June 3, 2017

Ikan Siakap Kukus Tomyam

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah..dah masuk hari ke 8 kita didalam bulan Ramadhan dan diharap puasa kita semua diberkati dan buat anak-anak yang baru pertama kali berpuasa tu diharap masih dapat bertahan ya tapi kalau dah mak² memasak kat dapur tu mesti tergugat iman tu tapi ada jugak yang dah dewasa pun pasti tergugat lebih² lagi kalau bau tomyam...memang kecur air liur ni kan.

Resepi yang Umi kongsi ni sangat mudah dan cepat dalam kurang 30min dah siap jadi mak² tak perlu masak awal sebab takut ada yang pecah puasa hehe



Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap, disiang, dibasuh dengan limau kasturi
  • 1 batang serai - diketuk
  • 4 ulas bwang putih - dihiris
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 2-3 biji cili padi - diketuk (untuk lebih rasa pedas)
  • 2 biji tomato dibelah 5
  • Bunga kobis (cauliflower) dipotong kecil - kalau suka
  • Sedikit sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • 2 ikat daun ketumbar
  • Daun bawang dan daun sup - sebagai hiasan

Cara-caranya:

  • Lumurkan ikan dengan sos tiram dan masukkan dalam loyang
  • Bancuhkan pes tomyam dalam 1 cawan air.
  • Masukkan bancuhan pes tomyam, halia, bawang putih, bawang merah, ketukkan serai, daun ketumbar serta garam kedalam loyang berisi ikan. Kukus selama 15 -20 minit
  • Buka penutup kukusan, terbalikkan ikan, masukkan tomato, bunga kobis, cili padi dan tutup kukusan dan dikukus lagi 5 minit.
  • Akhir sekali, masukkan jus limau dan kacau perlahan.  Kukus lagi selama 2 -3 minit
  • Tutup api dan masukkan daun bawang sup dan bawang 
  • Info:
  • SSL ni bukan la rajin benor, jadi kekadang tu memasak ikan kukus ni guna pengukus, kekadang guna periuk serba guna yang adik ipar beli kat HIG Langkawi tu.


Selamat mencuba

xoxo, Umi Fuzy



No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!