May 8, 2017

Tamat sudah Menanti Februari

Berakhirnya drama Mmenanti Februari selepas penuh konflik jiwa, antara kasih sayang dan persahabatan.  Rasa geram pun ada kat Arie tu yang sangat persuasive walau waktu menjadi suami Fiza tu dia selalu lepas tangan sebab taksub dengan kerjaya.

Bila dah terjebak ni payah betul la dah la lagu tema tu sedap sungguh.. Akhirnya Fiza memilih Edie..yela dah memang Edie tu masih suami yang sah kan.  Sedih pun ada jugak sebab Arie ni pun anak yatim piatu.  Lega la rasa sebab dah tak perlu rasa sesak nafas hehe

Menanti Februari

Sinopsis :
Mengisahkan Arie (Zul Ariffin) yang berkahwin dengan Fiza (Fathia Latiff) atas dasar cinta dan membuatkan Edie (Afiq Muiz) rakan baik kedua mereka terpaksa memendam rasa.  Arie terlalu taksub dengan perniagaannya hingga terkadang mengabaikan perasaan Fiza dan Edie selalu ada untuk membantu bila diperlukan.  Tetiba Arie hilang dalam kemalangan dilautan hingga hilang berbulan lamanya hingga ayah Arie meninggal dunia.  Fiza diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan perniagaan Arie dengan bantuan Edie dan semakin akrab dan Edie pun meluahkan perasaannya kepada Fiza dan akhirnya mereka pun berkahwin. Takdir menentukan Arie kemudian ditemui selamat dan hilang ingatan.  Untuk membantu Arie, Edie dan Fiza membawa Arie pulang dan akhirnya Arie dapat mengingati semula dan ingat Fiza balik kepadanya semula.  Bermulalah  konflik jiwa bagi Fiza dan Edie yang saling menyayangi dan Fiza kena buat keputusan untuk memilih kembali kepada Arie atau kekal bersama Edie.

Lagu Tema :
Tajuk : Sakit - IamNeeta

Lagu bonus:
Apa Ini Cinta - Forteen

Bercerita pasal drama ni teringat berita yang Umi baca pada 1 Mei hari tu perihal seorang rakyat Malaysia Zulkifli Jafferi berasal dari Sandakan yang kini berusia 54 tahun dan telah terkandas selama 24 tahun di Koh Kong, Kemboja. Beliau telah berkahwin dengan Rosimah Maulana dan punyai 3 anak tetapi isterinya telah berkahwin selepas kehilangannya pasti sebab ingat dia dah meninggal kot.  Atas dasar ingin mengubah nasib keluarga dengan menerima tawaran bekerja sebagai pemotong kayu tapi menemui nasib yang tidak baik bila terpaksa berada dinegara yang bergolak dan terpaksa hidup sebagai pelarian.

Rasanya dia dah selamat sampai ke Sabah kot sebab pihak JPN dah berusaha untuk mempercepatkan proses kad pengenalannya.  Nasib baik dia masih ada adik beradik tapi bayangkanlah 24 tahun tak jumpa anak isteri dan bila balik isteri telah jadi milik orang lain.  Semoga dia tabah.


“Semoga saya ditemukan semula dengan isteri, Rosimah Maulana, 48, dan anak-anak iaitu Mohd. Abadi, 29; Mohd. Aswadi, 28 dan Syakila, 26, yang ditinggalkan sejak kecil lagi,” katanya.
Katanya, bagi mengubah nasib keluarga, pada tahun 1993 dia menerima tawaran bekerja de­ngan sebuah syarikat pembalakan di Sabah untuk bekerja di wilayah Koh Kong, Kemboja tetapi pada tahun 1995 syarikat itu diisytiharkan muflis.
Beliau berkata, segala dokumen termasuk pasport miliknya yang disimpan oleh syarikat ber­kenaan ju­ga hilang begitu sahaja sehingga menyebabkan dia tidak dapat pulang ke Malaysia.
Sepanjang tempoh berada di sana, Mohd. Zulkifli bekerja sebagai pemotong kayu di hutan untuk mengelak dari ditangkap dan dikenali dengan nama ‘Tamalay’ yang bermaksud orang Malaysia.
Mohd. Zulkifli memberitahu, beliau telah membuat cubaan pertama kembali ke Malaysia pada tahun 1995 dengan menghubungi Kedutaan Malaysia di Phnom Penh tetapi gagal kerana panggilan dengan menggunakan telefon awam sukar disambungkan.
“Cubaan kedua pada tahun 2002 di mana saya ke Kedutaan Malaysia di Phnom Penh tetapi semua keputusan tidak dapat dibuat segera dan memaksa saya kembali semula ke Koh Kong ke­rana kehabisan wang setelah seminggu menunggu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, beliau sekali lagi mencuba pada tahun 2012 tetapi masih gagal apabila ditahan dan diarah pulang se­mula ke Kemboja oleh pasukan ke­selamatan Thailand.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!