July 31, 2017

posted 4:26 PM by with 15 comments

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Assalammualaikum

Jom kita join segmen giveaway yang special ni dan buat chocolate lover kena bah join hehe

Sila klik banner untuk lanjut

Syarat-syaratnya mudah sahaja :
1. Follow Blog Sii Nurul dan Diary Nie's Gallery 
2. Like FbPage Sii Nurul
3. Buat entry yang bertajuk "Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul"
4. Letak gambar banner kat atas dalam entry post korang dan backlink ke entry post ini
5. Tinggalkan URL entry post korang kat ruang komen di bawah

Giveaway ini berlangsung bermula 25 Julai - 15 Ogos 2017. Dan senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa. Pemenang akan diumumkan pada 20 Ogos 2017 (Ahad), Insya'Allah.

3 ORANG PEMENANG AKAN DIPILIH melalui RANDOM.ORG.
Penenang bertuah akan menerima hadiah Coklat Ferrero rocher, Cadbury & Hersheys

Read More

July 30, 2017

posted 1:22 AM by with 16 comments

Review: In Love With Mr Billionaire

Okay Umi nak kongsi cerita yang Umi baca kat Wattpad...sangat menarik dan highly recommended untuk dibaca...jangan risau tiada unsur yang mengghairahkan..

Ok..ni barisan pelakon yang difikiran sipenulis dan untuk kita sama2 feeling waktu membaca..hahaha



In Love With Mr Billionaire
Penulis : Analia - blooming_rose18
Sumber : Wattpad

Emma Watson - Caroline Marshall
Liam Hemsworth - Aaron Woodwords
Candice King - Nadia Hayden
Nick Bateman - Dylan VanAssche
Mads Mikkelsen - Jim Marshall
Sandra Bullock - Juliea Marshall
Candice Swanepoel - Lahaina Marshall
Jeffrey Dean Morgan - Ethan Woodwords


Caroline berusia 22 tahun membesar tanpa ibu yang telah dihalau 8 tahun yang lalu dan menetap bersama bapa kandung James Marshall yang tidak pernah menyayangi lebih-lebih lagi oleh ibu tiri Julieadan kakak tirinya Lahaina.  Bapanya berkahwin dengan ibu tirinya selepas sehari menghalau ibunya tanpa belas kasihan. Walau selalu disisihkan Caro (panggilan manja) dia masih ada sahabat baik Nadia dan Dylan abang sepupu yang kaya yang sentiasa mengambil berat tentang dia tapi adalah musuh kepada Aaron Woodwords.

Kisah bermula bilamana Caro terlanggar kereta mewah seorang lelaki yang sombong yang mahu dia membaiki keretanya dan Caro yang ketakutan tapi tanpa diduga melemparkan wang yang sepatutnya digunakan untuk mengambil barang kemas sikakak tiri.  Selesai melemparkan wang, Caroline berlalu pergi dengan penuh kegelisahan sebab kereta dia sendiri ada kesan perlanggaran, duit untuk barang kemas telah diserah kepada sisombong dan bila bapanya mengetahui perihal kemalangan tu langsung dia tak dibenarkan memandu apalagi bila barang kemas pun tak diambil.

Keesokkannya Caroline pergi ke tempat kerja dengan menaiki teksi dan lagi sekali dia malang menimpa bila dia kehilangan pekerjaan kerana bilionair Aaron Woodwards membeli restoran tempat dia bekerja termasuk seluruh bangunan.  Setiba dirumah dia diberitahu dia dimestikan ke suatu majlis buat pertama kali bersama bapa, ibu dan kakak tirinya dimana Lahaina ingin mengoda seorang bilionir yang kacak dan diminati ramai. 

Kejutan bertambah buat Caroline kerana bilionair yang ingin dipikat Lahaina adalah Aaron Woodward empunya kereta mewah yang dilanggarnya. Kegusaran Caroline bertambah bila sibilionair mengajak dia menari namun akur setelah bapanya memberi keizinan tapi siapa berani mengatakan tidak kepada Aaron yang kaya dan tegas..Rupanya si bilionair tu memang mencari Caroline satu-satunya orang yang berani melemparkan wang ke muka dia.

Sewaktu pulang siibu tiri dan kakak tiri tu pun melepaskan marah sebab terkejut atas apa yang terjadi tidak seperti dirancang oleh bapanya.  Dengan rasa sedih dan mengantuk Caro mendapat panggilan telefon dari Aaron...dan Aaron menawarkan kerja untuknya tapi mana mungkin sebab pasti dia kena kerja dgn syarikat keluarganya walau itu bukan kemahuannya.

Watak Aaron yang sangat protective ni seakan watak Kamal Noah dalam novel Tunggu Dulu Cinta..klik SINI

Pertemuan sekali lagi dengan dinner date membuatkan Caro jatuh hati kepada Aaron namun bertemu di suatu majlis amal yang dihadirinya bersama Dylan setelah diminta Aaron membuat Caro patah hati dan lebih parah bila Aaron berkunjung kerumahnya dan melaungkan yang dia datang untuk mengahwini anak James Marshall.  Lalu Caro menghilangkan diri selama empat hari di rumah Nadia merawat hati yang lara.  Selepas beberapa hari Caro pulang kerumah dan lebih mengejutkan bila bapanya mengatakan yang Aaron menolak Lahaina tapi ingin berkahwin dengannya dan perkahwinan akan dilangsungkan dalam masa sebulan!

P/S James Marshall seorang lelaki yang licik dan mengambil kesempatan diatas kebaikan Ethan Woodward untuk membolot harta tapi Aaron seorang lelaki yang bijak dan menukar nama Lahaina kepada Caroline untuk dikahwininya didalam surat perjanjian 

Selepas berkahwin konflik demi konflik berlaku dengan rahsia kontrak perkahwinan yang akhirnya diceritakan kepada Caro dan pertemuan dengan ibu kandungnya atas usaha Aaron dan bagaimana Aaron bekerjasama dengan Dylan demi Caroline menjadikan cerita yang happy ending

Memang tak boleh move on bila baca cerita ni lebih-lebih lagi sambil membaca terbayang pelakon yang dipilih penulis tu..hehe

************************

In Love With Mr Billionaire
Writer : Analia - blooming_rose18
Source : Wattpad

Caroline Marshall, a sweet, innocent and cute girl, who hates rich guys since her father threw her mother away to marry another woman for money.
Living with a step-mother, a step-sister and a cruel father, her life was worse than hell.
  
Aaron Woodwords, a ruthless buisenessman, a multi-billionaire and the CEO of Woodwords corporation, has everything a person dreams of. From money to women to anything.
  
He is egoistic,  merciless and arrogant. Owners of different companies fear from him whereas women throw themselves to him. What will he do when a girl will throw money on his face for scratching his car?
  
What will happen when Caroline meets a guy who is rich, and too much proud of his money? or that is what she thinks. What will she do when she realises she is falling deeper and deeper for that guy? Will she confess her feelings for him? Will she be able to forget her dreadful past, and give him a chance?

Read More

July 28, 2017

posted 9:44 AM by with 10 comments

Benarkah kita benar-benar bersyukur


copy & paste dari group WA 

Puisi yang sangat sesuai sebagai peringatan buat kita yang hidup di zaman berleluasanya pessimism, seolah terputus sudah rahmat Allah sehingga tidak ada yang perlu disyukuri.

* Puisi terakhir WS Rendra di buat sesaat sebelum dia kembali kepangkuan Ilahi*

                               
Hidup itu saperti WAP,  yang sebentar saja kelihatan, lalu lenyap !!
Ketika Orang memuji MILIKKU,
aku berkata bahwa ini HANYA pinjaman saja.

Bahwa kenderaanku adalah pinjaman-NYA,
Bahwa rumahku adalah pinjaman-NYA,
Bahwa hartaku adalah pinjaman-NYA,
Bahwa putra-putriku hanyalah pinjaman-NYA ...

Tapi mengapa aku tidak pernah bertanya,
MENGAPA DIA meminjamkan kepadaku?
UNTUK APA DIA meminjamkan semuanya kepadaku.

Dan kalau bukan milikku,
apa yang seharusnya aku lakukan untuk pemilik-NYA ini?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika pinjaman itu diminta kembali oleh-NYA?

Malahan ketika diminta kembali,
kusebut itu MUSIBAH,
kusebut itu UJIAN,
kusebut itu PETAKA,
kusebut itu apa saja ...
Untuk melukiskan, bahwa semua itu adalah DERITA....

Ketika aku berdoa,
kuminta pinjaman yang sesuai dengan
KEPERLUAN DUNIAWI,
Aku ingin lebih banyak HARTA,
Aku ingin lebih banyak KENDERAAN,
Aku ingin lebih banyak RUMAH,
Aku ingin lebih banyak POPULARITI,

Dan kutolak SAKIT,
Kutolak KEMISKINAN,
Seolah semua DERITA adalah hukuman bagiku.

Seolah KEADILAN dan KASIH-NYA,
harus berjalan seperti penyelesaian matematika
dan sesuai dengan kehendakku.

Aku rajin beribadah,
maka selayaknyalah derita itu menjauh dariku,
Dan nikmat dunia seharusnya kerap menghampiriku ...

Betapa curangnya aku,
Kuperlakukan DIA seolah Alat   Dagang ku
dan bukan sebagai Kekasih!

Kuminta DIA membalas perlakuan baikku
dan menolak keputusan-NYA yang tidak sesuai dengan keinginanku ...

Padahal setiap hari kuucapkan,
*_Hidup dan Matiku, Hanyalah untuk-MU

Mulai hari ini,
ajari aku agar menjadi pribadi yang selalu bersyukur
dalam setiap keadaan
dan menjadi bijaksana,
mau menuruti kehendakMU saja ya ALLAH ...

Sebab aku yakin....
ENGKAU akan memberikan anugerah dalam hidupku ...
KEHENDAKMU  adalah yang ter BAIK bagiku ..

Ketika aku ingin hidup KAYA,
aku lupa,
bahwa HIDUP itu sendiri
adalah sebuah KEKAYAAN.

Ketika aku berat utk MEMBERI,
aku lupa,
bahwa SEMUA yang aku miliki
juga adalah PEMBERIAN.

Ketika aku ingin jadi yang TERKUAT,
....aku lupa,
bahwa dalam KELEMAHAN,
Tuhan memberikan aku KEKUATAN.

Ketika aku takut Rugi,
Aku lupa,
bahwa HIDUPKU adalah
sebuah KEBERUNTUNGAN,
kerana AnugerahNYA.

Ternyata hidup ini sangat indah, ketika kita selalu BERSYUKUR kepada NYA

Bukan karena hari ini INDAH kita BAHAGIA.
Tetapi karena kita BAHAGIA,
maka hari ini menjadi INDAH.

Bukan karena tak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS.
Tetapi karena kita optimis, RINTANGAN akan menjadi tak terasa.

Bukan karena MUDAH kita *YAKIN BOLEH *.
Tetapi karena kita *YAKIN BOLEH *.!
semuanya menjadi MUDAH.

Bukan karena semua BAIK kita TERSENYUM.
Tetapi karena kita TERSENYUM, maka semua menjadi BAIK,

Tak ada hari yang MENYULITKAN kita, kecuali kita SENDIRI yang membuat SULIT.

Bila kita tidak dapat menjadi jalan besar,
cukuplah menjadi JALAN SETAPAK
yang dapat dilalui orang,

Bila kita tidak dapat menjadi matahari,
cukuplah menjadi LILIN
yang dapat menerangi sekitar kita,

Bila kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang,
maka BERDOALAH untuk kebaikan.

Di-Share karena ini sangat baik untuk pembelajaran kehidupan kita semua
Read More

July 27, 2017

posted 1:30 PM by with 20 comments

Tiada Cukai buat warga Malaysia disemua hotel

Image result for no tourism tax for Malaysian


Semalam penuh message kat whatsappgroup para travel agency berlesen pasal pengumuman dari Dewan Rakyat yang dibuat oleh pak menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz yang warga Malaysia adalah dikecualikan dari kena cukai di semua hotel yang depa buat tempahan tak kira la hotel mewah atau taraf takde bintang tu.  Sebelum ni dia dok cakap kena cukai bila menginap di hotel walau taraf bajet dan keatas...semalam ni lain pulak..baguih la noo. 

Walaubagaimanapun para pelancong luar akan dikenakan cukai sepertimana yang diwar-warkan tu.  Tapikan bagi Umi tetap la kita akan kehilangan pelancong atas banyak faktor tapi biarlah Umi malas nak nyatakan sebab rasanya semua sedia maklumkan dengan penat nak fikir tentang pihak tanpa lesen yang menjual pakej pelancongan..ya la yang berisiko bukan kami tapi orang yang membeli...semua tu terletak atas tanggungjawab sendiri *sighh

No automatic alt text available.

Pada 25 Julai negeri Selangor dah tolak cukai pelancongan ni sebab akan menyebabkan kesan negatif dan tidak sesuai malah akan melembabkan ekonomi negara terutama dalam bidang perhotelan dan hospitaliti.

Apa itu Cukai Pelancongan?
Cukai Pelancongan adalah caj tambahan yang dikenakan keatas pelanggan untuk penginapan dihotel dan tambahan keatas cukai perkhidmatan 10% dan GST 6%. Pihak Kastam mengesahkan yang cukai pelancongan akan dikira berdasarkan rating hotel - dari 5 bintang ke bajet hotel

Berapa yang pelanggan kena bayar?
1. 5 bintang - RM20/malam/bilik
2. 4 bintang - RM10
3. 1 - 3 bintang : RM5
4. 1 ke 3 Orkid - RM2.50
5. Bajet - RM2.50

Mungkin ramai tak tahu dan mesti tertanya apa tu Orkid?  Selain rating yang dikenali antarabangsa pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah memperkenalkan Orkid sebagai rating yang menunjukkan jenis penginapan bajet.

Tarikh perlaksanaan cukai pelancongan ini dikatakan akan bermula pada 01 Ogos 2017  dan ada akhbar yang mengatakan ini belum diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan si menteri menafikan. Okay..tak nak bercerita kisah lanjut..simpan jer na

Jadi kita tunggu jer la kot2 ada perubahan dan mana tau kot sebaliknya.

Read More
posted 10:09 AM by with 5 comments

Didi The Cat Charity | Lets Donate Food For Stray Cats

Assalammualaikum

Umi bukan Cat lover tapi banyak la jugak kucing kat rumah..bukan kucing import tapi hanya kucing kampung, kucing jalanan atau stray cat yang singgah kat rumah dan beranak pinak.  Kat dalam rumah pulak ada 3 ekor yang tak dibenarkan keluar kecuali dengan pengawasan iaitu Rey aka kakak, Oli dan Simmy yang buta dan yang lagi 2 tu Ilo dan Chiko memang boleh keluar masuk sesuka hati tanpa halangan. Kat luar pulak ada simama dgn 3 ekor new born dan pendatang baru tak baru la jugak yang 3 ekor digelar 3 Abdul, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub 0≦

Jadi kat sini Umi nak share hebahan dari blogger +Uyul Rosli cantik mana tau kot2 ada yang sudi membantu menjayakan charity ni.



****************************************
PESANAN FOUNDER:
****************************************

Didi The Cat Charity is a small organization to help out stray cats in Malaysia. Its a platform to give a chance to cat's lovers to spread their love. We are currently based in Penang as we are helping out all the free Cat's Sanctuary here cause most of this sanctuary need help from the society.

We dont accept any money, but we are welcoming Cat's food donation . They need help with this as cat's food is very expensive and lots amount of cats here need lots of food too. We dont have any specific requirement for the cat's food, we even accept the balance of your cat's food as long as you sincere to donate! Here got hundreds of cats that will tell God how generous you are.

Any question you may call me at 016 8228854 and if you want to know more about this new organization you can go to www.didithecatcharity.blogspot.com
****************************************

Read More

July 26, 2017

posted 11:49 PM by with 7 comments

Printcious - Get your gift personalised and customised

Guess most of us have experienced hard time when come to choose a gift or present to your loved ones, on their birthday, new born or even for wedding and most of us always wanted to make the gift to be something different and to be remembered. Well worry no more now because what you have to do is just browse this website https://www.printcious.com/my and your problem will be solved without hassle yet you can get the gift to be personalised and CUSTOMISED all the gifts too!


Who doesn't like a personalised and customized gifts? especially when a your husband/wife, boyfriend/girlfriend or even your dear friend make it personalized and specially for you with your names or your picture  or perhaps picture of you and her/him together, don't this sound precious as it is ONLY for you! 

There are many items to choose here in Printcious from T-shirts, Mugs, Ceramic, Cushion, Canvas, Puzzle and many more and these are all for your loved ones and of course will make them excited and impressed!

It is very easy as this Printcious website is making your effort easy with their customized tools.  

How to do it?

First click on the Create and choose the item

Choose and create your cushions


Now time to customized your  cushion either with text or image as you like. It is not that difficult and tedious at all, it is as easy as uploading the images your wanted  

When you done with design, text and color, if your image is big, right click on it and edit, crop or delete the image and change to new image then hit the blue button customize it.  
Then check for no of quantity your need then add to Cart


You are done with your order


Hit the green button check out and continue add the necessary details for shipping address, shipping method that you wanted and payment method.
By the way, FREE SHIPPING RM10 for purchase above RM70 in single order for West Malaysia

Payment are accepted with numbers of banking institution at your own ease.
Good luck! 

Worry that you might not like it? Printcious promised 100% satisfaction! If you don't absolutely love it, they will take it back - email ask@printcious.com

and more for you to know that:

  • Printcious offer replacements and refunds for defective items IF the defects occurred during delivery
  • The return process is simple.  Just take a photo on the defective goods, parcel and consignment note then email to feeback@printcious.com
  • Printcious will bear the shipping charges for replacements
  • The return policy will only be effective for a period of one(1) week from the time you receive it from the shipping agent

Dont wait any longer guys check out the best offer for Parent's Day with an  offer up to 30% discount valid till 29 July and don't forget to use the code PARENTS

For more details, check out the following 

Website
http://www.printcious.my/

Facebook
http://www.facebook.com/printcious

Twitter
https://twitter.com/printcious

Blog
http://www.printcious/blog/

Instagram
https://www.instagram.com/printcious/

Printcious.com - "Precious Gifts From Your Heart"

Read More
posted 11:00 PM by with 6 comments

Farewell Chester

Well I am not a fanatic fan of Linkin Park but somehow I do like their songs and know bits and pieces some of their top songs too.  No doubt with their loud music it do catch my ear for the decent ones and good vocal of the singer, Chester Bennington who had recently hanged himself that really gives a shock to the entertainment industry..well he is only 41..so that is considered young and still at fame.

Well it seems that he have followed the footstep of his good friend Chris Cornell when he hanged himself on 18 May 2017.

RIP Chester Charles Bennington (20 March 1976 - 20 July 2017)

Numb have been always my favorite tune along with Heavy, In The End, Burn it Out, Somewhere I belong and few more to mention *sigh

Numb
I'm tired of being what you want me to be
Feeling so faithless, lost under the surface
I don't know what you're expecting of me
Put under the pressure of walking in your shoes
(Caught in the undertow, just caught in the undertow)
Every step that I take is another mistake to you
(Caught in the undertow, just caught in the undertow)
[Chorus]

I've become so numb, I can't feel you there

Become so tired, so much more aware

By becoming this all I want to do

Is be more like me and be less like you

Can't you see that you're smothering me?

Holding too tightly, afraid to lose control

'Cause everything that you thought I would be

Has fallen apart right in front of you

(Caught in the undertow, just caught in the undertow)

Every step that I take is another mistake to you
(Caught in the undertow, just caught in the undertow)
And every second I waste is more than I can take!

[Chorus]

And I know I may end up failing too

But I know you were just like me with someone disappointed in you

[Chorus]

I've become so numb, I can't feel you there

I'm tired of being what you want me to be

I've become so numb, I can't feel you there

I'm tired of being what you want me to be

Songwriters:
Shinoda, Mike / Dleson, Brad / Bennington, Chester / Charles / Bourdon, Robert G / Farrell, Dave /Hahn, Joseph

heavy feat Kiiara
burn it down


somewhere I belong
Read More

July 25, 2017

posted 1:14 PM by with 19 comments

Korang dah cuba perkhidmatan MRT ?

Siapa dah mencuba perkhidmatan MRT..cer angkat tangan..hehe.  Umi pun dah cuba tapi bukan yang percuma tapi dah pada hari Jumaat yang lepas sewaktu menghadiri Rumah Terbuka buat agensi pelancongan di Muzium Negara. Sebelum tu punya la jenuh nak fikir kalau turun kat KL Sentral nak menapak jauh kot untuk naik MRT kat Muzium dan nasib baik la tanya pada Lewis kawan Umi berasal dari Sarawak tapi pakar perihal kenderaan awam ni..hehe buat malu jer jadi org Key Ell kan..hehe

Memang mudah dan waktu Umi guna perkhidmatan ni MRT masih bagi potongan harga sebanyak 50% sehingga 31 Ogos..so apa lagi cuba la.

Buat kita pengguna, sama-samalah kita menjaga kebersihan, keselamatan dir dan hargai kerana kita yang menanggung kos perbuatan ni sebenarnya 



untuk menaiki MRT dari stesen Pasar Seni ni kena turun 3 level yang kadar kecuraman yang sangat curam...maaf la Umi tak survey pun berapa ketinggian tapi memang tinggi..

dalaman yang luas dan lebar..

kalau ramai yang menggunakan MRT memang tak perlu risau sebab tampak selesa
escalator MRT ni dah la tinggi dan laju jadi buat semua pengguna kena lebih berhati-hati jangan sibuk nak berselfie atau pun bermessage kang tak pasal-pasal keluar dalam berita pulak
Ok Umi nak kongsi berita yang DH tunjuk semalam.  Tak pasti bila kejadian ni dan dari mana kemana cuma DH ada tunjuk seorang ibu menyangkut buaian dalam tren MRT? what the? goshh..awat la bagi malu kat orang Melayu jer nii dan tu ada pulak yang bagi anak berdiri kat atas kerusi..dua2 kejadian ni memang merbahaya buat sianak jugak untuk orang lain.  Buatnya MRT berhenti secara mengejut..siapa nak disalahkan? Macam mana kot nak educate orang kita ni..biar bijak berfikir dan fikirkan keselamatan diri dan orang sekeliling.  Harap sipembuat dan sesiapa saja yang tengok gambar ni yang dah tular tu tolonglah berubah na

Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen
sungguh bahaya bila budak tu berdiri..sikit jer jijak kerusi tu
Read More
posted 11:18 AM by with 4 comments

Kasih Hingga ke Akhir Nyawa

Umi dapat kisah ni dari group whatsapp baru-baru ni yang membuat Umi menitis airmata..baca dengan tenang dan hayatilah.  Diharap suami/isteri dan anak² serta kita sendiri  mampu berbakti kepada keluarga tercinta

Image result for cinta hingga ke jannah

Alkisah seorang Ustazah mendapat panggilan untuk menguruskan jenazah seorang ibu dan tanpa berlengah dia bergegas ke rumah sipemanggil yang terletak tidak jauh dari rumahnya.  Memang ramai yang hadir selain sanak saudara dan memandangkan hari sudah bertukar malam..jadi jenazah dibersihkan dengan mengelap tubuhnya sambil dibantu anak²nya yang empat orang, dua lelaki dan dua perempuan dan ada diantaranya sudah berkahwin
"Mungkin ada yang akan berkata..kenapa tak simpan hari yang sama sebab cuma lewat petang dari menyiksa mayat... sebaiknya disegerakan..Wallahualam
Keesokkan paginya Ustazah hadir untuk memandikan jenazah..salah seorang anak perempuannya datang kepadanya meminta agar mereka diajar untuk memandikan jenazah siibu dan meminta tunjuk ajar dari Ustazah. Malah anak² lelakinya serta sisuami turut serta dan tugasan memandikan jenazah dibahagikan.  Sisuami ditugaskan membersihkan bahagian kepala, anak lelaki dibahagian kaki dan anak perempuan dari bahagian badan membawa ke paha.  Apabila diserahkan sarung tangan mereka menolak dengan lembut dan berkata "masa kecil, ibu mandikan kami tak pernah pakai sarung tangan"

Ketika suaminya membersihkan wajah isterinya, sambil mengosok lembut wajah jenazah isterinya dia mengungkap satu persatu kenangannya ketiak hidup bersama " Sayang..inilah wajah manis yang abang tatap mas hidup..inilah wajah yang abang pernah sayang..wajah yang pernah jadi isteri abang. Selesai dimuka sisuami beralih pula kemulut dan mengungkap " sayang..inilah mulut yang selalu senyum pada abang..inlah mulut yang selalu berbual dengan abang..hiburkan abang selama ini..mulut yang berikan abang semangat ketika berdepan masalah" diungkap dengan linangan air mata.

Selesai bahagian siayah, dua anak perempuanya mengambil tempat dan sambil membersihkan tangan siibu, anak-anaknya meluahkan segala jasa ibu mereka : Ibu inilah tangan yang besarkan kami, didik kami, tangan inilah yang suapkan makanan ke mulut kami..inilah tangan yang dodoikan kami..jari jemari inii yang kesatkan airmata kami..tangan ini juga yang dukung kami sewaktu kecil" "ibu jasa ibu amat besar" tutur seorang anak perempuannya sambil mengalirkan airmata.  Apabila sampai ke perut, seorang lagi anak perempuannya bersuara " Ibu..inilah perut yang mengandungkan kami..terima kasih ibu..larhirkan kami..didik dan besarkan kami" ungkap sianak sambil air mata terus bercucuran. Bukan hanya mereka, malah Ustazah dan saudara mara yang menyaksikannya turut menangis dengan suasana waktu itu terasa begitu hening..suasana sangat memilukan, menyaksikan dan mendengarkan kata-kata ikhlas dari sisuami dan anak-anak.

Apabila semua selesai, Ustazah mengambil giliran untuk membersihkan bahagian dubur tapi sisuami meminta untuk melakukan sendiri dengan berkata " ni isteri saya, biar saya yang buat..Ustazah ajarkan saya" tutur sisuami. Ustazah pun mengarahkan sisuami supaya menekan perut secara perlahan2 untuk mengeluarkan najis didubur.  Semasa si suami melakukannya dengan menekan lembut perut isterinya sisuami bersuara 'Sayang, ini rahim yang melahirkan anak2 kita, memberikan zuriat kepada kita, terima kasih sayang" tutur sisuami dengan lembut dan mata berkaca².

Selesai memandikan, jenazah dibawa keruang tamu untuk dikapankan dan  si suami dan anak²nya yang mengambil tempat untuk bersama2 membuatnya dengan bantuan Ustazah walau mengambil masa yang agak lama namun selesai dengan mudah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Selesai menyimpan mayat, sisuami meminta izin untuk membacakan talkin buat isterinya dari suami Ustazah yang sepatutnya mengambil tugasan.  Si suami dengan keadaan suara yang serak keran amasih bersedih memulakan bacaan, bacaan yang memang lain sekali dari kebiasaanya " Sayang, hari ini adalah hari terkahir kami dimuka bumi ini, kamu berpisah dengang anak², kamu berpisah dengan abang, Sayang, malam ini abang akan berteman hanya dengan anak2 disisi abang

"Sayang, nanti akan datang malaikat Mungkar dan Nakir bertanya, siapa tuhan kamu? siapa Nabi kamu? Apakah agama kamu? Appakah kiblat kamu? apakah pegangn iktikad kamu? Siapakah saudara² kamu? Abang minta tolong sayang jawablah dengan tenang, dengan lancar, bahawa Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, AlQuran petunjukku, Orang Islam adalah saudara² ku, tutur si suami dengan sebak.  

Si suami menyambung, nanti kita akan jumpa disyurga, Sayang tunggu abang di Syurga. Abang akan tetap merindui hingga kahir hayat abang

Satu drama yang dikatakan benar² berlaku, memperlihatkan kasih sayang, kejujuran, kesetiaan dan cinta yang tulus ikhlas dari seorang suami kepada isteri, kisah kasih sayang antara anak² dan ibu dalam keluarga ini yang menghargai seorang isteri dan ibu hingga ke akhir hayat.  Sungguh bertuah jenazah seorang wanita yang memiliki suami dan anak² seperti ini.

Pasti yang membaca dan siapa juga yang berada ditempat kejadian akan merasa terharu betapa seorang suami menyayangi, menyanjungi pengorbanan isteri dan anak-anak yang menghormati serta tidak berkira buat kali terakhir untuk ibu yang pergi dan tidak akan kembali.  Seorang isteri, ibu yang pasti akan diingati yang berkorban tanpa mengenal lelah buat keluarga tercinta.

Memang sedap pulak dengar lagu dan cerita kat atas tu menambahkan rasa sebak bila dengar lagu ni walau lagu ni bukan pasal kematian pun tapi macam cinta si suami hanya untuk arwah..*sobsss


Rupanya lagu Wahai Kekasih dari kumpulan Katahati ni juga OST untuk Suri Hati Mr Pilot dan pertama kali tengok cerita Azril dengan Izreen Azmida dalam Lelaki Macam dia yg diadaptasi dari novel Mamat Muka Selenga

Cinta ini hanya untukmu
Cinta ini hanya milikmu
Takkan mungkin aku bertahan
Bila berpisah dengan kamu

Maafkanlah aku kasihku
Bila ada luka dariku
Ku berjanji demi hidupku
Ku akan menjaga hatimu

Wahai kekasih pujaanku
Terimalah cintaku
Ku ingin memilikimu

Wahai kekasih impianku
Terimalah diriku
Apa adanya aku

Maafkan aku kasihku
Bila ada luka dariku
Ku berjanji demi hidupku
Ku akan menjaga hatimu

Wahai kekasih pujaanku
Terimaklah cintaku
Ku ingin memilikimu

Wahai kekasih impianku
Terimalah diriku
Apa adanya aku

Wahai kekasih pujaanku
Terimalah cintaku
Ku ingin memilikimu

Wahai kekasih impianku
Terimalah diriku
Apa adanya aku

Maafkan aku kasihku
Bila ada luka dariku
Ku berjanji demi hidupku
Ku akan menjaga hatimu


Read More

July 24, 2017

posted 11:36 PM by with 10 comments

Pros and Cons in blog re-branding

Regret? kind off actually after what I am facing now especially the drastic drop of my pageviews but I tried to be positive as much as I can.  When there is will there is way! So now here I am sharing points for everyone (well not a pro yet still a learner that doesnt mean that I shouldnt share my points rite!) hehe

Image result for rebranding


Here are the stuff that we (me actually!) need to look into and my point of view in changing my page from sweetsourleyra.blogpspot to umifuzy.blogspot.com.  Gosh its scary but I need to change it desperately (see how bad it is! haha silly me!) its difficult for someone or readers to chew what is the sweetsourleyra and to relate as if the blog is about cooking recipe or worst case its like the topsy turvy live..ohhh NO.

So on 25 May I have decided to end what have haunting me and change.

P/S : Thinking of changing domain is still lingering doubts in my mind!!!!


Pros
  • Have the opportunity to re-brand yourself according to name that you want
  • Pick a name that is different or perhaps unique
  • Pick an original name or whatever name that suits you and you can ensure no one else has. This is a great opportunity if your current name is hard to be remembered or not interesting at all
  • Going through a change is fun and exciting..i hope
  • Changing to the new name might make you feel better and more confident about your blog


Cons

  • Changing your blog name might confuse some of your readers
  • You will need to tell/advise your friend or follower about your name changed if they happen to have you in their blog list
  • If you don't set up a 301 redirect correctly, people could still try to visit your old blog and have trouble finding your new one (this is not a problem if you set up a 301 redirect correctly)
  • Until your new name gets reestablished, people might not know who you are. You lose your established online presence
  • You will have to update all your publisher and author contacts with your new URL and blog name so that they know who you are
  • If your review has been quoted in a book or on a site anywhere, you will lose that connection to your blog, since it will be under the old name
  • You will lose you follower erkkk
  • You will lose all the comments on your entry from your follower and friend

Tips
I have done the re-brand so called and first thing what I do is I create a new blog and give the name same as my previous url that is sweetsourleyra.blogspot which is already known to friends and readers.  The will sure will type sweetsourleyra to go to my blog rite..and from this url they will see info about me changing my url to umifuzy.blogpspot.com...tadaaaa

You can publish in your facebook, instagram, twitter etc on your new url and keep blasting..keep blogwalking to ensure your friends noted of your new url

So far is so good but the truth is I have lose lots means alot and lots of PAGEVIEWS waaaa..like it or not I have to write more interesting entry to get my blog back to norm pv.

Well I dont call them follower since I am just a norm blogger hehe.  

The most high risk about rebranding is PAGEVIEW..PAGEVIEW..PAGEVIEWWW.. what a nightmare!

Me being fickle minded as always 
Me being who talk nonsense too

Image result for laughing cartoon gif




Read More
posted 4:22 PM by with 10 comments

Cerita Raya Kami dan perjalanan 13 jam

Assalammualaikum

Haha rupanya tak de entry pasal kami berhari raya so nak buat la entri jugak walau gambar kali ni tak berapa banyak sebab penat kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan lagipun pun dah la KY Amanda dan KC Iman kan tak siap baju raya depa pastu kenalah pulak cari baju raya kat Perlis..jadi masa terbuang dan nasib baik la ketupat dan gulai daging dah siap..cuma Umi jer tambah rendang ayam dan kuah kacang atas permintaan anak-anak.

Kalau kat Kedah ni setiap rumah yang dikunjung mesti ada hidangan istimewa yang pastinya Laksa la atau bihun sup sampai kekadang tu naik kembung perut sebab laksa dan bihun sup kan berkuah..hahaha tapi hidangan ni memang awesome! dan bertemu adik beradik sebelah DH dan saudara mara tu suatu kemestian untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan..
redang ayam dan gulai daging dimakan dengan ketupat palas.  Kali ni sampai jer sebesen kak ipar DH dah buat..kami tumpang makan jer

ni port yang mesti anak2 sibuk nak ambil gambar..memang cantik ala2 Korea gitu..redup jer kat kawasan ni tu yang depa ni semua suka tuu
bukan tak de kat KL tapi yg kat kg ni depa buat dengan penuh kasih sayang sebab tu sedap baq hang..hehe

nasi lemak kuning dengan ayam seketul..memang tak sah kalau tak makan dan kali ni raya ke 2 dah ada dijual..huihh macam kat KL jugak nooo depa ni

kawasan jajahan DH dan keluarga...hehe

Pemandangan cantik di Kuala Kerpan..kena lalu sini sebab nak lari dari kesesakan jalanraya ..kira macam jalan tikus la

Selamat tinggal kampungku..ehh kampung DH..sayu pulak sebab bila balik KL dah kena rutin asal yang tanpa henti dan memenatkan..but that is life kan

Gunung Jerai diseberang sana...rindu nak ke Gunung Jerai lagi...next time na.  Bila lalu melintasi Gunung Jerai ni pasti lagu kumpulan Khalifah  "Cinta Pantai Merdeka" pasti didendang..hehe

Sewaktu dalam perjalanan balik kami singgah ke rumah pusaka Tok Ayah dan Tok Mak, rumah keluarga mak di Kuala Kurau.  Hasrat nak berjumpa satu-satunya adik mak yang masih hidup, Mak Cik Halimah tak kesampaian sebab dia dah keluar jadi kami cuma lepak kat rumah pusaka dengan adik ipar mak Cu Che Nah jer la.

Gambar atas tu rumah pusaka yang sering mengamit nostalgia bila balik kampung di Kuala Kurau ni..teringat zaman kanak-kanak berlari-lari dalam rumah, pastu naik turun tangga sampai Tok marah..hehe
Gambar bawah pulak adalah adik ipar mak Cu Che Nah dan anak dia yang dah jadi orang KL dan balik menjengah jadi dapatlah kami bercerita kisah lama..kisah seram hehehe
Selesai menjamu dan beraya dengan Cu kami pun bertolak balik ke KL dalam jam 5.30 petang tapi memang balik ikut jalan lama la sbb waze dah tunjuk kesesakkan.  Ikut jalan lama ni memang seronok walau lama perjalanan tu tapi tak la tersekat dan akhirnya perjalanan 13 jam kami berakhir setelah berhenti beberapa kali termasuk meregangkan otot dan makan malam..Alhamdulillah kami sampai ke rumah jam 03.30 pagi.





Read More

July 21, 2017

posted 10:00 AM by with 6 comments

Ujian Kifarah Dosa?



UJIAN KIFARAH DOSA ?

Apabila kita diuji,

Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul... Tapi,

Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.

ALLAH jua diajukan soalan.

Kenapa dan Mengapa.

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Allah dah janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

✏ Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

✏ Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

✏ Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

✏ Bilal bin Rabah juga terseksa di duniya. Dihenyakkan batu besar diatas dada... adakah kerana DOSA ??

Bukan.. bukan..bukan.. Bukan kerana DOSA semata2...

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.

Kerana ALLAH rindu airmata kita...

Indah kan 😍

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.

Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.

xoxo, Umi Fuzy

#copypaste dr grup WA family
Read More

July 20, 2017

posted 4:11 PM by with 14 comments

Misi nak turunkan tahap kolestrol.

Semalam buat pertama kalinya ada temujanji dengan doktor untuk kesihatan hehe dgn macam² rasa..takut pun ada..risau pun ada..bukan kali pertama sebenarnya dah berkali² jumpa doktor sejak kecil bila disahkan menghidap pneumonia diusia bayi lagi dan kemudian diwaktu sekolah menengah juga sebab pneumonia..tu tak masuk dengan 6x melahirkan anak2 dan kali terakhir untuk pembedahan tonsil.

Nak tau kisah pembedahan lebih kurang 7 tahun lalu tu klik sini Pakej 3 hari di HKL akibat tonsilitis

Jadi mengarut la kalau kata pertama kali bertemujanji dengan doktor..sorry naa...saja nak bagi penerangan sikit tapi terpanjang lebar la pulak.

jangan ambil mudah walau semua nampak ok
Bercerita pasal temujanji doktor semalam tu..ala Umi buat kat klinik kesihatan yang kena bayar RM1 tu walau Umi boleh jer guna e-GL tu sbb DH kan penjawat awam tapi ishh malas la. Tapi kenapa klinik kesihatan kerajaan?  Penuh sesak, tak sistematik..nurse cengge..nurse buat kerja ala kadar..mesti tu semua keluar dari mulut kita kan...tapi tak nak la Umi komen pasal tu semua sebab kat klinik ni so far so good..lambat? memang la lambat sebab bilangan orang yang datang tu sejak dari pagi tu dan pengalaman Umi sendiri bila pergi klinik swasta ni kita boleh pulak ikut suka kepala kita kan sebab doktor tak marah tapi bila pergi klinik kerajaan depa tanya kenapa tak datang..so tu akan membuat kita lebih mengikut jadual...menepati janji.  Maaf la kalau ada yang tak setuju..

Bulan Mei yang lepas dah ambil darah jadi kali ni jumpa doktor utk tau keputusan yang akan menceritakan segalanya..memang berdebar jugak..takut la bila lagi 2 tahun nak masuk 5 series ni kena lah berjaga2 kan...bimbang kot kena darah tinggi..kencing manis..jantung ke issshhhh mintak dijauhkan.

Alhamdulillah semua tu tak de dan baik2 jer kata Cik Doktor yang manis tadi tapi tahap kolestrol Puan agak tinggi begitu juga dgn uric acid..erkkk waaaa.  So dah jadi habit Umi ni tanya tu tanya ni..ya la orang rajin membaca kan tapi kalau cerita kt entri ni pengsan la kalau korang baca kan..dipendekan cerita Umi ckp Umi nak control sendiri dgn diet sendiri utk kurangkan kolestrol tu..no medication please..I am the type who try hard not to take drugs..hehe.  Ok kata Cik Doktor.."jadi sy jumpa Puan lagi 6 bulan ya" Fuhh Alhamdulillah!

Kat otak dok pikiaq..kena mula balik oat..oat..oat hehe pastu nak kena start bersenam la balik..teringin jugak nak main netball macam dulu² tapi ramai kot kawan sebaya yang dah pencen..hehe

La ni teringat entri yang tak dipost2 lagi berkenaan cara nak turunkan kolestrol..tak ingat ambik kat mana tapi pernah la jugak buat dulu dan nampaknya kena buat lagi la nanti tapi oat tu kena la dimulakan jugak..kot2 boleh la kuruih sikit badan yang macam dipam2 ni hehe

*.:。✿*゚・✿..:* *.:。✿*゚・✿..:* *.:。✿*¨゚✎・ ..:* *.:。✿*¨゚✎・✿..:* 


Petua TURUNKAN KOLESTROL
[Air Barli Lemon]

Bahan-Bahan:
Barli biji
Madu
Lemon

Methodology:
[+] Basuh barley & rendam seketika.
[+] Masak barli sehingga lembut.
[+] Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.
[+] Siap dan boleh diminum


Kebaikan :
1- Menurunkan kolestrol
2- Menurunkan berat badan
3- Mencegah jangkitan saluran kencing
4- Mencegah batu karang
5- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
6- Mengawal gula dalam darah

** Utk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda.
Read More
posted 12:35 PM by with 8 comments

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my.

Assalammualaikum

Ishh awat rasa macam blur pulak nak update blog ni..dalam otak banyak benda nak update tapi bila sentuh papan kekunci..terus terkunci..hehe

So kita mulakan la dulu dengan join giveaway cik la ni..jom kita meramaikan giveaway nii..

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my.


Syarat-syarat penyertaan seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback. 
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow Twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like Facebook page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajraciklapunyabelog.blogspot.my.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  7. Share kan link penyertaan korang ke laman sosial korang ye (Facebook, Twitter, Google+, Instagram). Kalau korang takde salah satu laman sosial tu inform ye sebab cikla akan check tau. So, be honest! 
  8. Siap.

Read More

July 18, 2017

posted 12:39 PM by with 6 comments

Review Novel : Akulah..Aryana

Sejak dua menjak ni Umi dah rajin membaca kat Wattpad dan siap download kat hp dan tablett jugak Wattpad ni sebabnya kena belajar berjimat cermat dan elakkan keborosan kalau tak asyik terklik jer pembelian dekat Google Book kang tak pasal² terbeli e-book lagi waaa macam baru- baru ni.

Okay entri ni sebenarnya Umi nak buat kupasan dan ringkasan pasal novel terbaru yang Umi baca kat Wattpad dan novel ni pun ada dipasaran tapi cuma di Popular Book Stores dan boleh beli online dari Trop Publication.  Memang kena beli la novel ni sebab kat Wattpad hanya sebahagian jer yang cik novelis tu up kan..huhu.  Bila dah baca tu semangat nak beli novel ni melonjak² gitu ngeeee jadi selepas habis event dekat Arina Skyview tempohhari, bergagah Umi pi cari novel ni dekat Popular BS di Wangsa Walk...nasib baik jalan tak sesak dan dapat pulak parking dengan mudah...sampai ke kedai buku tu lagi 2 minit jam 10 malam..maka melayang lah RM24.00 untuk senaskah nukilan M Mariann ni


sempat snap pic ni sebelum ke kaunter pembayaran tau..hehe

Penulis : M.Mariann
Bil mukasurat : 488
Bil bab : 56 + 1 epilog
Terbitan : Trop Publication

Aryana bekerja sebagai pembantu butik pengantin yang menjadi model bidan terjun kerana sepasang model sebenar tidak muncul begitu juga dengan Aydan Lim yang secara kebetulan tiba menjadi pasangan model bersama Aryana lantas terpikat dengan sigadis yang tampak penuh misteri.

Aryana dilamar Tuk Awang buat cucunya Hakim yang sememangnya diminati Aryana sejak zaman sekolah dan lamaran diterima walau hati penuh kerisauan bila terkenang episod hitam diperkosa ayah sendiri sewaktu kecil sering menghantui malah rakan karibnya Yani sendiri tidak menyetujui keputusan Aryana.

Aydan kembali ke butik pengantin dengan hasrat untuk mengenali Aryana tapi sigadis telah berhenti kerja dan bakal berkahwin, Aydan pasrah dan menyesal kerana terlewat dan membawa diri ke Dubai

Dimalam pertama, rahsia Aryana terbongkar dan Hakim merasa tertipu kerana Aryana yang dicintai bukan gadis suci dan Aryana diperlakukan dengan teruk sekali.  Kepulangan Aryana ke rumah keluarganya, dia dikejutkan dengan kematian ibu serta ketiga2 saudara perempuannya dan Amri satu-satunya adik lelakinya disahkan membunuh akibat ketagihan dadah namun pelik bila ayahnya sendiri menghilangkan diri.

Hakim kemudian membawa Aryana ke Penang dan kembali dengan tabiat minum arak dan seks bebas dan paling sengsara buat Aryana kerana Hakim melampaui batas dan hilang kewarasan hingga memukul Aryana kerana cemburu dan sering curiga dengan semua lelaki. Aryana dipukul tanpa belas dan dimasukkan ke hospital dan keguguran.  Kemarahan Hakim makin membuak bila mempersoalkan tentang majalah yg memuatkan Aryana dalam pakaian pengantin dan beranggapan Aydan adalah kekasih isterinya yang tidak mahu bertanggungjawab dan sekali lagi Aryana dipukul tanpa belas. Hakim semakin melampau hingga berhasrat menjual Aryana ke kancah pelacuran namun Aryana yang terdengar perbualan telefon Hakim sempat melarikan diri ke rumah jiran. Zafril menjemput Aryana namun dapat dikesan Hakim yang mengejar mereka. Aryana teruk dipukul tanpa belas kasihan namun kehadiran pihak polis menyebabkan Hakim melarikan diri.

Aydan kembali didalam hidup Aryana yang secara kebetulan adalah teman sekolah Zafril dan cinta pun berputik.  Demi Arya yang dicintai, Aydan mengupah bodyguard untuk keselamatan kekasih hatinya.  Rumahtangga Aryana dan Hakim ternoktah dengan perceraian namun Hakim tetap berdendam.

Kemalangan yang berlaku menyebabkan kematian Zafril serta kedua ibubapanya sebelum sempat melangsungkan pernikahan bersama Dr Nadia dan Aryana diculik  sementara Aydan terpaksa berpatah balik kerana ditimpa musibah. Aryana akhirnya dijual ke rumah pelacuran dan disini Aryana bertemu teman karibnya Haryani yang terlebih dahulu menjadi pelacur angkara Hakim. Maka bermulalah kehidupan Aryana sebagai pelacur kelas atasan.  Sementara Aydan kehilangan jejak Aryana dan hilang semangat hingga dihalau oleh orangtuanya dan kembali ke Dubai.

Kematian Yani membuat Aryana semakin sedih dan cadangan Bob lelaki yang ditugaskan menjaga Aryana untuk melarikan diri membuat dia semakin nekad dan rancangan diatur supaya tidak diketahui ibu ayam.  Ketiadaan Yani membuatkan Aryana harus mengambill tempatnya untuk melayan King dipesta meraikan raja dadah yang baru. Bob kasihkan Aryana dan tidak sanggup Aryana terseksa melayan King yang kerap mahukan Aryana kerana King adalah Hakim. Kesediaan pelacur muda yang berhasrat untuk melayan King memudahkan rancangan Aryana

Dihari waktu yang sama Aryana melarikan diri, polis menyerang tempat pesta King tapi konco2 ibu ayam menyedari, mengejar Aryana dan Bob dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan Aryana jatuh kedalam gaung.  Di tempat pesta sigadis yang menggantikan Aryana terkorban serta ramai yang lain sementara Hakim tidak dapat dijejaki.  Aydan yang tidak pernah berhenti mencari Aryana pasrah kerana Aryana dilaporkan terkorban ditempat pesta.

Aydan kembali ke Malaysia selepas 5 tahun dan menetap di Aryaanis Resort & Spa yang diterajui Adriy.  Kelibat gadis yang menghantar tuala ke bilik mengingatkan Aydan kepada Arya gadis yang dicintainya dan tambah mengejutkan sigadis Asha adalah anak angkat kepada kedua orangtuanya. Aydan sangat pasti Asha adalah Aryana walau telah bertudung hingga meminta ibunya meminang Aryana kerana tidak sanggup kehilangannya. Akhirnya Asha mengaku dialah Aryana dan dia bersyukur kerana kedua ibu bapa angkatnya menerima dia setelah dia menceritakan segalanya kisah hitam hidupnya.

Aydan kembali memegang tampuk pengurusan Aryaanis Resort & Spa yang dinamakan sempena nama Aryana dan Awanis isteri Adriy sahabat Aydan namun kehadiran Imran Ali kenalan Aydan yang berhasrat melabur diresort juga meluahkan isihatinya membuatkan Aryana gelisah kerana dia bimbang andai Imran adalah antara pelanggan yang pernah melangganinya.

445..143

Kisah Aydan Khalish Lim dan Aryana akhirnya bernikah, namun Aryana diculik oleh Imran. Aydan juga Aryana terfikir kemungkinan Imran adalah Hakim kerana dia tidak dijumpai sewaktu serangan polis tapi mereka silap kerana Imran Ali adalah Imran Danial sahabat Hakim yang telah menjalani pembedahan akibat kecederaan teruk dimuka.  Dia yang sememannya menyukai Aryana dizaman persekolahan tapi Hakim yang dipilih Aryana.  Imran yang terpandang Aryana sewaktu tinggal di resort berharap untuk memiliki Aryana kerana Hakim sendiri umpama mayat hidup dan pasti dapat membahagiakan Aryana malah dia sendiri tidak bersetuju bila Hakim ingin menjual Aryana tapi siapa berani nak melawan Hakim pasti tahu akibatnya.

Tragis sungguh kisah cinta Aydan dan Aryana namun berakhir dengan indah sekali walau Aydan cedera dengan teruk sekali tapi Imran tewas akhirnya.   Aydan menjadi adalah suami dan ayah yang terbaik walau cacat dek kecederaan sewaktu menyelamatkan isterinya.

Aydan juga yang beria-ia mencari ayah Aryana yang hidup gelendangan dan bersama-sama berjumpa Hakim yang ingin memohon maaf kepada Aryana

Nak tau apa yang dok diulang 454 ..143? tu antara dialog Aydan kepada Aryana..454 adalah bilik penginapannya di resort dan 143 bermaksud I LOVE YOU (jumlah perkataan dalam setiap huruf tu) alooo sweet kan.

Memang tak rugi membeli novel ni walau Umi kena cari ruangan untuk penyimpanan dan yang pasti memang menunggu buahtangan seterusnya dari M.Mariann tu.
Read More