Kerabu Tembikai Utara

Assalammualaikum

Masak apa hari ni tu? Umi nak kongsi resepi sangat ringkas tapi sedap la ikut selera orang Utara ni.  Kerabu buah tembikai ni memang rare rasanya buat orang KL macam Umi dan mungkin juga dari orang-orang negeri lain kan tapi boleh la mencuba bila ada lebihan tembikai tapi jangan guna bahagian isi yang merah manis tu pulak dan kalau tak nak boleh jer buat jus atau kalau orang Utara diaorang akan makan tembikai dengan nasi macam ulam tanpa sambal gitu


Siapa pernah makan dan pernah buat kita geng! hehe




Bahan-bahan:
Tembikai
Belacan
Cili api - dihiris
Cili masak - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris


Cara membuatnya-

  • Kikis isi tembikai dengan menggunakan sudu tapi jangan sampai korek sampai ke kulit pulak ya.  
  • Dalam besen pulak hancurkan belacan dengan sedikit air, gaulkan dengan bawang, cili api dan cili merah.  Bila dah sebati, masukkan tembikai dan gaul, masukkan garam sesedap rasa.
  • Dah boleh dihidang dengan nasi panas


Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

6 komentar:

  1. Wa'alaikumsalam,, aku gak masak nih teh..hehe
    Kebetulan mau ada acara bukber jadi makan diluar.

    Namanya masih asing ditelingaku ini teh, tapi ini ko semacam es campur gitu atau bukan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Andi..ini buah watermelon tapi bukan isi yg manis dibuat kerabu..

      Delete
  2. senang je nak buat..alahai..sedapnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah jer cik Miera...pejam mata pun boleh buat..hehe

      Delete
  3. Macamana ye rasanya..tak pernah rasa. Mesti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi sy rasanya sedap ada manis dan masin tapi tak rasa pelik...cuba la

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!