May 7, 2017

Bahaya permainan Blue Whale Challenge

PERHATIAN! SILA BACA SAMPAI HABIS

Untuk peringatan kita sebagai ibubapa dan ahli keluarga tentang permainan cabaran Blue Whale yang menakutkan.

Kalau difikir sekali imbas memang rasa tak ada apa-apa sebab ni cuma game tapi sebab game la kita akan terbawa² bila telah terlayan dengan permainan ni atau mana² permainan



copy & paste dr grup

Gempar di Rusia, terdapat 160 kes bunuh diri dilaporkan melibatkan remaja belasan tahun. Apabila disiasat, kebanyakan daripada mangsa adalah peserta "Blue Whale Challenge"!

Blue Whale Challenge/Cabaran Bunuh Diri ialah aplikasi/game yang memerlukan pemainnya melengkapkan 50 tasks. Task tersebut termasuklah, menonton filem seram, menggores tangan dengan pisau, berdiri di atas bangunan tinggi, sehingga task yang ke-50: membunuh diri!!!

Link download aplikasi/game tersebut dihantar melalui DM/PM oleh seseorang. Jika mangsa men-download game tersebut, handphone mangsa akan digodam dan segala maklumat mangsa telah berada dalam tangan pelaku.

Mangsa perlu melengkapkan task yang diberi, jika mangsa ingkar atau menipu, mereka akan mengugut mangsa seperti mengugut bunuh keluarga, atau apa sahaja yang boleh mereka manfaatkan dengan maklumat mangsa. Oleh sebab itu mangsa tiada pilihan selain daripada melengkapkan task yang diberikan.

Lebih membimbangkan lagi, kegiatan ini telah menular ke Brazil dan lain-lain negara Eropah!!! Semoga ia tidak menular ke negara kita!

Cerita ini bukan rekaan semata-mata, jika anda Google, terdapat banyak liputan media antarabangsa yang melaporkan kes ini termasuk BBC, Sun, dsb.

Oleh itu, ibu bapa dan penjaga!!! Sila awasi kegiatan anak-anak anda di internet. Kerana setakat ini, mangsa mereka adalah remaja belasan tahun!!!

Jika seseorang menghantar link yang mencurigakan, jangan tekan link tersebut dan terus BLOCK!!!

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/05/04/no-signs-of-blue-whale-challenge-in-malaysia/




1 comment:

  1. ya Ampun.. ni la yang atie dok baca dari tengahari tadi ni kak.. meremang bulu roma.. ape ke jenis MAINAN camni.. mintak anak2 kita dijauhkan la dengan game2 tah pape..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!