May 28, 2017

Pisang Masak Lemak Cili Api

Salam Ramadan buat semua

Ada sesetengah daerah dalam Malaysia ni panggil Masak Lemak Cili Api juga ada yang panggil Gulai Lemak Cili Api tapi pada pengetahuan Umi hanya panggilan yang berlain tapi masakan adalah lebih kurang tapi ada sesetengah negeri atau individu yang tidak menggunakan bawang merah atau jugak bawang putih dan ada yang guna bawang putih untuk memasak gulai lemak cili api ni tapi yang pasti Cili Api adalah bahan utama selain santan.  Jom kita tengok resepi ikut cita rasa Umi dengan menggunakan pisang muda dan dulu mak Umi suka buat Gulai Lemak Cili Api Pisang yang hanya guna isi pisang dan kulit disiat bahagian atas tu dan dibuang tapi sekarang ni kalau kita ke majlis kenduri, kulit pisang bahagian atas pun dimasukkan sekali tapi sedap jugak sebab masih terasa rangup tu..ehh panjang pulak Umi cerita kan..hehe

Selamat Mencuba


Bahan-Bahan

  • Seikat pisang telunjuk- disiat kulit bahagian atas macam kita siat batang keladi
  • 1 biji kelapa parut - diambil 1 cawan santan pekat dan selebihnya yang agak cair
  • Segenggam kecil ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 biji cili padi - kalau nak lebih pun boleh
  • 1 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa


Nota : kalau pergi pasar Keramat ada bahagian yang menjual sayuran kampung dan kat sini la Umi beli sebab kalau bahagian menjual pisang tu tak pernah pulak ada sebab mereka jual pisang untuk dibuat goreng pisang, serawa dan lain selain untuk buat masakan berasakan savory (kategori masin dan pedas)

Cara memasak:

  • Pisang yang telah disiang, dicelur hingga lembut dan toskan
  • Tumbuk kunyit hidup, cili api dan bawang putih hingga benar-benar lumat
  • Tumbuk ikan bilis tapi jangan terlalu kasar
  • Kelapa parut diperah, diasingkan 1 cawan yang pekat dan selebihnya yang cair
  • Masukan bahan yang ditumbuk, serai yang telah dititik, asam keping dan ikan bilis dalam periuk dengan secawan air dan direbus hingga nampak agak kering
  • Masukkan santan yang cair dan pisang yang telah dicelur dan digaul hingga sebati
  • Bila dah nampak seakan mendidih, masukkan santan pekat dan biar dalam 5 - 7 min dan tutup api
  • Masukkan garam dan boleh la dihidang dengan nasi panas
Ok, jom memasak dan selamat berbuka 

xoxo, Umi Fuzy

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!