Salam Aidil Fitri 1438.. syoknya balik kampung

Assalammualaikum

Sebenarnya entri ni dah sepatutnya keluar 28 Jun lepas tapi saja diperam sebab balik dari kampung jadi kelam kabut sikit mana taknya kami kena kembali ke Kedah untuk daftar masuk KC Nur Iman ke Politeknik pulak. Macam mana pulak raya korang tahun ni bertemu keluarga tercinta atau cinta hati ka tak pun menerima cinta hati macam sorang blogger tu yang bertunang 28 Jun yang lalu. Tahniah buat +Noor Maizan >> she is taken okay hehe dan Kong (nama panggilan manja la tu hehe) dan Umi doakan yang terbaik dan semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala perancangan dan disatukan dengan ikatan yang sah dan berkekalan hingga ke Jannah.  

23 Jun / 28 Ramadhan : Umi dan keluarga Iftar di rumah mak dengan lauk pauk yang ringkas jer ayam goreng tomyam, sayur campur cendawan chitake, ikan jenahak putih masak cuka dengan roti john dan kuih-muih dari bazar Ramadhan.  Ingat lepas iftar boleh ambil baju raya KY dan KC yang ditempah dari anakbuah tapi tak siap pulak tu nasib baik call dulu. Kesian Y dan KC sebab katanya boleh siap jam 11 malam tapi bila pergi..pun tak siap lagi sebab 3 hari sebelum tu mesin rosak..*sobs*. Yang geram tu en D'hubby pulak sibuk nak bertolak awal jam 10 malam tak seperti tahun-tahun yang lepas sebab nak elak jem dan dah janji nak bersahur di Penang pulak dah..haishhh.  Maka terjadilah ketidakpuasanhati tapi masih kelakar la dengan drama D'hubby konon nak suruh anak menakan dia mai ambik dia balik kampung...jadi sepanjang jalan tu memang kena bahan la dengan kami bila ada ruang je memang dia kena hehe.  Kata anak buah baju akan siap 3 jam lagi tapi bila kami sampai rumah dia jam 11 malam...memang betul tekaan D'hubby...tak siap! Tarik nafas dan sunyi sepi KY dan KC tapi ada baju raya ke tak dak tetap jugak balik kampung..sebenarnya tu la kali pertama diaorg tempah sendiri pastu siap design sendiri baju tu..tapi tak dak rezeki utk bawak balik kampung kan. Apa-apa pun memang kami bertolak behind time dan jam 1115 malam baru bergerak menuju destinasi...Kedah kami nak mai!!! hehe

Apa yang seronok kali ni sepanjang bulan Ramadhan, kesemua anak2 Umi ada dan Aidil Fitri kali ni pun semua sekali turut balik jadi ada 4 driver kalau yang berlesen ;D

Memandangkan tak nak turut serta dalam kesesakan jalanraya, kami ikut jalan melalui Ulu Yam..melalui jalan lama dengan cukup selesa walau jauh tapi tak tersekat dikesesakan jalan raya dan seterusnya masuk ke lebuhraya dari Kuala Kangsar dan Alhamdulillah kami sampai ke rumah adik ipar jam 0430 pagi mengikut waktu dalam waze..thank you waze..hehe

Kalau sesiapa nak tengok pelbagai panjut kena ikut jalan lama dan panjut² ni boleh kita tengok terutama di Kuala Kangsar, Sayong, Padang Rengas dan banyak daerah di Perak ..ishh memang cantik bebenor Yong!

24 Jun / 28 Ramadhan: Lega dah sampai Penang..sesampai je tuanrumah dah siapkan makan untuk bersahur..untung kan! lepas solat Subuh, terus la zzzz. Jam 10 pagi kami pun bersiap untuk bertolak ke Air Hitam. Bila badan dan segar memang harus la depa nak tidur kan dan siap boleh request menu nak rendang daging campur macam Tok Mak diaorg buat setiap kali Aidil Fitri tapi kalau kat Kedah ni memang tak ler Umi nak buat sebab kat sini diaorang masak gulai daging dengan pekat  untuk dimakan dengan ketupat palas dan lemang. Demi nak jaga hati anak² kenalah buat rendang ayam dan kuah kacang..nanti resepi dia Umi kongsi naa.  Jadi beli la ayam kat nat dekat Gunung Keriang..demi anak² penat pun kena buat tau..demi kasih sayang tau!

pemandangan indah saujana mata memandang dan menyejukkan bila berkunjung ke rumah pusaka mertua ni dan kali ni pokok-pokok padi menghiasi pandangan penuh kehijauan dan pokok padi sedang meniti hari untuk menerbitkan buah padi..terasa damai!!
Disebabkan kereta banyak jadi perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Penang lebih kurang 6 jam 30 min dan kemudian dari Penang ke Kerpan dalam 2 jam..haaa agak kalau ikut lebuhraya PLUS yang lebih banyak kenderaan sempena cuti perayaan ni..hehe sendiri mau ingatla kan

memang Umi layan dengar lagu Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar dari dulu sampa la ni..entah la memang menarik walau Umi tak pernah ada tragedi putus cinta lebih² apatah lagi ada kaitan dengan baju kurung berwarna biru hehe

Nota:
Tapi kalau siapa yang tak biasa dengan jalan kampung Umi tak syorkan la sebab banyak lori dan depa ni dah la kenderaan berat tapi memotong tu macam depa ringan jer.  Memang cekal dan hebat D'hubby memandu dengan selamat dan kami² pulak ada yang selamat beradu tapi Umi pulak sempat menghabiskan membaca novel online Mr & Miss Troublemaker...nanti Umi buat ringkasan cerita naa


Ok..nanti Umi sambung cerita beraya kami..








Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 komentar:

  1. Bestnyaaa tengok padiiii permandangan indah menghijauuu ~

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!