi dan keluarga dan disertakan resepi untuk kawan-kawan.  Jom kita tengok dan cuba dan sekiranya nak tahu lebih lanjut boleh la komen untuk Umi jawab segala kemusykilan ok

Apa agaknya menu istimewa korang ya semasa Iftar didalam bulan Ramadan?

Nasi Ulam Utara yang sangat sinonim dengan orang di sebelah utara seperti Kedah, Perak, Penang dan Perlis.  Nasi ni sangat istimewa sebab penyediaannya memerlukan lebih kurang 99 jenis ulaman tapi sekarang ni bukan mudah nak dapat ulaman walau duduk dikampung sekali pun jadi kita buat dengan apa yang ada ya.

Bahan A : untuk ditumbuk
3 - 5 batang serai
1/2 inci lengkuas - jangan terlalu banyak sebab lengkuas ni agak panas
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil
2 sudu lada hitam
garam secukup rasa

Bahan B :
Kerisik yang ditumbuk halus
Ikan tenggiri jeruk atau ikan talang masin yang digoereng (dibuang tulang dan diperisi dan ditumbuk supaya hancur)

ulam-ulaman ni kalau tak guna alat pemotong swift chopper tu memang memenatkan
Bahan C : dihiris halus dengan swift chopper manual food processor food chopper salad spinner
1 ikat daun pegaga
1 ikan daun cekur
daun sekentut
ulam raja
daun gajus
daun kesom
daun kaduk
daun mengkudu
2 helai daun kunyit
daun kari
daun limau purut
daun putat
daun selasih
daun ketumbar
daun lemuni
bunga kantan
daun limau purut
daun belalai gajah
pucuk tenggek burung
pucuk dakap anak
pucuk jambu batu
5 helai daun selasih

Bahan D : dihiris untuk hiasan
1 labu bawang merah
2 biji cili masak


Cara membuatnya :

  1. Nasi yang telah ditanak, dikeluarkan dari periuk dan biarkan didalam talam untuk lebih cepat sejuk
  2. Masukkan bahan A kedalam sebuah besen dan digaul sampai sebati dan masukkan nasi, digaul menyeluruh sampai tak nampak nasi yang putih
  3. Masukkan bahan C dan gaul lagi sehingga segala ulaman yang telah dipotong dengan swift chopper tu meliputi nasi dan masukkan garam secukup rasa
  4. Akhir sekali taburkan ikan masin yang telah dileraikan dari tulang, masukkan kerisek dan gaul hingga semua bahan nampak sekata
  5. Taburkan hirisan bawang dan cili masak sebagai hiasan

Nota : Kalau suka pedas boleh taburkan lebih lada yang telah ditumbuk

nasi ulam yang telah digaul

siap dihidang untuk dimakan semasa Iftar
Untuk menyediakan Nasi Ulam yang agak cerewet ni bertambah mudah dengan adanya alatan bantuan untuk memotong dan menghaluskan hirisan ulam-ulaman yang pelbagai dengan Swift chopper Manual Food Processor Food Chopper Salad Chopper dan untuk menambahkan rasa yang tersedap Umi boleh dapatkan Knor Pasti Sedap dari Bazar Ramadan Lazada jadi tunggu apa lagi, cepatlah kita membeli beli di Lazada sekarang memberikan diskaun sehingga 90%, jadi tunggu apa lagi!

Kitchen AppliannAlat pemotong sayuran yang ni memang sesuai untuk memastikan ulaman yang hendak dimasukkan kedalam nasi ulam tu dipotong dengan halus

Knorr Pasti Sedap sememangnya penambah rasa dan menyedapkan apa saja masakan termasuk Nasi Ulam istimewa Umi ni dan sekali makan mesti nak berkali-kali ^ ^


Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

Read More

May 26, 2017

posted 7:42 AM by with 0 comment

Solat Tarawih buat seorang Ibu

Assalammualaikum wbt

Image result for SOLAT TARAWIH WANITA

Mak2 yg ada anak kecil dan jugak mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah jadi kita tak perlu terkejar untuk mengemas selepas iftar kerana kita boleh buat dirumah sahaja


CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TARAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
● Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  [x3]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.

Image result for SOLAT TARAWIH WANITA

Atau KLIK SINI untuk keterangan berkenaan SOLAT TARAWIH panduan dari JAKIM

SEMOGA BERMANFAAT...
Read More

May 25, 2017

posted 10:43 PM by with 0 comment

Hargai khasiat buah dan biji kurma

Assalammualaikum wbt

Image result for buah kurma
buah kurma sumber google

Jangan buang biji kurma selepas makan, ketahui khasiat hebat biji buah kegemaran Rasulullah SAW ni dan sempena bulan Ramadan yang akan tiba sehari dua lagi ni secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?

Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah. ikuti cara-cara ini:

1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah

Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:

Kelembaban
7.17 – 9 %

Protein
1.82 – 5.2 %

Lemak
6.8 – 9.32 %

Karbohdrat
65.5%

Serat
6.4 – 13.6 %

Abu, Sterol & Estrone
0.89 -1.57 %

Polisakarida Larut Alkali
0.89 – 1.57 %

Minyak Kuning-hijau
6 – 8%

Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau
Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;
Stearic, 10%;oleic, 45%;

Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.
Asid Oksalat
Julat sehingga 56%

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.

Nampaknya begitu banyak khasiat biji kurma ini. SK sendiri pun selama ini tidak tahu akan kehebatan biji kurma ini.

Jadi kita semua bolehlah cuba membuat kopi ini sendiri kerana tidak rugi malahan berbaloi dengan khasiat yang bakal kita perolehi.

Artikel dari Fb: Koleksi kuliah Tuan Guru Dato'Dr. Haron Din

Nota kaki : Umi pun ada simpan biji kurma tapi masih tak ada kesempatan untuk mencuba membuat kopi dari buah kurma ni.  InsyaAllah tak lama lagi kot.

xoxo, Umi Fuzy


Read More

May 24, 2017

posted 11:32 PM by with 0 comment

Jom atur jadual sepanjang Ramadan

Assalammualaikum wbt

Tinggal lagi lebih kurang 3 hari menjelang Ramadan, apa kata kita atur dan ubah jadual kehidupan kita sepanjang Ramadan dan bersama-sama mengejar pahala dibulan yang mulia ini.  

Image result for ramadhan ya marhaban
Add caption
4.00 PAGI
1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI
1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6.Baca dan tadabburlah al- Quran.
7.Berzikir.

5.15 PAGI
1.Makan sahur
2.Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2.Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran.

10.00 PAGI
1.Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

12.45 tengahari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
3.Solat Zohor berjemaah.
4.Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

4.00 PETANG
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3.Solat Asar berjemaah.
4.Berwirid atau membaca ma’thurat.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

5.30 PETANG
1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2.Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 PETANG
1.Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat maghrib berjemaah.

8.00 MALAM
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 MALAM
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.“Berniatlah untuk puasa esok hari .
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur.
5.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU.

Semoga kita mendapat apa yang dijanjikan oleh ALlah sekiranya berpuasa dengan sempurna iaitu KEAMPUNAN DOSA dan BEBAS DARI NERAKA

#copy n paste
Read More

May 23, 2017

posted 10:52 PM by with 0 comment

Pecal Sayur Jawa Istimewa

Assalammualaikum wbt

Resepi yang Umi kongsi ni memang kegemaran mak Umi dan dia memang suka buat pecal sayuran ini terutama bila bulan Ramadan tapi sekarang dia pun dah tak berapa sihat jadi hujung minggu yang lepas Umi pun buat la ikut resepi mak dan Alhamdulillah menjadi dan sedap sangat..hehe puji diri pulak kan. Sebenarnya pecal ni berasal dari Jawa sebab arwah Tok berasal dari Jawa dan Umi pasti ramai yang suka makan pecal ni jugak kan.

Jadi untuk semua sahabat, boleh la cuba pecal sayuran ni untuk masuk dalam senarai resepi Ramadan nanti.  Selamat mencuba.
Pecal ni kalau makan dengan nasi panas pun dah sedap tak perlu lauk lain dah
Bahan-bahan untuk kuah
2 cawan Kacang tanah 
5 biji cili kering
1 inci Belacan
Udang kering
1 inci halia
1 cawan air asam jawa
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
Air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk isi
Secekak Kangkung - dipotong dan dicelur
Secekak Pucuk paku - dipotong dan dicelur
Secekak Pucuk ubi kayu  - dipotong dan dicelur
5 batang Kacang Panjang  - dipotong dan dicelur
Taugeh - dicelur
Tauhu Basah - dipotong and digoreng
Tempe  - dipotong dan digoreng

Cara membuatnya:
  • Kacang tanah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk tapi jangan terlalu halus.
  • Cili kering dibasuh, toskan
  • Panaskan minyak dan goreng cili kering, bawang besar dan belacan hingga cili garing tapi jangan sampai hangus 
  • Tumbuk bahan tersebut hingga hancur
  • Sediakan mangkuk, masukkan cili tumbuk, kacang tumbuk, gula, garam, air asam jawa dan air panas. Kacau hingga sebati.  Biarkan kuah selama 30 minit hingga kuah dan kuah akan menjadi pekat
Cara menghidang:
Sediakan periuk berisi air.  Panaskan hingga mendidih. Celurkan setiap sayuran secara berasingan dan toskan.  Masukkan kedalam pinggan, taburkan tempe dan tauhu, timun, sengkuang (kalau suka) dan letakkan kuah dan siap untuk dimakan dengan nasi panas tak pun ratah jer pun boleh

xoxo, Umi Fuzy

Read More

May 22, 2017

posted 10:12 PM by with 4 comments

Seronok menjadi blogger ni kan

Assalammualaikum

The Bloggers Dinner 2017 yang  pertama kalinya dianjurkan oleh Hexa Cooperation Sdn Bhd disamping untuk memperkenalkan dan melancarkan portal lynk.my disertai hampir 70 blogger (tapi ada yang tak dapat hadir disaat akhir), publisher dan advertiser bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu dan yang paling menariknya ada beberapa artis turut serta memeriahkan majlis.
Apa itu lynk.my? Berminat untuk menjadi Advertiser untuk meluaskan perniagaan? hanya dengan modal serendah RM50! atau menjadi Publisher? untuk keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan boleh email terus ke support@lynk.my atau hubungi 03-6039 7773 dan pihak lynk.my akan membantu untuk anda terus berjaya didalam dunia pemasaran digital yang semakin mencabar.
Alhamdulillah Umi antara mereka yang hadir walau rasa segan la jugak maklumlah Umi hanya blogger picisan tapi kalau tak mulakan sampai bila pun akan kat takuk yang sama kan.  Rupanya ramai blogger hebat yang ada antaranya Mahadi Mohamed Arifin, Faizdickie, Neyra Shazera dan ramai lagi.

Yang paling menarik tu ada cabutan bertuah sebanyak lebih 60 hadiah tau antaranya seunit Smart TV, Drone, 2 unit Ipad, Polarou mid, Camera, barangan kecantikan dan kesihatan, duit tunai RM200 x 5 wow meriah tu kan.  Memang meja Umi duduk tu bertuah sebab kami 6 orang blogger semua dapat hadiah...haa lainkali kalau nak bertuah sila duduk semeja dengan Umi okay hehe.  Blogger Anil Wanina dapat wang tunai dan Liez dapat perfume kot dan Umi dapat Love Potion dari Hush Hush tu nanti kot Umi buat review....hehe

bergambar dengan otai blogger Tuan Hasrul Hassan yang tak lokek dan humble dengan input untuk menjadi blogger yang berjaya.  Ribuan terima kasih jugak untuk Tuan HH ni yang menjemput kami blogger yang boleh dikatakan zero knowledge.  Next event jangan lupa jemput lagi ya Tuan HH

cakkk...hehehe hamboi Liez, Anil dan Umi ni tetiba jadi geng lentuk..haha


door gift dari Glowhite and Lolalove..terima kasih daun keladi hehe
cer teka siapa jejaka hensem ni...ni la COO Hexa Cooperation yang sangat sporting dan macho...very humble and nice guy dan kalau tengok dia mesti ada yang boleh jatuh hati kot..oppsss

selfie antara artis yang hadir antarnya Faye Khusairi dan emcee yang pot pet siapa lagi kalau bukan Sharifah Shahirah yang buat semua orang terhibur 

sesi berkenal mesra dengan para blogger...ehh jumpa lagi dengan top foodies blogger Mahamahu Radhian Izzati

waktu nak balik tu ternampak pulak hiasan dinding yang cantik...apa lagi bergambar la
pastu waktu nak ke parking nampak pulak view cantik berlatarbelakang bangunan KLCC...selfie lagi..haha

xoxo, Fuzy
Read More
posted 12:15 AM by with 0 comment

Gema Gegar Vaganza telah berakhir

Sebenarnya Umi tak la mengikut sangat GGV ni sebab ada jer rancangan tv lain yg ditonton dan juga kena selesaikan kerja rumah sebab keesokkan hari kena kerja kan tapi tadi sementara tunggu D'hubby balik dari kerja luar daerah sempat la jugak menonton rancangan akhir ni yang berlangsung di Pusat Konvesyen CIDB Cheras kat Astro Oasis tadi

Seronok jugak tengok penyanyi Islamik kumpulan Hijjaz ni rap dan ramai penonton berdiri sebab pertama kali kot tengok ustaz2 ni rap.  Pada yang tak sempat tonton, cari la kat youtube memang best!

cantik pakaian kumpulan UNIC ni dengann lagu Ainul Mardiah lagu mereka sendiri yang menusuk jiwa sampai buat Datuk Siti mengalir air mata waktu bagi komen 

Tahniah buat para pemenang GGV pertama yang bersifat Islamik dari Astro

Pertama : Kumpulan UNIC (RM100,000.00)
Kedua : Kumpulan Hijjaz (RM30,000.00)
Ketiga : Kumpulan Mirwana (RM20,000.00)
Keempat :Azmi Caliph Buskers (RM15,000.00)
Kelima : Hafiz Hamidun (RM10,000.00)
Keenam : Saujana (RM5,000.00)

Barisan juri terdiri dari Farihin (Raihan), Oki Setiana Dewi dan Dato Siti Nurhaliza dan menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.

Siapa Juara Gema Gegar Vaganza?

Persembahan pembukaan adalah persembahan dari Nana dan Oki Setiana Dewi yang berpadu suara mendendangkan lagu Ketika Cinta Bertasbih dari novel Habiburahman yang pernah hit suatu masa dulu juga persembahan dari Achey dan Fikri dengan lagu Assalammualaikum

Penutupan rancangan diserikan  dengan persembahan dari Datuk Siti Nurhaliza, Rabbani dan Rahmat Mega dengan lagu tema Tema Gegar Vaganza

Sedikit pengenalan tentang mereka yang ke pusingan akhir malam tadi yang diceduk dari astrogempak Anak Umi kata dia tak pernah dengar nama kumpulan UNIC, Mirwana dan Saujana dan tak pulak Umi boleh terangkan sebab Umi bukan la peminat seni suara tempatan sangat dan cuma tau sebab pernah la dengar lagu diaorang yang hits dulu tapi kalau tanya la ni hehe tau tau tajuk lagu tu okay

Hijjaz
Kumpulan yang dianggotai oleh Munif, Isman, Faizal dan Ariffin ini merupakan kumpulan paling senior. Seringkali menyampaikan persembahan yang memberi kesan mendalam, Hijjaz menjadi pilihan ramai untuk duduk di kerusi juara GGV.

Mirwana
Kehebatan kumpulan ini tidak boleh disangkal. Dianggotai oleh Along, Akmal, Naim, Hafiz, Ikram dan Faiz, Mirwana sering memberikan nyanyian memukau dan dinamik vokal yang baik. Mirwana mampu menjuarai GGV jika mereka konsisten seperti minggu-minggu sebelumnya.

UNIC
Memberi persembahan berbeza setiap minggu, UNIC juga menjadi calon kegemaran untuk menyandang gelaran juara GGV. Karisma Bazli, Fakhrul dan Najdi dalam membawakan setiap lagu memang tidak harus dipandang remeh.

Saujana
Kumpulan yang dianggotai oleh Suffian, Najran, Zuhaidi dan Azalinor ini tampil kurang konsisten. Namun begitu, dua minggu kebelakangan ini, Saujana mula menunjukkan taring. Saujana mampu bergelar juara jika mereka memberikan kejutan di malam konsert akhir.

Hafiz Hamidun
Hafiz sering dipuji kerana berkebolehan mengalunkan pelbagai rentak lagu di GGV. Hafiz mampu bergelar juara GGV jika dia memberikan persembahan memukau malam ini.

Azmi Caliph Busker
Kebolehan Azmi dalam menyampaikan lagu dengan sangat berkesan sering mendapat pujian pihak juri. Azmi dijangka bakal memberi kejutan di malam akhir GGV dan bakal bergelar juara jika dia memberikan persembahan yang baik.

selamat malam


xoxo, fuzy sweetsourleyra
Read More

May 21, 2017

posted 1:32 PM by with 0 comment

Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa

Assalammualaikum wbt

Tahniah buat semua pemenang Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat antarabangsa kali ke 59 1438H yang berlangsung malam tadi di PWTC.

Johan Qari dan Qariah membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000 tajaan YaPEIM, wang tunai RM40,000.00 dan piala iringan, tempat kedua dengan wang tunai RM30,000.00, tempat ketiga dengan wang tunai RM20,000.00 setiap seorang.

manakala Hafiz dan Hafizah membawa pulang hadiah kepingan wang emas bernilai RM50,000 tajaan YaPEIM, wang tunai RM20,000.00,


QARI

Pertama : HAMED ALIZADEH MARGHZARI GHOLAMHASSAN
Negara : IRAN
Markah : 89.96%

Kedua : AWANGKU MUHD ADIBUL BIN PENGIRAN HAJI MARJUKI
Negara : BRUNEI
Markah : 89.58%

Ketiga : WAN FAKHRUL RAZI BIN WAN MOHAMAD
Negara : MALAYSIA
Markah : 89.09%

Keempat : MOHAMMAD MARUF HOSSAIN
Negara : KANADA
Markah :85.71%

Kelima : NOR MUHAMMAD BIN ALI
Negara : SINGAPURA
Markah : 85.55%


QARIAH
Pertama : PUAN NORMALINA BT ALIAS
Negara : MALAYSIA
Markah : 91.52%

Kedua : PUAN DAYANG HAJJAH SITI NOOR DZUHAIRAH BINTI AWANG HJ DAMI
Negara : Brunei
Markah : 86.63%

Ketiga : CIK A'TIQAH BT SUHAIMI
Negara : SINGAPURA
Markah : 86.01%

Keempat : CIK KANLAYANEE MUMI HUSNA
Negara : THAILAND
Markah :84.96%

Kelima : CIK IMANI EZOUATINI
Negara : MAGHRIBI
Markah : 84.50%


HAFAZAN 30 JUZUK

HAFIZ
Pertama : DIALLO MOUHAMED AL MUOUDITABA
Negara : SENEGAL
Markah : 90.00%

Kedua : MUHAMMAD SYAZANI BIN JEMY
Negara : MALAYSIA
Markah : 93.95%

Ketiga : AMMAR ABDULLA BIN A SAKINI
Negara : QATAR
Markah : 93.94%


HAFIZAH
Pertama : CIK AISHATU MUSA GALE
Negara: NIGERIA
Markah : 92.76%

Kedua : CIK ZAINAB M.S. HIJAWI
Negara : PALESTIN
Markah : 91.51%

Ketiga : CIK NGOM NDEYE DIARRA
Negara : SENEGAL
Markah : 89.14%


Read More
posted 12:24 AM by with 0 comment

Spagheti Carbonara berkrim

Assalammualikum wbt

Disebabkan minggu ni tak dapat join adik beradik ke rumah Abah dan Mak sebab applepie demam panas jadi hero dok tanya 'kita makan apa malam ni mi"? bila sebut nak buat bolognese jer terus sengih panjang tapi ada pulak yang nak makan carbonara..maka jadi lah malam ni buat bolognese dan carbonara

Bukan payah pun lebih-lebih lagi ada 3 pembantu hehe..Alhamdulillah syukur sebab the girls rajin membantu walau not fully..

kalau makan carbonara atau bolognese atau agli olio mesti letak chili flakes baru la sedap

Bahan-Bahan:

  • 2 bungkus Spageti
  • daging ayam dihiris halus / sosej ayam
  • 2 ulas bawang putih dipotong dadu
  • 1 ulas bawang holland - dipotong dadu
  • 2 batang leek - dihiris kasar
  • 1 mangkuk whipped cream 
  • 2 sudu tepung gandum 
  • oregano 
  • cendawan butang
  • lada hitam - dikisar halus
  • garam

* tips - kalau tak guna whipped cream boleh ganti dengan susu segar dalam kotak dan masukkan cheddar cheese

Cara membuatnya:

1. Panaskan air didalam periuk dan masukkan sedikit minyak dan masukkan spageti, direbus hingga lembut

2. Bila spageti dah lembut, toskan dan letak kedalam mangkuk

3. Panaskan minyak dalam kuali/periuk dalam api sederhana dan masukkan bawang putih, dikacau hingga kekuningan

4.  Masukkan bawang holland yang telah dipotong dadu, kacau hingga nampak masak

5. Masukkan isi ayam yang dihiris nipis, dikacau hingga isi ayam kekuningan

6. Masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis (malam ni tak masuk pun cendawan)

7. Masukkan susu segar dan tambah air jika perlu.  Tapi untuk malam ni Umi guna whipping cream sebab susu segar tak de.  Masak dengan api sederhana

8. Ambil 2 sudu tepung dicampur dengan air dan dikacau hingga sebati kemudian masukkan tepung kedalam periuk kuah (ini untuk memekatkan kuah kalau tiada cheddar cheese)

9. Kacau kuah dan masukkan lada hitam sedikit dan oregano dan tutup api dan masukkan garam secukup rasa

10. Boleh la dihidang dan ditambah parmesan cheese serta chili flakes semasa hendak makan

Selamat mencuba

Nota : kalau nak mudah guna sos carbonara Prego pun boleh ;D

xoxo ~ Fuzy 

Read More

May 19, 2017

posted 5:00 PM by with 0 comment

Pulun Kedah Pulun

Hola

Buat peminat bolasepak tanahair termasuk la en suami Umi yang jugak pemain bola pencen hehe, tahniah buat pasukan Kedah yang akan ke final Piala FA melawan Pahang pada 20 Mei ni dan kalau ikut perkiraaan Umi haha Kedah akan menang la.

psst menkalu Kedah kalah ka...sedih la sebab ramai wooo orang negeri kelahiran en suami turun Shah Alam tau...cer hangpa tengok senarai depa yang memang penyokong tegar ni.  Kalau nak baca nama depa ni pastikan tak makanan dalam mulut kot nanti tersedak.


No automatic alt text available.

Berikut senarai2 nama yang yang akan mengikuti rombongan tengok final piala FA antara KEDAH lwn PAHANG di Stadium Shah alam dan disertakan juga surat minta sponsor dari tok penghulu....

Kehadapan tok ngulu,
*Sughat nak mintak det tiket dengan det sewa baih nak pi tengok bola akhiaq piala FA kat shah alam nuu*
Hat pakat nak timpa pi shah alam tgk bola sabtu ni dok hingaq kat chek suruh minta duit kat tok ngulu.
Depa kata belen det boh jalan tar kat pala simpang tu dok simpan buat pa.
Nama hat bawah ni memang konpom dah nak pi.
Hat mai kendian biaq pi ka depa la. Pandai2 la ketiaq nak idup.
1. Id Chah choq badak
2. Din Ghabit dengan bini dia (Piah kesom)
3. Chon payung
4. Kri Pida Nam satu keluarga
5. Leh gagap (pi saja, balik sendighi)
7. Chah masam (laki tnggu sana)
8. Arep juling (dia mintak duit spek skali)
9. Bang Choh Kak Mah wangi (dia mintak duit tiket habuan cucu dia sekali , 3 org, cucu dia tnggu kat setadium)
10. Yonn pomen diraja (utang tukaq tiub moto ritu tok ngulu tak bayaq lagi)
11. Pak Ya misai (member kopi tok ngulu Tak kan berkigha kot)
12.Bang OM laksa (dia habaq ada laksa pree kat tok ngulu sepanjang bulan posa)
13. Siti nasi Lemak janda pala titi ( tok ngulu beli nasi Lemak kemarin ada belen ka nak sedekah kat dia)
14. Aq golok (jadi kolek, dia habaq dia pandai jalan belah2 shah alam tu)
Tolak pi tolak mai kigha penuh jugak la satu baih.
Haghap tok ngulu huloq la lebih skit.
Dok berujan ni.
Nak pi motong pun Tak brapa bulih.
Lagi pun duit elaun tok ngulu pun bukan dok usik pun.
Kebun getah hat kat pala bukit tu pun makan Tak abih aih.
Sekian.
Yang betoi dan luruih,
Mat Tengala Timoq (MTT)

Image may contain: text

Pulun Kedah Pulun!
Read More
posted 8:33 AM by with 0 comment

Kenapa tidak kita mendidik anak menjadi Hamba ?

Assalammualaikum wbt



DIDIK ANAK MENJADI HAMBA AGAR IBUBAPA TDAK MELAHIRKAN TUAN"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

+ Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone

+  Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa. 😭

+  Tak kurang juga anak lelakinya,mana mahu nak buat kerja2 perempuan.

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

+ Mereka tidak diajar untuk memahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

+ "Kesian anak tu kecik lagi.."
+ "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
+ "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kini.

+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

+ Mereka akan buat secara terpaksa

+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

+ Sementara si anak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

+ Usah terlalu kasihankan anak
+ Jangan terlalu memanjakan anak

+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka

+ Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

+ Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA

***************

Anak adalah permata yang dilahirkan umpama kain putih dan kita yang harus mencorakkan anak kita dan semoga kita dapat mencorakkan mereka supaya menjadi lebih baik untuk agama, bangsa dan masa depannya

***************

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada kita semua dan latihlah anak-anak kita untuk kebaikan mereka dimasa hadapan.  InsyaAllah


Read More
posted 7:00 AM by with 0 comment

Bila kita diakhir nafas

Ilmu yang perlu diajar pada anak-anak kita...

Selepas disahkan ahli keluarga kita sudah tiada nyawa, terputuslah segala bentuk perhubungan antara simati dengan kita, jadi kita perlu tahu apa yang anak-anak perlu lakukan di rumah sementara menunggu jenazah dikebumikan:

1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan;

2. Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik;

3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering;

4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah;

5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat;

6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat;

7. Tutup rambut dengan selendang;

8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah;

9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat; dan

10. Dimandikan..

Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.

Sharing is caring 👍👌❤
Pesan pd anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai

Agar tahu fardhu kifayah

#kopipesdarigroupwasap
Read More

May 18, 2017

posted 9:05 AM by with 0 comment

Kenangan di majlis Sepetang Bersama Blogger

Assalammualaikum wbt

Nak kata sibuk tak la sibuk tapi agak sibuk la jugak Umi sampai tak sempat nak buat entri pasal Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Networks pada 13 Mei yang lalu yang mana berjaya Umi turut serta bersama Liez buat pertama kali dan buat pertama kalinya Umi berjumpa Ana dan rakan-rakan blogger lain yang hebat dalam satu sesi ilmu blogging walau Umi dah kenal (depa tak kenal Umi hehe).  Siapa tak tak kenal Denai Hati dan Umi dah ada iklan Denaihati rasanya sejak 2010 kot kat kesemua blog yang Umi jaga ...huihh macam banyak kan hehe.

Ada terbaca jugak yang kemungkinan SBB 2017 kemungkinan yang terakhir tapi Umi harap janganlah sebab selepas lebih 10 tahun ada blog ni, inilah kali pertama Umi dapat sertai dan dapat ilmu walau ilmu tu tak sempat nak diasah

Buat Denaihati Network, tahniah dan semoga SBB berterusan sampai bila-bila macam foodies blogger terbaik Mahamahu letak status dalam FB kalau boleh SBB macam ABPBP gitu...

Terima kasih kepada penaja #SBB2017 antaranya Maticmy, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, GT Global, Kumpulan Media Karangkraf, My MDEC, MisiViral, CVS Production, Les' Copaque Production Sdn Bhd, Yeo's Malaysia, eQurban, Adi Putra, Oh! Tshirt, Iwstudio.biz, Denaisell

Sesi dimulakan dengan Tuan Amir Denaihati, Tuan Mahadi Mohamed Arifin dan Cik Lily Putih berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang menulis blog yang sangat menarik untuk Umi yang picisan ni dan lepas tu ada sesi pertanyaan antaranya dari si Uyul Cantik, Pak Ucop dan beberapa lain yang Umi tak kenal la..hadoiii kerdil sungguh diri ni.

Kemudian dapat perkongsian yang sangat menarik dan buat diri jadi berkobar-kobar dan rasa teruja bila mendapat ilmu baru dan motivation dari Datuk Faridah Hanim (Ibu Hanim), Tuan Norman Danish (ND), Dr Wan Yusof Wan Jeffrey.  Terima kasih yang tak terhingga dari Umi

Ada jugak blogger yang berjaya mendapat tudung percuma dari ibawal #gosokgosokwangi dan berberapa hadiah saguhati *sobs* tak mau sebut sebab sedih tak dapat hehe tapi semalam dapat email untuk review produk ni..tunggu naaa


sesi temubual dan perkongsian oleh Mahadi, Tuan Amir Denaihati dan Cik Lily Putih

orang kuat Denaihati Tuan Hisyamuddin Fazil

Ana Suhana, Liez dan Umi ler

Uyul Cantik sedang menanya soalan

Tuan Amir Denaihati offer RM50 tu...cepat sungguh blogger mana tah berani dan berjaya dapat duit tu...untung tuuu

cer tengok siapa yang korang kenal kat sini...Mommy irrayyan, Suria Amanda, Eny Abdullah,

 Punya la kami dok berkejar nak bergambar dengan blogger femes antaranya Cik Lily Putih ni dan berjaya jugak la

buahtangan dari Uyul Cantik...suka dan teruja Umi dan kekawan dapat gift ni.  Terima kasih daun keladi Uyul lainkali jumpa Umi nk lagi..hehe
koleksi dari majlis SBB
Yeo's Hawthorn ni ada yang teka buah senduduk tengok pada gambar kat botol tu dengan rasa masam-manis macam Ribena pun ada..tapi memang sedap okay

Sesi malam tu pulak Umi tak pergi tapi ambil tahu la jugak siapa penerima anugerah malam tu
  • Digital Economy Champion : MDEC

Tahniah buat semua pemenang dan manalah tau kot² blog Umi pulak boleh menang tahun depan kan tapi tengok pada kesuraman jiwa kekadang tu ish ishhh tak tau la pulak..hehe
    Read More