Korang dah cuba perkhidmatan MRT ?

Tuesday, July 25, 2017 19 Comments A+ a-

Siapa dah mencuba perkhidmatan MRT..cer angkat tangan..hehe.  Umi pun dah cuba tapi bukan yang percuma tapi dah pada hari Jumaat yang lepas sewaktu menghadiri Rumah Terbuka buat agensi pelancongan di Muzium Negara. Sebelum tu punya la jenuh nak fikir kalau turun kat KL Sentral nak menapak jauh kot untuk naik MRT kat Muzium dan nasib baik la tanya pada Lewis kawan Umi berasal dari Sarawak tapi pakar perihal kenderaan awam ni..hehe buat malu jer jadi org Key Ell kan..hehe

Memang mudah dan waktu Umi guna perkhidmatan ni MRT masih bagi potongan harga sebanyak 50% sehingga 31 Ogos..so apa lagi cuba la.

Buat kita pengguna, sama-samalah kita menjaga kebersihan, keselamatan dir dan hargai kerana kita yang menanggung kos perbuatan ni sebenarnya 



untuk menaiki MRT dari stesen Pasar Seni ni kena turun 3 level yang kadar kecuraman yang sangat curam...maaf la Umi tak survey pun berapa ketinggian tapi memang tinggi..

dalaman yang luas dan lebar..

kalau ramai yang menggunakan MRT memang tak perlu risau sebab tampak selesa
escalator MRT ni dah la tinggi dan laju jadi buat semua pengguna kena lebih berhati-hati jangan sibuk nak berselfie atau pun bermessage kang tak pasal-pasal keluar dalam berita pulak
Ok Umi nak kongsi berita yang DH tunjuk semalam.  Tak pasti bila kejadian ni dan dari mana kemana cuma DH ada tunjuk seorang ibu menyangkut buaian dalam tren MRT? what the? goshh..awat la bagi malu kat orang Melayu jer nii dan tu ada pulak yang bagi anak berdiri kat atas kerusi..dua2 kejadian ni memang merbahaya buat sianak jugak untuk orang lain.  Buatnya MRT berhenti secara mengejut..siapa nak disalahkan? Macam mana kot nak educate orang kita ni..biar bijak berfikir dan fikirkan keselamatan diri dan orang sekeliling.  Harap sipembuat dan sesiapa saja yang tengok gambar ni yang dah tular tu tolonglah berubah na

Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen
sungguh bahaya bila budak tu berdiri..sikit jer jijak kerusi tu

19 Comments

Write Comments
Husna Rahman
AUTHOR
25 July 2017 at 15:09 delete

tak penah lagi .... jakun tak kalau tak penah try?? huhuhu

Reply
avatar
Nieyl
AUTHOR
25 July 2017 at 15:18 delete

Belum lagii..
InsyaÁllah...akan try..

Reply
avatar
25 July 2017 at 15:48 delete

hahaha..bukan jakun tu..lagipun MRT masih baru...banyak masa lagi boleh dicuba tapi kalau nak harga murah time ni la sebab diskaun tu sampai 31 Ogos..

Reply
avatar
25 July 2017 at 15:49 delete

akk ni pun sebab ada event..kalau tak mungkin tak cuba lagi..

Reply
avatar
25 July 2017 at 18:05 delete

Bestnya... bila la dpt naik sementara ada good offer ni..nak heret 2 kecik bagi merasa naik kannn

Reply
avatar
Adam
AUTHOR
25 July 2017 at 20:26 delete

Minda rakyat kita masis di tahap kelas tiga.
Bukan kelakuan dalam tren je, merokok berhampiran kanak2 masih ramai lakukan.

Kalau buang sampah merata rata tu fianggap normal pada orang kita. Macam dah jadi adat budaya pulak.

Dalam lift bertelefon dgn suara yg tinggi. Itu adat orang kita.

Kalau nak cerita pasal minda kelas tiga tak muat ruang komen ni.

Reply
avatar
mamapp
AUTHOR
25 July 2017 at 21:20 delete

Nampak selesa sgt met Tu. X ramai org Pula tu

Reply
avatar
25 July 2017 at 22:03 delete

masih good offer tu 50% discount...mesti teruja budak2 tu..

Reply
avatar
25 July 2017 at 22:05 delete

betul tu Adam..mmg memalukan tapi tu la orang kita..bila la nak berubah tak tau la..kang ditegur kan boleh jadi pertelingkahan...speechless

Reply
avatar
25 July 2017 at 22:16 delete

mmg selesa..mungkin sebab tak ramai lagi yg guna...tapi luas dr tren biasa

Reply
avatar
Anis Azalea
AUTHOR
25 July 2017 at 23:02 delete

apakah dia ni buat>>> buai anak dalam MRT!!

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
26 July 2017 at 10:52 delete

Minggu lps viral vandalism dlm mrt. Smlm viral buai anak dlm mrt. Mcm2 cerita. Semoga rakyat Malaysia lebih matang dan menghargai kemudahan yg ada demi keselesaan bersama.

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
26 July 2017 at 11:46 delete

nanti kalau ke KL.. nak cuba juga lah...

Reply
avatar
26 July 2017 at 13:03 delete

Cik Nor..meh la turun KL boleh try ni..

Reply
avatar
Radhia Razali
AUTHOR
26 July 2017 at 16:19 delete

belum lagi..haritu terlepas yang time free haritu..rugi2 tak bawak anak naik.. tak apalah nak bawak naik sekarang pun bukannya mahal pun..

Reply
avatar
Lina Shaza
AUTHOR
26 July 2017 at 17:11 delete

Teringin jgk nk rasa...tp leceh la plk nk bwk bdk2 kecik ni

Reply
avatar
Irda Garmin
AUTHOR
26 July 2017 at 18:13 delete

Thank you kak for sharing semua laluan mrt seperti kat image akak tu,baru tahu saya nak naik kat mana kalau nak pergi TTDI.Irda dari taman melati-pasarseni-ttdi.Huhu....good info ni kak..sebab mungkin lepas ni akan selalu ke TTDI untuk new career.:)

Reply
avatar
28 July 2017 at 11:58 delete

Mya tak pernah naik lagi. Mungkin mya akan naik next month for big event.

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!