Herba : Kekabu Air

Pokok Ketumpang Air atau ada yang panggil Kekabu Air dan Sireh Cina  ni Umi rasa ramai yang pernah tengok pokok yang yang tumbuh banyak kat celah-celah pasu tak pun dalam pasu dan yang pasti ramai akan cabut buang pokok ni sebab rasa dia tumbuhan yang tanpa faedah dan kegunaan kan..lepas baca entri Umi ni boleh la simpan sebab omputih memang suka dengan pokok ni yang depa panggil herba Peperomia Pellucida (Crab Claw herbs) dah biji2 dia macam lada hitam kan.

Nak tau apa kegunaan dan khasiat pokok comel lagi renek ni..jom baca

Nota : kalau kita makan rasanya macam kita kunyah sireh pun ada tapi pastikan basuh dan bersihkan sebelum makan ok

pokok kat tangan Umi tu kurang terang diambil kat dalam pasu jadi gambar sumber google tu supaya nampak lebih jelas ;D

Pokok ni boleh digunakan untuk mengubati secara tradisional penyakit seperti:


  • Kencing manis, darah tinggi dan Gout - direbus atau dijadikan jus dan diminum airnya
  • Bengkak - dihancurkan dan campur dengan bedak sejuk dan dilumurkan pada bahagian yang bengkak
  • Kayap & gatal2 - ditumbuk dengan nasi sejuk sampai lumat dan dilumur pada tempat yang terkena kayap atau gatal2 tu
  • Batuk - dikeringkan, rendam dan minum airnya

Antara lain khasit dan kegunaan pokok ni boleh digunakan untuk merawat:

  • artritis
  • rheumatisme
  • sakit sendi 
  • sakit perut


jusnya boleh mengelakkan jangkitan pada mata, cirit biri, selesema dan jangkitan pada pundi kencing

Peringatan : Ini adalah sekadar ikhtiar dan kalau penyakit berlarutan harus berjumpa doktor supaya tidak melarat lebih teruk.

********************

Resepi Salad
Daun dibersihkan, dipotong ikut kesukaan dan dicampur dengan tomato ceri serta diletakkan sos thousand island...sedappp


Resepi Sayuran
Digoreng dengan samball belacan macam kita masak kangkung goreng belacan dengan udang.


Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 komentar:

  1. Arkkk... boleh jadi salat jugak...
    kreatifnya Umifuzy ni

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!