Resepi : Kuah Kacang Raya versi Bonda tersayang

Assalammualaikum wbt

Salam 16 Syawal 1438 hehe masih dalam mood raya lagi kan kita semua.  Hari ni Umi nak share resepi kuah kacang mak yang bagi Umi dan adik beradik serta anak sangat suka dan mungkin korang boleh la cuba jugak.  Kalau Aidil Fitri mak akan buat rendang daging campur dan kuah kacang makan dengan ketupat jawi atau nasi impit..memang sedap airtangan mak ni..

Maaf la tak dapat pulak Umi cari gambar kuah kacang yang dah siap sebab hp mengalami kemerosotan otak gamaknya nasib masih ada video waktu Umi dok sibuk mengacau jer..huhu


video

Image result for kuah kacang
maaf ler ni pic yg digoogle jer

Bahan-bahan:
1 kilogram kacang tanah ** 
5-6 batang serai *
3 inci lengkuas *
1 inci halia *
20 batang cili kering *
1 cawan air asam jawa *
15 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
2 inci belacan *
1 biji gula gerek
Gula (optional)
Garam secukup rasa
Udang kering (optional)
3 cawan air

* dikisar hingga halus
** digoreng, dibuang kulit dan dikisar
(terpulang pada cita rasa sendiri, ada yang suka kacang dikisar kasar dan ada yang suka halus) tapi boleh jugak kalau beli kacang yang telah siap dikisar cuma kalau kurang bernasib baik, kacang kisar tu kurang baik dan berpasir


Cara-cara membuatnya:
  • Panaskan minyak didalam kuali dengan secukupnya.  Bila sudah panas, tumis serai yang telah diketuk sehingga naik bau wangi dan kemudian masukkan bahan yang telah dikisar serta air. Dikacau hingga kekuningan dan naik bau wangi.
  • Masukkan kacang tanah yang telah dikisar serta 2 cawan air dan dikacau hingga sebati.  
  • Masukkan air supaya kacang mesra dengan bahan yang dikisar.  Pastikan dimasak dengan api sederhana
  • Masukkan air asam jawa dan dikacau lagi

Nota : Kuah kacang akan nampak masak bila kita nampak pecah minyak dan agak mengambil masa untuk kacang sebati dan masak dengan betul.

Selamat mencuba




Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 komentar:

  1. Mrs. A pun suka kuah kacang setiap kali raya mak Mrs. A mesti buat actually air tangan mak tu yang priceless

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!