Kenangan Raya

Assalammualaikum

Lebih kurang 3 hari lagi kita dan semua umat Islam akan menyambut hari raya..entahlah perasaan suka dan duka bercampur gaul setiap kali Syawal dan setiap tahun perasaan tu berbeza.  Kalau 15 tahun dulu 2 - 3 hari sebelum balik kampung Umi dah rasa macam sedih sebab nak tinggalkan Kuala Lumpur dan beraya di kampung halaman en suami dengan perasaan tu tetap berbelah bagi tapi kena akur kan sebab bila dah kahwin ni si isteri kena taat dan kita perlu bertolak ansur. Nak balik kampung pun satu hal lagi dengan anak-anak yang masih kecil lagi rasa renyah sebab nak mengemas pakaian tapi nasib baiklah en suami memang seorang yang rajin membantu, selain membantu kerja-kerja dirumah tapi memang membantu dalam semua hal.  Kiranya tu suami mithali kan dan betapa beruntung Umi dan sesiapa dapat suami macam tu.

Seperti kebiasaan kami akan bertolak balik ke Kedah lepas jam 12 malam dan selalunya en suami akan tidur dan berehat sebelum memulakan perjalanan. Kalau dulu 15 - 20 tahun dulu kami akan berhenti di R&R untuk makan dan berehat tapi sejak 7 tahun lalu Umi lebih suka memasak samada bihun atau nasi lemak sebab dah jemu menunggu untuk dapatkan makanan dan selalunya makanan tu mengecewakan dari segi rasa dan kekadang tu sejuk gedi.  Jadi kalau dah makan tapi asyik nak komplen sebaiknya memasak walaupun sebenarnya memenatkan diri kan.

Sejak kematian ibu mertua pada tahun 2011 dan diikut perginya ayah mertua pada tahun berikutnya corak perjalanan kami balik kampung turut berbeza dan kalau sewaktu mertua masih ada en suami akan nak segera sampai ke kampung tanpa menyinggah ke rumah kakak atau sedara mara yang lain tapi sekarang semua berubah dan kami tetap balik kampung tapi mood tu sangat berbeza.  Keceriaan kami kalau berada dikampung semakin ketara berubah bilamana anak buah lelaki en suami pergi menyahut illahi juga pada tahun 2011 sewaktu Umi di Dubai dan diikuti kematian ayah mertua dan 3 tahun lepas perginya anak perempuan sepupu en suami yang juga tukang jahit peribadi menemui Illahi. Kehilangannya sangat terasa sebab rumah dia disebelah rumah mertua dan setiap pagi raya dia akan terjah kami dan paling diingati betapa dia sangat ringan tangan dan pandai dalam mereka ubah hantaran dan sentiasa ada bilamana ada kenduri kendara dikampung atau di Kuala Lumpur. AlFatihah buat mereka semua dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
rasanya sawah yang mana padi baru menampakkan buahnya bijinya(eh panggil buah ke biji ek...)
Pandangan belakang rumah en suami yang sejuk mata memandang dan mendamaikan.  Pemandangan yang sangat berbeza dan memang Umi akui telah jatuh hati dengan tempat kelahiran suami yang penuh dengan ketenangan dan tanpa perlu tergesa-gesa dan bersesak.  

Bendang yang menunggu waktu sebelum dibajak dan digembur untuk penanaman semula (kalau tak silap la tu antara prosesnya, kalau salah tu maaf la noo)
Pemandangan sawah padi kalau disini kami panggil bendang yang telah diambil hasilnya, masih menarik dan anak-anak akan berlari-lari dalam bendang.  Pulang ke kampung dalam pelbagai situasi yang berbeza antaranya sewaktu padi ditanam, padi mula meninggi, padi mula matang, padi dituai kemudian sawah dipenuhi air mengalahkan kolam renang bersaiz olimpik atau waktu bendang kering dan dibajak sebelum padi ditanam semula dan waktu ni aktiviti membuat wau dan melayangkan wau seperti suatu pesta.

menikmati ikan yang fresh dibakar menggunakan sabut kelapa dan menaikkan harum masakan
Bantut Ikan Haruan atau Pais | Ni la antara makanan yang akan dihidangkan buat kami sekelurga atau Ikan Terubuk Bakar yang sedap dan kebijaksanaan ibu mertua dan orang disini yang pandai membuat teknik pada ikan supaya tulang ikan terubuk yang banyak tidak menyusahkan kami yang memakannya.  Malang sekali Umi tak sempat belajar teknik ni sebab Umi ni agak ego kot *sobss* dan rasa menyesal pun ada jugak sekarang ni.  Tapi yang bestnya kat kampung en suami ni ikan-ikan memang sangat fresh dan kat pasar adalah ikan-ikan yang baru naik dari laut.

Umi tak risau bila anak-anak nak naik basikal mengelilingi kampung 
Anak-anak pun seronok bermain tanpa rasa risau dengan kenderaan sebab di kampung ni umpama sebuah pulau bersambung dengan pulau-pulau lain yang rata-rata punya 2 -3 buah rumah dan dipulau kami ni punyaa 4 buah rumah antaranya kepunyaan ayah mertua, 2 orang kakaknya dan sebuah rumah sepupunya dan kat sinilah keakraban sangat ketara dan budaya kunjung mengunjung dan bila mengunjungi kaum kerabat pasti ada buah tangan antaranya kuih raya hasil tangan diaorang. Memang penat bila ramai mengunjungi rumah dan makan-makan sampai kembung perut..hahaha

gambar masa anak-anak masih disekolah rendah sedang seronok bermain bunga api dan mercun 
Antara aktiviti malam raya, pastinya pemainan mercun dan mercun karbaid tapi selamat sebab yang pasang mercun ni anak-anak muda yang dah dewasa dan memang taraf expert dan seronoknya diaorang ni berlawan bunyi mercun siapa yang kuat antara pulau-pulau yang berdekatan dan kalau kat sini memang kami yang dewasa pun turut meramaikan halaman dan masa nilah Umi benarkan anak-anak perempuan bermain mercun dan bunga api.

Ok tu antara kenangan raya yang Umi ingati sepanjang Umi menjadi sebahagian ahli keluarga en suami.  Nanti kalau ada kesempatan Umi cerita lagi sebab kemeriahan disini tak sama macam kemeriahan di bandar sebab di Kuala Lumpur Umi punya mak dan abah serta adik beradik yang ramai dan kami sangat rapat dan kenangan raya di bandar sewaktu Umi masih remaja dan bujang tetap dalam lipatan kenangan yang indah walau tidak sedamai kenangan raya di Kerpan, Ayer Hitam, Kedah Darul Aman.

P/S Dan tika ini Umi sekeluarga dalam perjalanan balik ke kampung dan semoga kami perjalanan kami dilindungi kami sampai dengan selamat. Aamiin.

Salam Aidil Fitri dari Umi buat semua.
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!