June 22, 2017

Puding Roti Sos Kastard

Assalammualaikum dan selamat petang.

Puding Roti dengan sos kastard ni memang kegemaran anak-anak dan kalau ni la antara menu hujung minggu lepas tapi baru sempat nak buat entri.


Bahan-bahan untuk puding roti
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis (ikut suka banyak mana nak letak pun tak pe)


Bahan-bahan untuk sos kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


Cara membuatnya:
  • Masukkan susu segar, gula halus, telur dan esen vanilla dalam satu bekas.  Kacau hingga sebati guna mixer atau guna blender.  Jangan terlalu kembang tapi cukup sekadar telur tu pecah dan sebati dengan bahan yang lain.
  • Carikkan roti dalam 4 bahagian (atau ikut kesukaan), masukkan dalam bekas adunan yang dipukul biar meresap sekejap.  Masukkan marjerin yang telah dicairkan serta separuh kismis dalam bekas dan digaul sedikit.
  • Sapukan sedikit majerin dalam loyang untuk membakar.  Tuangkan roti yang telah direndam tadi.  Taburkan kismis keatas adunan.  Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.  Kalau takut terhangit, 

Cara membuat sos kastard
Satukan bahan-bahan sos kastard kedalam periuk, dikacau hingga sebati kemudian dimasak dengan api sederhana.  Teruskan dikacau sampai pekat.  Kepekatan tu terpulang tapi jangan terlalu cair atau terlalu pekat.  

Puding roti yang telah siap dibakar, boleh la dipotong dan dijirus/dituang dengan sos kastard dan dimakan.


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!