June 29, 2017

posted 6:34 PM by with 0 comment

Rawat Penyakit Kulit dengan Glow Gelenggang

Assalammualaikum

Alhamdulillah Umi berpuas hati sungguh lepas guna produk Glow Gelenggang ni selama 2 minggu secara konsisten memang nampak kesan pada kulit dan kegatalan badan malah elergi pada kulit badan anak bujang pun menampakkan hasil dan Umi memang syorkan sangat.

Glow Gelenggang ni produk organik & bebas bahan kimia yg membantu melegakan gatal² kulit yg disebabkan oleh gatal, eczema, panau, kurap, psoriasis, kudis buta, resdung & apa saja masalah berkaitan kulit (kecuali chicken pox) dan boleh digunakan pada seluruh badan dan jugak muka dan dah boleh jadi pencuci muka pun jugak tau


Penggunaan 2-3 Kali secara konsisten membantu mengurangkan masalah kulit cth panau dan produk 
Glow Gelenggang ni memang tak panas, tak pedih, tak berbau busuk, tak merengsakan kulit, tak mengeringkan kulit dan sesuai untuk semua peringkat umur dan tak perlu risau untuk wanita yang berhamil dan boleh digunakan tanpa was-was

Herbal Oil Habatus Sauda
Herbal Oil Habatus Sauda | Memang wangi dan bau seakan coklat pun ada vanila pun ada tapi jangan la nak cuba nak rasa.  Fungsi minyak ni untuk merawat bahagian kulit yang terkena kurap, panau, kudis, gatal-gatal dan jangkitan kulit.  Cuma sapu sampai mesra kat kulit dan jangan risau utk sapukan kat wajah tapi bau dia memang mengancam macam rasa nak makan pun ada hehe

Organic Herbal Soap Glow Gelenggang

Organic Herbal Soap Glow Gelenggang | Sabun ni Umi guna kat muka ni memang rasa segar nyaman macam berangin sejuk gitu dan rasa hilang segala noda dan kulit-kulit mati dan memang kulit rasa lembut.  Fungsi dwi sabun yang lembut dan kasar tu memang best bila tonyoh kat kulit muka..memang serius rasa lembut dan gebu pulak kulit muka Umi hehe.  

Sabun ni boleh guna waktu mandi terutama bila kita balik kerja kita memang berpeluh dan rasa miang2 kat badan dan bila mandi kita guna sabun berherba ni memang rasa nyaman sungguh 

***********************

Dalam kita sibuk dengan pelbagai produk, harus kita tahu apa kandungan bahan yang terkandung dalam  produk yang kita bakal guna dan yang kita guna dan bahan-bahan yang digunakan untuk sabun glow gelenggang ni adalah

Herba gelenggang
Habaus Sauda
Susu Kambing
Minyak Argan
Minyak Zaitun
Menthol

Okay untuk keterangan lanjut mengenai produk glow gelenggang boleh terjah kat bawah ni

Web : www.glowgelenggang.com
FB Page : Glow Gelenggang
WhatsApp : 014-544.5951


InsyaAllah, dengan izin Allah swt masalah kulit kita akan berkurangan dan mungkin hilang terus bila kita guna dengan secara konsisten produk ni tapi jangan pulak bercampur aduk dengan produk lain untuk kita tengok hasilnya.
Read More
posted 1:12 AM by with 0 comment

Review : Membeli Novel secara atas talian

Assalammualaikum

Salam Aidil Fitri 1438H #5Syawal dan hari ni baru ada kesempatan untuk membuat entri sebab Umi dapat inbox message dekat Goodreads yang minta Umi cara nak beli buku secara atas talian atau online ni jadi Umi dengan sukacitanya nak kongsi sebab membaca online ni sungguh mudah dan praktikal
  1. Tak perlu menyediakan almari ataupun library lebih² lagi ruang rumah yang semakin terhad 
  2. Boleh baca secara offline bila² masa dan dimana juga
  3. Boleh baca tanpa lampu sebab baca dari tablett/handphone ni kan cerah semedang
  4. Dapat harga lebih murah, boleh check dulu kot² harganya masih sama atau kurang
  5. Tak perlu beratur untuk membayar dan pembayaran semudah ABC

Dan untuk membeli secara atas talian atau online semestinya harus ada gmail account ya

1. Jengah Google Play

2. Klik Books


3. Dekat Search tu taip  buku yang diingini - contohnya Umi pilih Mr & Miss Troublemaker.  Kita boleh juga membaca Free Sample tapi bukan kita dapat baca keseluruhan mukasurat dan yang pasti kenalah beli sebab dah teruja membaca sebahagian cerita.  

Nota peringatan : jangan tertaksub pulak mcm Umi ni sebab bila membaca ni memang ketagihan dan $$ pun akan menyusut dalam akaun..hahaha




4. Klik Accounts untuk membuat pembayaran.  Bagi yang pertama kali membeli secara online ni bila kita tekan BUY akan keluar minta maklumat pembayaran secara credit card atau debit card yang perlu kita isi.

5. Bila dah beli novel/buku online boleh la nak download untuk kita baca di handphone atau tablett. Yang lebih menarik bila membaca online ni kita boleh juga letak bookmark jadi kita boleh sambung balik di mukasurat akhir kita baca.

Memandangkan Umi dah memang download Google Play di tablett dan handphone boleh jer sesuka hati Umi nak baca kat device yang mana pun.

Nak lebih mudah, boleh la tambah cara pembayaran untuk menyenangkan pembelian akan datang

Dan Umi syorkan korang letakkan rekod novel/buku yang korang baca dalam Goodreads untuk menambah rakan atau berkongsi review dan pendapat kita berkenaan novel yang kita baca tu.

Selamat membaca!

Read More

June 23, 2017

posted 10:30 PM by with 0 comment

Kenangan Raya

Assalammualaikum

Lebih kurang 3 hari lagi kita dan semua umat Islam akan menyambut hari raya..entahlah perasaan suka dan duka bercampur gaul setiap kali Syawal dan setiap tahun perasaan tu berbeza.  Kalau 15 tahun dulu 2 - 3 hari sebelum balik kampung Umi dah rasa macam sedih sebab nak tinggalkan Kuala Lumpur dan beraya di kampung halaman en suami dengan perasaan tu tetap berbelah bagi tapi kena akur kan sebab bila dah kahwin ni si isteri kena taat dan kita perlu bertolak ansur. Nak balik kampung pun satu hal lagi dengan anak-anak yang masih kecil lagi rasa renyah sebab nak mengemas pakaian tapi nasib baiklah en suami memang seorang yang rajin membantu, selain membantu kerja-kerja dirumah tapi memang membantu dalam semua hal.  Kiranya tu suami mithali kan dan betapa beruntung Umi dan sesiapa dapat suami macam tu.

Seperti kebiasaan kami akan bertolak balik ke Kedah lepas jam 12 malam dan selalunya en suami akan tidur dan berehat sebelum memulakan perjalanan. Kalau dulu 15 - 20 tahun dulu kami akan berhenti di R&R untuk makan dan berehat tapi sejak 7 tahun lalu Umi lebih suka memasak samada bihun atau nasi lemak sebab dah jemu menunggu untuk dapatkan makanan dan selalunya makanan tu mengecewakan dari segi rasa dan kekadang tu sejuk gedi.  Jadi kalau dah makan tapi asyik nak komplen sebaiknya memasak walaupun sebenarnya memenatkan diri kan.

Sejak kematian ibu mertua pada tahun 2011 dan diikut perginya ayah mertua pada tahun berikutnya corak perjalanan kami balik kampung turut berbeza dan kalau sewaktu mertua masih ada en suami akan nak segera sampai ke kampung tanpa menyinggah ke rumah kakak atau sedara mara yang lain tapi sekarang semua berubah dan kami tetap balik kampung tapi mood tu sangat berbeza.  Keceriaan kami kalau berada dikampung semakin ketara berubah bilamana anak buah lelaki en suami pergi menyahut illahi juga pada tahun 2011 sewaktu Umi di Dubai dan diikuti kematian ayah mertua dan 3 tahun lepas perginya anak perempuan sepupu en suami yang juga tukang jahit peribadi menemui Illahi. Kehilangannya sangat terasa sebab rumah dia disebelah rumah mertua dan setiap pagi raya dia akan terjah kami dan paling diingati betapa dia sangat ringan tangan dan pandai dalam mereka ubah hantaran dan sentiasa ada bilamana ada kenduri kendara dikampung atau di Kuala Lumpur. AlFatihah buat mereka semua dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
rasanya sawah yang mana padi baru menampakkan buahnya bijinya(eh panggil buah ke biji ek...)
Pandangan belakang rumah en suami yang sejuk mata memandang dan mendamaikan.  Pemandangan yang sangat berbeza dan memang Umi akui telah jatuh hati dengan tempat kelahiran suami yang penuh dengan ketenangan dan tanpa perlu tergesa-gesa dan bersesak.  

Bendang yang menunggu waktu sebelum dibajak dan digembur untuk penanaman semula (kalau tak silap la tu antara prosesnya, kalau salah tu maaf la noo)
Pemandangan sawah padi kalau disini kami panggil bendang yang telah diambil hasilnya, masih menarik dan anak-anak akan berlari-lari dalam bendang.  Pulang ke kampung dalam pelbagai situasi yang berbeza antaranya sewaktu padi ditanam, padi mula meninggi, padi mula matang, padi dituai kemudian sawah dipenuhi air mengalahkan kolam renang bersaiz olimpik atau waktu bendang kering dan dibajak sebelum padi ditanam semula dan waktu ni aktiviti membuat wau dan melayangkan wau seperti suatu pesta.

menikmati ikan yang fresh dibakar menggunakan sabut kelapa dan menaikkan harum masakan
Bantut Ikan Haruan atau Pais | Ni la antara makanan yang akan dihidangkan buat kami sekelurga atau Ikan Terubuk Bakar yang sedap dan kebijaksanaan ibu mertua dan orang disini yang pandai membuat teknik pada ikan supaya tulang ikan terubuk yang banyak tidak menyusahkan kami yang memakannya.  Malang sekali Umi tak sempat belajar teknik ni sebab Umi ni agak ego kot *sobss* dan rasa menyesal pun ada jugak sekarang ni.  Tapi yang bestnya kat kampung en suami ni ikan-ikan memang sangat fresh dan kat pasar adalah ikan-ikan yang baru naik dari laut.

Umi tak risau bila anak-anak nak naik basikal mengelilingi kampung 
Anak-anak pun seronok bermain tanpa rasa risau dengan kenderaan sebab di kampung ni umpama sebuah pulau bersambung dengan pulau-pulau lain yang rata-rata punya 2 -3 buah rumah dan dipulau kami ni punyaa 4 buah rumah antaranya kepunyaan ayah mertua, 2 orang kakaknya dan sebuah rumah sepupunya dan kat sinilah keakraban sangat ketara dan budaya kunjung mengunjung dan bila mengunjungi kaum kerabat pasti ada buah tangan antaranya kuih raya hasil tangan diaorang. Memang penat bila ramai mengunjungi rumah dan makan-makan sampai kembung perut..hahaha

gambar masa anak-anak masih disekolah rendah sedang seronok bermain bunga api dan mercun 
Antara aktiviti malam raya, pastinya pemainan mercun dan mercun karbaid tapi selamat sebab yang pasang mercun ni anak-anak muda yang dah dewasa dan memang taraf expert dan seronoknya diaorang ni berlawan bunyi mercun siapa yang kuat antara pulau-pulau yang berdekatan dan kalau kat sini memang kami yang dewasa pun turut meramaikan halaman dan masa nilah Umi benarkan anak-anak perempuan bermain mercun dan bunga api.

Ok tu antara kenangan raya yang Umi ingati sepanjang Umi menjadi sebahagian ahli keluarga en suami.  Nanti kalau ada kesempatan Umi cerita lagi sebab kemeriahan disini tak sama macam kemeriahan di bandar sebab di Kuala Lumpur Umi punya mak dan abah serta adik beradik yang ramai dan kami sangat rapat dan kenangan raya di bandar sewaktu Umi masih remaja dan bujang tetap dalam lipatan kenangan yang indah walau tidak sedamai kenangan raya di Kerpan, Ayer Hitam, Kedah Darul Aman.

P/S Dan tika ini Umi sekeluarga dalam perjalanan balik ke kampung dan semoga kami perjalanan kami dilindungi kami sampai dengan selamat. Aamiin.

Salam Aidil Fitri dari Umi buat semua.
Read More
posted 8:54 AM by with 0 comment

Syurga Seorang Isteri

Assalammualaikum wbt

Image result for isteri

#copypaste

SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah, jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.

Kongsikan dengan sahabat² wanita yang lain semoga dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua inshaa Allah..

Moga kita semua tergolong dalam golongan para isteri yg Allah Redho,suami redho kita sebagai isterinya...amiin..
Read More

June 22, 2017

posted 4:25 PM by with 0 comment

Puding Roti Sos Kastard

Assalammualaikum dan selamat petang.

Puding Roti dengan sos kastard ni memang kegemaran anak-anak dan kalau ni la antara menu hujung minggu lepas tapi baru sempat nak buat entri.


Bahan-bahan untuk puding roti
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis (ikut suka banyak mana nak letak pun tak pe)


Bahan-bahan untuk sos kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


Cara membuatnya:
  • Masukkan susu segar, gula halus, telur dan esen vanilla dalam satu bekas.  Kacau hingga sebati guna mixer atau guna blender.  Jangan terlalu kembang tapi cukup sekadar telur tu pecah dan sebati dengan bahan yang lain.
  • Carikkan roti dalam 4 bahagian (atau ikut kesukaan), masukkan dalam bekas adunan yang dipukul biar meresap sekejap.  Masukkan marjerin yang telah dicairkan serta separuh kismis dalam bekas dan digaul sedikit.
  • Sapukan sedikit majerin dalam loyang untuk membakar.  Tuangkan roti yang telah direndam tadi.  Taburkan kismis keatas adunan.  Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.  Kalau takut terhangit, 

Cara membuat sos kastard
Satukan bahan-bahan sos kastard kedalam periuk, dikacau hingga sebati kemudian dimasak dengan api sederhana.  Teruskan dikacau sampai pekat.  Kepekatan tu terpulang tapi jangan terlalu cair atau terlalu pekat.  

Puding roti yang telah siap dibakar, boleh la dipotong dan dijirus/dituang dengan sos kastard dan dimakan.


Selamat mencuba

Read More

June 21, 2017

posted 11:38 PM by with 0 comment

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors

First of all, thanks Elsa +Shaidatul Aireen  sebab menjemput Umi untuk join GA ni walau lewat tapi better late then never kan..hehe

Klik banner ok


Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors


Facebook : journal.fuzyhamid


Antara syaratnya kena cerita pengalaman seronok dan nakal zaman kumpul duit raya dulu...hurmm tengah nak godek2 otak nih,,,hehe
Pengalaman yang sungguh menyeronokkan Umi ni rasanya macam budak-budak lain jugak Umi dan kakak serta adik akan main redah jer dan bagi salam kat semua rumah tak kira la rumah siapa pun tapi yang pasti bukan rumah org India atau Cina sebab niat tu nak kumpurl duit raya jer dan bukan nak makan kuih pun..bila dapat duit tu memang pegang tak lepas la

Selamat malam

Read More
posted 9:51 PM by with 0 comment

Pudar




Bila terkenang masa lalu
terasa kerdil diri
terasa daif diri
terasa hina diri


Mengenang masa lalu
mengingati kealpaa diri
mengingati setiap inci peribadi
mengingati setiap dosa
terasa pudar akan pahala


kita semakin jauh
walau masih berpijak dibumi
tetap terasa seperti diawangan
bukan awangan yg penuh warna warna
hanya awangan yang seakan kosong
sepi


kekadang terfikir
alangkah indah jika kita pergi
sebelum sempat kita menambah dosa
pada diri
pada insan disisi
dan yang paling utama pada Dia yang mencipta


Saban hari kita mengajar diri
positif!
tenang!
umpama  berenang tanpa tepian
lelah!
sayu dan sayup


Semangat makin pudar
Pudar melanda jiwa
Pudar menerpa disetiap ruang
Pudar jiwa
Pudar kata-kata


aku akan bangun nanti.

Read More

June 20, 2017

posted 8:43 PM by with 0 comment

Giveaway Anniversary dan Duit Raya by Cik Ash



Meriah sungguh hadiah GA Cik Ash ni tau ...kalau nak tau klik kat banner tu

Syarat-syaratnya

1. Tulis entri berkenaan GA ni

2. Follow blog Cik Ash, Mia Liana, Murni Alysa, Cik kejupenyet, Busyra Takiyuddin, Mama Darwish, Lokman Amirul dan Farahglazdotcom

3. Like FB Pages Projek Blogger Utara, Cik Ash, Mia Liana, Cik Pinz, Medina Desire Detox Tea, Busyra Takiyudin, MamaDarwiish, Lokman Amirul dan FarahGlanzDotCom

4. Follow Instagram
Cik Ash, Murni Alysa, FarahGlanzDotCom, Mia Liana, detoxteamedinadesire1









Read More
posted 12:39 PM by with 0 comment

Ayam Goreng Lemak Berkrim

Ola,

Jom cuba resepi mudah ni yang ala-ala Butter Chicken


Bahan-Bahan

500gm ayam - dipotong ikut kesukaan
1 biji telur - guna yang putih
1/2 cawan tepung jagung
2 sb butter
1 ulas bawang putih – cincang
2 tangkai daun kari
3 biji cili padi
1/2 cwn susu cair (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Yogurt - kalau suka
Daun parsli - dihiris jangan terlalu halus
Garam dan lada sulah
Cara Memasak:
  • Perapkan ayam dengan garam, serbuk lada dan putih telur selama 5-10 minit.
  • Golekkan ayam yang telah diperap ke dalam tepung hingga rata
  • Panaskan minyak didalam kuali, goreng ayamg sehingga masak dan garing.
  • Cairkan butter dan tumis bawang putih, daun kari serta cili padi sehingga wangi
  • Pastikan api dengan api sederhana, masukkan susu atau yogurt sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga menjadi pekat dan akhir sekali masukkan daun parsli
  • Masukkan ayam dan kacau hingga serata dan tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencuba

Read More
posted 8:53 AM by with 2 comments

Bahayanya Microsleep

Assalammualaikum wbt

Hanya beberapa hari lagi menjelang Aidil Fitri dan Umi pasti ramai yang sibuk dengan persiapan diri dan pasti dah merancang untuk pulang ke kampung tak kisahlah kampung isteri atau suami tapi Umi pasti ramai yang tak berapa ambil peduli sekiranya diri yang akan memandu jauh atau dekat tu sudah cukup rehat dan perlu rehat bila diperlukan dan panggilan kampung tu seakan membuat kita mengabaikan itu semua kerana nak cepat bertemu ayah bonda dan keluarga tapi sedetik kita alpa dengan pemanduan akan mengakibatkan kesan selamanya.

Jadi baca dan fahami serta jangan terburu-buru demi keselamatan diri dan keluarga kita.

Image result for microsleep

#copypaste

Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?

Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".

Pada kelajuan 70km/h, *microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

 Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."

Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang membahayakan diri lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan *'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.

Jadi, apa yang harus dilakukan?

🔺 BERHENTI.
🔺 LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
🔺 TIDUR.

Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.

Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Ramadan Kareem.

Ikhlas dari:
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

#biarlambatasalselamat
#microsleep
#opssikap
Read More

June 19, 2017

posted 12:29 PM by with 0 comment

Lazada Contest : Anggun dan Cantik di pagi Raya

Assalammualaikum

Agaknya korang dah siap ke kelengkapan untuk menyambut Syawal yang bakal tiba ni? Tahun ni Umi bersiap sederhana jer dan jualan besar-besaran Lazada dari 19 May hingga 30 Jun bersempena Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya-fashion/ Umi pun terus terjah untuk dapatkan barang-barang yang dihajati.yang sedang berlangsung ni jom kita pakat jengah dengan potongan harga sehingga 80% dan semestinya berbaloi-baloi.

a. Tema untuk hari raya tahun adalah warna brown / coklat dan ni dah dibincangan kan 2 bulan sebelum raya kot atau lebih tepat dari tahun lepas2 bulan sebelum raya  Alhamdulillah D'hubby dan adik beradik yang lain pun cakap ok.


b. Bagi Umi ciri-ciri baju yang dihajati tu semestinya ikut tema, simple tapi anggun sesuai untuk Umi yang dah semakin berusia ni.  Ciri-ciri kewanitaan Melayu tu harus ada jugak tau.  Sememangnya semua orang nak nampak cantik dan kesemua benda yang difikiran ni memang boleh Umi dapati kat Lazada ni.

Ni lah hasil carian Umi dan memang bertepatan dengan citarasa Umi jugak.


semestinya Umi nampak kurus dan anggun dengan busana ni
tudung dari Naelofar Hijab ni memang brand kegemaran dan sememangyan Umi akan bertambah ayu dengan tudung ni ;D

Bag tangan dari Carlo Rino ni memang sangat padan dengan tema kami anak-beranak 


kasut ni pulak memang sesuai untuk Umi untuk tampak lebih tinggi hehe dan materialnya pulak dari PU leather yang sedan dicuci la dan sesuai untuk semua acara untuk Umi tampil anggun

Jadi sesiapa yang masih tak tahu nak beli apa dan dapatkan apa sila jengah ke http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya-fashion/ dan Umi pasti kita boleh dapatkan apa yang kita hajati tak kira apa tema sekali pun.  Jadi tunggu apa lagi jom kita beli di Lazada dengan harga yang terbaik ni

Read More

June 18, 2017

posted 9:57 AM by with 0 comment

Review : Syoknya pakai Tudung iBawal #gosokgosokwangi

Assalammualaikum

Alhamdulillah dan keseronokan sejak menghadiri SBB 2017 tempohhari memberi ruang untuk Umi untuk mengenali lebih ramai blogger hebat, influencer hebat dan beberapa individu yang hebat-hebat belaka dan dari sini jugak la Umi diberikan peluang untuk mencuba tudung iBawal yang sangat menarik dan dikenali dengan tagline #gosokgosokwangi.




Tudung jenama iBawal telah lama mendapat tempat di pasaran tudung borong sejak Nov 2015 dan sehingga kini telah mempunyai 7 koleksi yang boleh kita dapati secara ekslusif daripada stokis dan ejen di seluruh Malaysia, Sabah, Sarwak, Brunei, Singapura, San Francisco dan Riyadh.

Tudung iBawal ni menggunakan material dari satin crepe yang membuatkan tudung itu tampak berkilat selain dari itu kain jenis ini juga mudah untuk dibentuk dibahagian muka serta tudung iBawal ni jugak non-slip.  Tudung iBawal dihasilakn dengan kualiti yang tinggi serta jahitan yang kemas dan teratur selain dari itu tudung ni juga mudah untuk digayakan dan tak jarang.

iBawal memberikan keistimewaan pada koleksi Soraya 2017 dengan tudung wangi haruman kekal yang diilhamkan oleh kecantikan seni alam tropika Malaysia.  Soraya memperkenalkan bunga tempatan dan tumbuh-tumbuhan yang unik dan tersendiri menjadikannya rekaan tudung yang indah. Perhargaan kepada alam telah menginspirasikan koleksi hijab wangi ini.  Alami aroma manis bunga mawar dan tropika, menyerlah kewanitaan, daya tarikan dan gaya sopan cantik dengan Soraya 2017 Parfum, Flora & Fauna

Rama-Rama
Si rama-rama cantik terbang bebas dan anggun hinggap ke sang bunga.  Rama-rama tertarik kepada warna ceria kelopak bunga mencari habuan madu pemanis hari.  Rama-Rama bersederhana dan bersyukur, sungguh tidak mengetahui dirinya memberi insipirasi kepada semua disekelilingnya yang kagum dengan setiap gerak gerinya

Bunga Raya
Bunga kebanggaan, bunga kebangsaan kita.  Bunga Raya mengekalkan asas kehidupan , hidup bermasyarakat dan rasa rendah diri.  Memori, tradisi dan budaya kekal dengan Bunga Raya mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur dengan setiap pencapaian atau kelemahan dan jangan kita lupa asal usul itu

Merak
Tatkala bangga, dia juga berkeyakinana dan semangat dalam menempuh sebarang cabaran atau rintangan.  Merak berdiir teguh dan tinggi tidak gentar dengan gangguan kesejahteraannya.  Merak adalah simbol wanita yang kuat, bebas dan cantik, cekal menjaga dirinya dan mereka yang sama berjuang dengannya

Orked
Menakjubkan, sensitif, eksotik dan ganjil menggambarkan Orked yang perlukan perhatian, kasih dan sayang.  Orked sangat dimanjakan dan dilindugi dengan istimewa.  Seperti puteri raua, Orked adalah kecil ayu tetapi besar pada kecantikannya. Halus mulus rupawan, tetapi kuat tangkap harumannya

Batik Bloom
Kesabaran dan ketelitian perlu untuk mencanting Batik.  Calitan lembut beralun bersama rekaan rumit mengajar penghargaan masa dan perhatian terperinci untuk rekaan karya agung ini.  Untuk mencapai seni BAtik Bloom, dia sudah mencapai kekuatan diri dan ketenangan jiwa mendalam.
Inilah lima koleksi iBawal Sorya 2017 Parfum, Flora & Fauna yang sangat exclusive, tersendiri, cantik dan motif lakaran yang sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat usia dengan harga yang sangat berpatutan.  Jom dapatkan tudung iBawal dan kita terjah ke website Tudung iBawal dan pasti korang akan rambang mata!

xoxo, Umi Fuzy

Read More

June 16, 2017

posted 10:58 PM by with 0 comment

Review : Novel - 13 Jam A380

Assalammualaikum

Penulis : Evelyn Rose
Mukasurat : 752
Rating : *****

~ Cinta itu anugerah Allah dan cinta paling agung ialah cinta Allah kepada hambanya ~

Hana Sofea ke London untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, punya rangkaian H'cafe, anak kedua dari 3 adik beradik yang semuanya perempuan dan hanya dia yang masih bujang.  Punya latar belakang keluarga yang bukan sebarangan juga tetapi tidak sekaya jutawan muda idaman hati ramai gadis, Syed Haydar yang diikuti perkembangannya namun jejaka idaman hanyalah impian kerana tak mungkin mereka akan bertemu tetapi kesilapan teknikal semasa menaiki pesawat A380 ke London merubah segalanya. Perjalanan 13 jam melakarkan suatu kenangan indah buat keduanya termasuk 4 jam menjadi kekasih Syed Haydar.  Syed Haydar berubah bila bersama Hana namun selesai penerbangan mereka membawa haluan masing2 tapi Hana masih berharap menjadi surihati sijejaka hebat itu.  Hana berkejar ke airport untuk berjumpa Syed Haydar tapi impian dia musnah bila mana ternampak Haydar bersama kekasihnya simodel jelita.

'You're like drug to me, Hana'

'You already have a special place in my heart, Hana

"Hana, thank youfor last night..but I cant have cocaine all the time"

Pesawat A380 juga mengenalkan Hana pada Nenek, Fido dan Fawwaz 2 beradik keturunan Inggeris-Arab-Melayu.  Nenek menjemput Hana singgah ke rumah kerana Hana bertolak ansur supaya dia kekal dikerusi didalam pesawat. Dand disini juga Hana menjadi ibu segera kepada sicomel Emmel yang memanggilnya mommy dan berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

"I enjoyed your company during our flight, a lovely one but I've been enjoying my past three months here better"

Fawwaz ayah Emmel seorang yang Islamik, tegas, segak bermata ambar seperti anaknya turut berubah seperti mendapat kembali jiwa dan perasaan sejak kehadiran Hana.
Dia juga telah jatuh hati kepada Hana walau Hana menampilkan peribadi dan pemakaian yang social dan disini juga Hana berubah menjadi perempuan Muslim yang lebih baik.

Kejadian dimana ibu kandung Emmel, Helena mempersoalkan kedudukan Fawwaz dan Hana yang berterusan menipu Emmel, membuat mereka sekata untuk berkahwin namun tidak semudah itu kerana Hana tidak pernah memberitahu kedua orangtuanya tentang kehidupannya di London malah melarang ibu dan ayahnya ke London.  Usai tamat penggajian Hana menyuarakan hasrat untuk berkahwin buat kali ke 3 dan ayahnya membenarkan namun Hana masih merahsiakan identiti Fawwaz kerana bimbang ditolak kerana mengahwini Fawwaz bermakna dia akan menetap di London dan harapan ayahnya untuk dia mengambil tonggak perniagaan H's Cafe akan terkubur.

"Let's start a family"
"Our own family..have our own children.  We will raise them together and never be apart.  Let's cheerish our home with love.."

Pertemuan tidak diduga pabila Haydar yang menjumpai Emmel dan tidak disangka Hana adalah ibu kepada kanak2 yg comel tu kembali membuat Hana goyah.  "The world is round. Whenever you run, you will come back to me" tutur Haydar. Kembali mengikuti Haydar di twitter untuk mengelak dari bertemu Haydar tapi mereka bertemu lagi di Surrey Uni lagi dan Haydar tetap ingin memilikinya tapi Hana telah tawar hati dan sedang berbahagia dengan Fawwaz walau percintaannya dengan Fawwaz sangat lain dari orang lain.

Hana pulang ke tanahair menaiki A380 Emirates Airlines dan tanpa diduga Haydar turut berada didalam pesawat yang sama dan peluang yang tidak dilepaskan Haydar yang mengenalkan diri pada kedua orang tua Hana membuat ayah Hana berkenan.  Memang sesuai dengan kata-kata Haydar 'i'm the snake that grasp the grass'

Impian Hana untuk mengahwini Fawwaz hancur dimalam yang sepatutnya dia mengenalkan Fawwaz pada ayahnya kerana Haydar yang sangat licik memaparkan adegan didalam A380 3 tahun lalu. Fawwaz terlalu kecewa kerana insiden 3 tahun lepas dan sebenarnya Haydar ke London 3 tahun lalu adalah berkenaan urusan perniagaan dengan Fawwaz cuma Fawwaz tidak hadir angkara Hana dan Emmel dan terbongkar Fawwaz mengenali Haydar sebagai rakan kongsi diacara perasmian Sky Palace Hotel dan disini juga la terbongkar dilayar skrin bersempena perasmian Sky Cafe, 13 jam didalam A380 yang memalukan Hana yang telah berhijab dan sekali lagi bilamana Hana pengsan di perkarangan hotel, kemudian diangkat seseorang ke King Suite bersebelahan suite Fawwaz dan Fawwaz sekali terkejut dan beranggapan Hana telah menunjukkan belangnya yang sebenar.  Fawwaz mengalah dan pulang ke London.

"Fawwaz, please..dont treat me this way. It was my past..I love you..I wanna marry you..have a family with you, grow old togther and never be apart"

"I need to rest. It's a big blow for me"

Haydar memang licik hingga sanggup membiarkan Hana masuk lokap kerana memukulnya hanya kerana dia tak mahu Hana berjumpa Fawwaz yang akan pulang ke London.  Pastinya dia tak mahu rahsia bocor.

Hana akhirnya mengahwini Haydar apabila mengetahui Fawwaz telah berkahwin dengan Almas Iman di Kuwait dan hatinya sebak tapi dia punya perancangan lain iaitu meninggalkan Haydar dimalam perkahwinan dan berlepas ke India untuk menyertai misi kemanusiaan.  Tanpa disedari Haydar pun turut menaiki pesawat yang sama mengikuti Hana dan secara tak langsung cinta kembali berputik dan secara tak langsung mereka berbulan madu dalam suasana yang mencabar dan penuh keterujaan.

Kisah cinta dongeng yang sangat menarik sampai kita boleh senyum dengan kelaku Haydar dan menitis airmata bila hati Fawwaz hancur dan harapan perkahwinan yang musnah.  Betapa indahnya aturan Allah swt dalam menguruskan jodoh mereka.

Kalau sesiapa baca novel ni mesti akan baca lagi dan lagi beberapa kali hehe.

Nak kenal lebih dekat dengan penulis Iman aka Evelyn Rose ni boleh ke blog dia fairytalesfromevelyn

Nak baca kupasan novel yang lain? KLIK SINI

Read More
posted 2:38 PM by with 0 comment

Sardin Masak Lemak Cili Api

Jenuh nak memikir nak masak apa balik kerja nanti? kalau tak nak makan diluar boleh la cuba resepi mudah Umi ni yang cepat dan sedap



Bahan-bahan:
1 tin sardin besar Ayam brand
200ml santan
1 biji kentang - dipotong empat
5 biji belimbing besi
1 keping asam gelugor (tak letak pun tak pe sebab belimbing dah memadai)
1 batang serai - dititik
10 / 15 biji cili padi - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar
3 cm kunyit hidup - dikisar halus
Sehelai daun kunyit - dipotong lebar
Garam secukup rasa


Cara memasak:
  • Buka tin sardin, asingkan sosnya atau dibuang
  • Masukkan bahan yang dikisar, asam keping, serai dengan secawan air dan dimasak hingga agak kering
  • Masukkan santan dan ikan sardin serta daun kunyit dan pastikan dengan api sederhana
  • Bila kuah sudah mendidih, masukkan belimbing.  Kacau dalam 5 minit dan tutup api.  Pastikan santan tidak pecah minyak
  • Masukkan garam secukup rasa, diangkat dan hidangkan

Selamat mencuba!
Read More
posted 8:30 AM by with 0 comment

Air Tangan Orang yang tidak Solat

Assalammualaikum wbt



Bila terbaca message dari grup sekolah ni teringat Umi pada ibu mertua kakak Umi yang berbangsa Cina Muslim dan tak pasti bila dia memeluk agama Islam tapi yang paling tidak Umi lupa ialah dia selalu menolak untuk makan dirumah orang walhal orang Islam sekalipun kerana katanya kebanyakan kita tak selawat ketika membasuh sayur dsbnya.  Memang terasa bila  dengar dia cakap macam tu..tapi tu kisah lama tapi masih membuat Umi terfikir ada tak diantara kita yang masih tak ambil  kisah perihal pemakanan kita yang akan menjadi darah daging untuk keluarga dan sesiapa yang mengunjungi.

#copypaste dari group sekolah

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.  Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.  Subhanallah

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita.

Jadi, kepada rakan sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang kita masak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.

Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni.

Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.

Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab itu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan.

Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".

Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama.
Read More

June 15, 2017

posted 10:26 AM by with 0 comment

Resepi Lengat Pisang Utara

Assalammualaikum

Ni Umi nak kongsi resepi Utara yang mudah dan ringkas serta senang iaitu Lengat Pisang.  Pasti ramai tak tahu kalau kat Utara, loyang dipanggil lengat dan walau Umi ni orang KL takkan pulak nak panggil kuih Melayu Tradisional ni Loyang Pisang kan..pelik sungguh bunyi gitu kan.

Kat tempat korang mesti ada buat seakan Lengat Pisang ni..apa nama dia kot?

Jom kita tengok bahan-bahannya yang Umi pasti ada kat dalam rumah cuma perlu pergi beli pisang jer


Bahan-bahan:
10 biji pisang abu atau emas
1 cawan tepung gandum - diayak terlebih dahulu atau tepung beras
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat
secubit garam
sedikit minyak sayuran untuk dioles pada loyang

Nota : boleh juga letak sedikit kelapa dan letak sagu


Cara membuatnya:

  • Masukkan gula, tepung, garam dan santan kedalam mangkuk dan dikacau dengan whisk hingga gula hancur.
  • Kupas pisang dan diramas atau dilenyek hingga hingga lumat
  • Satukan bahan dalam mangkuk dengan pisang dan digaul hingga sebati
  • Loyang disapu dengan minyak dan masukkan adunan pisang dengan rata
  • Panaskan pengukus dan masukkan loyang dan dikukus sehingga 45 minit
  • Gunakan pencungkil gigi untuk pastikan lengat dimasak dengan betul
  • Sejukan dan dipotong serta dihidang dengan nescafe tarik kurang manis hehe

Jengah untuk lain-lain RESEPI KUIH-MUIH

potongan tukang masak yg bukan professional..hehe
Selamat mencuba ^ ^

xoxo, Umi Fuzy

Read More

June 14, 2017

posted 5:00 PM by with 0 comment

Malam Al Qadar

 Assalammualaikum


Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.

Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu.

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini  atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku... kasihanilah aku Ya Allah... dgn berkat para kekasihMU😭😭😭

copy paste - sumber unknown
Read More
posted 1:44 PM by with 3 comments

Template baru untuk blog Umi

akhirnya dapat juga baru baru utk blog Umi tapi lupa pulak nak buat entri sebab teruja sangat dan masih lagi nak menyesuaikan diri dgn template baru ni almaklumlah template lama tu utk oldskool mcm Umi kan hehe. Sebenarnya jugak ada beberapa hal yang perlu Umi belajar dari template ni tu yang menyebabkan entri pasal baju baru ni lewat dan maaf kalau Umi tak dapat reply komen sebab perihal komen tu masih perlu suntikan dari Awa..hehe

Terima kasih buat Awa yang sudi ambil buat kan untuk Umi walau dengan keadaan mengandung tu dan Umi pulak terdebar-debar tunggu baju baru ni dahlah Umi banyak sikit cerewet nak itu..nak ini la hehe dan sesungguhnya penantian itu suatu penyiksaan kan tapi kalau tengok kat blog Umi ni dah Umi tukar pulak header dia sebab teringin pulak nak header yang simple sebab Umi pun orang yang sangat simple kan.

Masakan Umi tak teruja sebab Umi pun dah tukar url blog Umi dari sweetsourleyra.blogspot.com ke umifuzy.blogspot.my dan mana tau kot kalau dah tetap fikiran doman pun bertukar sebab dah bertahun dok memikir tapi masih tiada noktah hehe

Terima kasih tak sekali lagi buat preggy Awa - KLIK SINI

Dan untuk pengetahuan umum Awa akan mula terima tempahan untuk kerja-kerja edit mengedit ni dan kalau sesiapa berminat boleh terus hubungi Awa di facebook atau email.










Read More
posted 11:49 AM by with 0 comment

Lorong Tambah Nilai PLUS ditutup sempena Aidil Fitri

Assalammualaikum wbt



Read More

June 13, 2017

posted 1:19 PM by with 6 comments

Kerabu Tembikai Utara

Assalammualaikum

Masak apa hari ni tu? Umi nak kongsi resepi sangat ringkas tapi sedap la ikut selera orang Utara ni.  Kerabu buah tembikai ni memang rare rasanya buat orang KL macam Umi dan mungkin juga dari orang-orang negeri lain kan tapi boleh la mencuba bila ada lebihan tembikai tapi jangan guna bahagian isi yang merah manis tu pulak dan kalau tak nak boleh jer buat jus atau kalau orang Utara diaorang akan makan tembikai dengan nasi macam ulam tanpa sambal gitu


Siapa pernah makan dan pernah buat kita geng! hehe




Bahan-bahan:
Tembikai
Belacan
Cili api - dihiris
Cili masak - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris


Cara membuatnya-

  • Kikis isi tembikai dengan menggunakan sudu tapi jangan sampai korek sampai ke kulit pulak ya.  
  • Dalam besen pulak hancurkan belacan dengan sedikit air, gaulkan dengan bawang, cili api dan cili merah.  Bila dah sebati, masukkan tembikai dan gaul, masukkan garam sesedap rasa.
  • Dah boleh dihidang dengan nasi panas


Read More

June 12, 2017

posted 9:05 AM by with 3 comments

Segmen: Jom Tambah Follower by Shahirah Army

Jom kita sertai segmen pertama Jom Tambah Follower Blog oleh Shahirah Army.

Klik banner untuk selanjutnya

blog ID : 348250002678243098


Due date segment: 11.6.2017 - 29.6.2017

How to join;
  1. Follow this blog.
  2. Buat entry yang bertajuk Segmen: Jom Tambah Follower by Shahirah Army 
  3. Di dalam entry tersebut, letakkan blogID anda , banner segmen dan link kan ke 
http://shahiraharmy.blogspot.com/2017/06/segmen-jom-tambah-follower-blog-my.html
     4. Tuliskan link entry anda di ruangan komen.

Selamat bersegmen


Read More
posted 8:37 AM by with 1 comment

Kuih Talam Ubi Kayu

Assalammualaikum wbt

Kuih Talam Ubikayu ni memang kegemaran Umi dan kalau dapat ubi kayu ni memang Umi tak lepas peluang buat bermacam selain direbus, dibuat peknga dan talam ubi kayu atau dihiris nipis untuk dibuat kerepek berlada untuk dimakan dengan nasi..memang terliur pulak dah ni

Jom jengah dan cuba resepi ringkas ni


Bahan-Bahan

Bahagian bawah
1kg ubi kayu - dibuang kulit, dibersihkan dan disagat
Gula gerek
2 cawan santan cair


Bahagian atas
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1/4 cawan gula
sedikit garam


Cara membuatnya:

  • Ubi kayu diparut, diperah dan buang airnya.  
  • Gula gerek dicampur dengan 2 cawan air dimasak dan ditapis
  • Bancuh ubi kayu dengan santan cair, gula gerek dan sedikit gula putih (kalau suka) serta sedikit garam dan masukkan kedalam loyang
  • Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang berisi ubi kayu dan dikukus dalam 30 minit
  • Sementara itu untuk bahagian atas, campurkan santan pekat, garam, tepung gandum dan pastikan tidak berketul.  
  • Keluarkan loyang ubi kayu dan tekan-tekan supaya bahagian bawah tu mampat
  • Tapis adunan untuk bahagian bawah dan tuang adunan keatas ubi kayu dan dikukus dalam 45minit
  • Bila dah masak, keluarkan untuk dihidang

Nota : 
  • Pastikan tudung pengukus ditutup dengan kain supaya wap tidak menitik kedalam loyang
  • Kuih talam ubi kayu ni bila dah sejuk, gunalah pisau plastik untuk memotong untuk mendapatkan potongan yang cantik
Read More

June 11, 2017

posted 8:43 AM by with 1 comment

iklan Hari Raya dulu-dulu

Assalammualaikum wbt semua

Kita masih lagi didalam bulan Ramadan yang barokah dan semoga puasa dan amalan kita diterimaNya dan dipermudahkan segala urusan kita hari ini dan hari-hari mendatang.

Teringat Umi kat raya zaman Nokia 3310 dulu, dah dekat seminggu nak raya boleh kata semua orang sibuk download ringtone raya dan list ringtone raya pun siap dicetak dan kongsi heeh.  Tu en dhubby la yg mcm tu sbb time tu Umi guna Sony Ericsson jadi tak la berapa sama keke


Masa iklan ni Lisa Surihani masih muda remaja lagi..memang cute sangat iklan Celcom tahun 1999 yang memang sungguh meninggalkan nostalgia.
Read More

June 10, 2017

posted 8:09 AM by with 2 comments

Giveaway Raya by Mrs Pip

Salam Ramadan ke 15

Jom kita sertai GA by Mrs Pip ni dan sila tekan ke banner untuk syarat-syarat lain selain peserta kena bercerita pengalaman indah di bulan Puasa.
Pengalaman indah dibulan puasa ni memang banyak sebenarnya sampai tak boleh tercerita pulak tapi yang pasti tahun 2017 pun memang menarik sebabnya anak-anak dah meningkat remaja dan dah tahu apa yang patut dibuat dan yang paling seronok dengan 3 anak dara ni diaorang akan ambil satu atau dua menu untuk dimasak samada dengan panduan bahan-bahan dari Umi yang perlu digunakan atau ikut apa yang diaorang dah tengok dan rasa sepanjang Umi memasak untuk keluarga, Jadi sekurang-kurangnya ada 4 jenis lauk selain sambal belacan dan 1 jenis pencuci mulut dari dapur sendiri. Untungkan!
Dalam dok menaip ni teringat Umi antara pengalaman indah pulang berhariraya saban tahun ke Kerpan, Kedah 2 atau 3 hari sebelum Aidil Fitri.  Kami akan bertolak dari KL seawal jam 12 tengahmalam, dihiburkan dengan lagu-lagu raya, menikmati keindahan malam dari cahaya lampu di lebuhraya dan kedamaian kampung.  Apa yang pasti kami akan sampai diwaktu dinihari antara jam 4 atau 5 pagi, bersahur dan seterusnya berehat sebab kepenatan menempuh perjalanan.  Bila bangun pulak pergi shopping ke Padang Besar untuk beli beras pulut kat Danok dan Umi masuk kesana tanpa kad pengenalan! sebab diiringi anak buah d'hubby dan orang bawahan dia..hehe.  Bukan nak tau pun dia nak bawak sampai dalam sana tu pun.  Dan yang paling menjadi kenangan terindah  arwah bonda mertua without fail akan buat ikan terubuk bakar yang paling sedap dan yang istimewanya bila makan kami tak terkial-kial dengan tulang ikan terubuk yang banyak sebab dia pandai menyiang ikan tu dan  bila makan ikan tu tak de yang tercekik dek tulang.  Tu antara kenangan yang akan tinggal kenangan sebab arwah dah meninggalkan kami lebih kurang 6 tahun lalu.  AlFatihah buat bonda mertua Hajah Zaharah dan ayahanda mertua Haji Mat Noh, anakanda Hidayatul Ashraf bin Khazali dan anakanda Rohani Binti Ahmad yang jugak special tailor Umi yang terbaik yang sentiasa diingatan hingga akhir hayat kami.

Dan tahun dijangkakan kita akan menyambut Aidil Fitri pada 25 Jun dan kami akan balik kampung pada Jumaat waktu tengah malam 23 Jun, InsyaAllah dan pastinya mengamit memori disepanjang lebuhraya dengan iringan lagu-lagu raya dan nostalgia yang rindu akan menyapa dan  mengusik jiwa d'hubby lagi..Umi sangat pasti!


mungkinkah Umi atau awak jadi pemenang? hehe yang pasti ada pemenang la kan yang akan memenangi shawl dari avilia.my ni.

selamat bersegmen dan gud luck!

xoxo, Umi Fuzy
Read More
posted 7:31 AM by with 1 comment

Sayangi dan Hargai MyKad Anda

#latepost

Dah seminggu kot dapat mesej peringatan kat grup WA keluarga tapi lupa nak post.  Bukan tak sayang MyKad tapi mulai sekarang kena lebih menjaga dia sebab kena sayangkan duit ^o^ sebab kenaikan charge yang dikenakan atas dasar kecuaian pemilik.

Jabatan Pendaftaran Negra (JPN) telah menetapkan kadar bayaran denda yang akan dikenakan kepada individu warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad atas kecuaian sendiri.  Bayaran bagi kehilanga kes kecuaian sendiri buat kali pertama adalah pada kadar RM100, kehilangan kali kedua RM300 dan kehilangan kali ketiga dan seterusnya RM1,000.

Sebenarnya ni ingatan buat diri Umi dan keluarga sebab Umi dan KC Iman dah hilang kad pengenalan tahun lepas atas sebab kecuaian *sobs*

Untuk membaca lebih lanjut klik SINI


No automatic alt text available.


Fi (fee) gantian hilang MyKad telah berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2015.
Sayangi dan hargailah MyKad anda

Sumber : Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia


Read More

June 9, 2017

posted 11:48 PM by with 4 comments

Blogger dan Pengacara Shea Rasol dalam kenangan

Assalammualaikum wbt

Image result for innalillahiwainnailaihirojiun

Siapa tak kenal blogger Shea Rasol salah seorang ikon hijabista blogger bersama Nuffnang yang sangat sinonom dengan fesyen hijab yang boleh sering ditemui di pelbagai acara fesyen dan kecantikan didalam dan luar negara dan yang paling orang akan kenali ialah sewaktu dia mengacara rancangan SIS di TV9 bersama Heliza Helmi dan Bella Yunus pada tahun 2016. Shea Rasol juga seorang usahanita yang berjaya dan punya produk pakaiannya sendiri.

Siapa tak kenal boleh tengok blog Shea Rasol SINI dan SINI

Image may contain: 3 people, people smiling

Kali terakhir Umi jengah blog dia tak lama dulu..kira dah lama jugak la sebab nak blogwalking ni pun mengambil masa jugak kan.

Takziah buat keluarga Shea Rasol insan terpilih yang telah pergi mengadap Illahi pada pagi 09 Jun hari Jumaat penghulu segala hari dan dibulan Ramadhan yang mulia  kerana sakit kanser Uracal yang diketahuinya 2 minggu sebelum ulangtahun kelahirannya ke 29 tahun pada 8 Februari 2017.  Berita kesedihan penuh linangan airmata diterima dan Umi pasti dia pasrah dan redha walau berhari-hari dia menangis dan bersedih.


Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, AlFatihah

Read More