July 20, 2017

Misi nak turunkan tahap kolestrol.

Semalam buat pertama kalinya ada temujanji dengan doktor untuk kesihatan hehe dgn macam² rasa..takut pun ada..risau pun ada..bukan kali pertama sebenarnya dah berkali² jumpa doktor sejak kecil bila disahkan menghidap pneumonia diusia bayi lagi dan kemudian diwaktu sekolah menengah juga sebab pneumonia..tu tak masuk dengan 6x melahirkan anak2 dan kali terakhir untuk pembedahan tonsil.

Nak tau kisah pembedahan lebih kurang 7 tahun lalu tu klik sini Pakej 3 hari di HKL akibat tonsilitis

Jadi mengarut la kalau kata pertama kali bertemujanji dengan doktor..sorry naa...saja nak bagi penerangan sikit tapi terpanjang lebar la pulak.

jangan ambil mudah walau semua nampak ok
Bercerita pasal temujanji doktor semalam tu..ala Umi buat kat klinik kesihatan yang kena bayar RM1 tu walau Umi boleh jer guna e-GL tu sbb DH kan penjawat awam tapi ishh malas la. Tapi kenapa klinik kesihatan kerajaan?  Penuh sesak, tak sistematik..nurse cengge..nurse buat kerja ala kadar..mesti tu semua keluar dari mulut kita kan...tapi tak nak la Umi komen pasal tu semua sebab kat klinik ni so far so good..lambat? memang la lambat sebab bilangan orang yang datang tu sejak dari pagi tu dan pengalaman Umi sendiri bila pergi klinik swasta ni kita boleh pulak ikut suka kepala kita kan sebab doktor tak marah tapi bila pergi klinik kerajaan depa tanya kenapa tak datang..so tu akan membuat kita lebih mengikut jadual...menepati janji.  Maaf la kalau ada yang tak setuju..

Bulan Mei yang lepas dah ambil darah jadi kali ni jumpa doktor utk tau keputusan yang akan menceritakan segalanya..memang berdebar jugak..takut la bila lagi 2 tahun nak masuk 5 series ni kena lah berjaga2 kan...bimbang kot kena darah tinggi..kencing manis..jantung ke issshhhh mintak dijauhkan.

Alhamdulillah semua tu tak de dan baik2 jer kata Cik Doktor yang manis tadi tapi tahap kolestrol Puan agak tinggi begitu juga dgn uric acid..erkkk waaaa.  So dah jadi habit Umi ni tanya tu tanya ni..ya la orang rajin membaca kan tapi kalau cerita kt entri ni pengsan la kalau korang baca kan..dipendekan cerita Umi ckp Umi nak control sendiri dgn diet sendiri utk kurangkan kolestrol tu..no medication please..I am the type who try hard not to take drugs..hehe.  Ok kata Cik Doktor.."jadi sy jumpa Puan lagi 6 bulan ya" Fuhh Alhamdulillah!

Kat otak dok pikiaq..kena mula balik oat..oat..oat hehe pastu nak kena start bersenam la balik..teringin jugak nak main netball macam dulu² tapi ramai kot kawan sebaya yang dah pencen..hehe

La ni teringat entri yang tak dipost2 lagi berkenaan cara nak turunkan kolestrol..tak ingat ambik kat mana tapi pernah la jugak buat dulu dan nampaknya kena buat lagi la nanti tapi oat tu kena la dimulakan jugak..kot2 boleh la kuruih sikit badan yang macam dipam2 ni hehe

*.:。✿*゚・✿..:* *.:。✿*゚・✿..:* *.:。✿*¨゚✎・ ..:* *.:。✿*¨゚✎・✿..:* 


Petua TURUNKAN KOLESTROL
[Air Barli Lemon]

Bahan-Bahan:
Barli biji
Madu
Lemon

Methodology:
[+] Basuh barley & rendam seketika.
[+] Masak barli sehingga lembut.
[+] Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.
[+] Siap dan boleh diminum


Kebaikan :
1- Menurunkan kolestrol
2- Menurunkan berat badan
3- Mencegah jangkitan saluran kencing
4- Mencegah batu karang
5- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
6- Mengawal gula dalam darah

** Utk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

14 comments:

  1. tinggi tu kolesterol 7.2. nak turunkan kolesterol, jalan terbaik ialah diet sihat, dan regular exercise untuk pecahkan lemak2 kolesterol yang dah lama bertapa. hehe. good luck ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. goshh..mmg tinggi tu..mana taknya pemakanan tak sihat dan selalu skip exercise tu la padahnya...thanks Ainniah...

      Delete
  2. NAK CUBA GUNA CELLMAX..CELLMAX JUGA BOLEH MNGURANGKAN THAP KOLESTEROL YANG TINGGI..SERTA IA BOLEH MEMBANTU MERAWAT PENYAKIT YANG DIHADAPI DI DALAM BADAN KITA..BOLE CARI MAKLUMAT DI INTERNET DULU ATAUPUN BOLE TRUS PM SYE DI NO NI=0145042615...MOHD SHARIL

    ReplyDelete
  3. Semoga umi sentiasa Dalam keadaan sihat ye

    ReplyDelete
  4. banyakkan berjalan.. makan makanan yang kurang kolestrol.. fuhh..
    semoga sentiasa sihat

    ReplyDelete
  5. Seramnya bila baca kena cucuk2 kat badan. CR mmg fobia dgn jarum dan darah.

    Smga sht selalu yerr.

    ReplyDelete
  6. lea ni tak tahu la tahap kolestrol tinggi mane.. x pernah check pun.. rsnye pasni kene amek tahu jugak la..

    ReplyDelete
  7. Saya juga nak turunkan tahap kolestrol!
    Thanks for sharing that recipe.

    ReplyDelete
  8. Semoga tahap kolestrol akak dapat turun dengan cepat.. Mak saya pun ada kolestrol, saiz pil dia bukan main besar.. Saya galakkan dia makan oat instead of bergantung kpd ubat.

    ReplyDelete
  9. Ana dah start mkn oat kak sebab baru2 ni kena gastrik pertama kalinya. 2 minggu perut meragam tak elok2. Huhu. Kak, yg akak check ni check keseluruhan badan ke mcm mana??? KK boleh buat juga ye??

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!