Resepi : Ayam Goreng Tomyam

Dah lama Umi nak share resepi ni masa bulan Ramadhan hari tu tapi entah la macam sibuk jer mungkin masa tu mencemburui kita kan.

Ayam Goreng Tomyam ni memang kesukaan anak² dan kali ni Kak Yang Amanda yang memasaknya tapi rasanya memang sedap..sangat sedap.  Siapa lagi nak puji anak sendiri kan.



Bahan-bahan:

  • 500gm ayam dipotong ikut kesukaan
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula (optional)
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato 
  • 3 sudu pes tomyam
  • 1 batang serai dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato dipotong baji
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang holland
  • daun ketumbar


Cara membuatnya:

  • Ayam diletakkan garam dan kunyit dan digoreng hingga masak, tak perlu terlalu garing.  

  • Tumis bawang putih yang diketuk hingga kekuninggan.  

  • Masukkan sos tiram, sos tomato, pes tomyam dan dimasak hingga sebati

  • Masukkan bawang holland, daun ketumbar, daun limau purut dan ayam, dimasak dengan api sederhana supaya segala bahan sebati pada isi ayam

  • Akhir sekali masukkan tomato, dikacau hingga tomato lembut atau ikut kesukaan kita dan jangan lupa letak sedikit garam kalau suka.


Boleh la dihidang dengan nasi panas² pasti bertambah² nasi tu..

selamat mencuba

xoxo, Umi Fuzy














Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

5 komentar:

  1. Nak cuba buatlah.
    Bawang holland tu bawang biasa ke? Bawang lain pun boleh juga kan.

    ReplyDelete
  2. macam best je mkn dgn nasi panas ni...

    ReplyDelete
  3. Uik ayam goreng tomyam.. menarik ni.. Tak pernah dengar lagik.. Leh la lea try pas ni.. hehehe

    ReplyDelete
  4. dah masukkan kak fuzy dalam bloglist julai uyul. hheheehe
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!