Ujian Kifarah Dosa?



UJIAN KIFARAH DOSA ?

Apabila kita diuji,

Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul... Tapi,

Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.

ALLAH jua diajukan soalan.

Kenapa dan Mengapa.

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Allah dah janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

✏ Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

✏ Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

✏ Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

✏ Bilal bin Rabah juga terseksa di duniya. Dihenyakkan batu besar diatas dada... adakah kerana DOSA ??

Bukan.. bukan..bukan.. Bukan kerana DOSA semata2...

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.

Kerana ALLAH rindu airmata kita...

Indah kan 😍

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.

Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.

xoxo, Umi Fuzy

#copypaste dr grup WA family
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

6 komentar:

  1. Lemah sungguh iman kita ni kan kak. Baru di uji sedikit terus lemah selemahnya. Betapa kerdil kita ni :`(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg Ana...dalam lemah tu kita kena bangkit utk menjadi lebih baik kan..InsyAllah

      Delete
  2. Bila diuji saya akan bisik dalam hati, "Allah uji aku sebab aku mampu hadapi.." terus rasa kuat utk hadapi ujian itu dengan redha. Yakinkan hati bahawa pasti ada hikmah disebalik ujian itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu LZ...setiap ujian kita terima..kita kena nekad dan jadi positif utk hadapi..InsyaAllah kita pasti berjaya

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!