Awak Peminat Bakso?

Siapa peminat Bakso? Hari minggu yang lalu anak bujang Umi yang sulung tu mengajak Umi dan the girls ke Rakshee Setiawangsa yang baru buka tu..baru tak baru la jugak tempat tu dan kalau tak silap bulan April hari tu (maaf kalau kesilapan fakta okay).  Dah berkali dia ajak  ke Rakshee tapi nun di Encorp Strand, Kota Damansara tu..mmg malas sungguh la tapi kali ni Rakshee dah ada cawangan kat Setiawangsa yang berdekatan dengan rumah..so Umi pun merelakan hati tambahan pulak cuaca pun sejuk selepas hujan dan perut pun dah lapar hehe  

Teringat Umi pertama kali makan bakso like 8 - 9 tahun dulu dirumah seorang kawan yang lebih senang dipanggil Ibu Nelly berasal dari Jawa...kawan Umi ni bukan bibik2 tapi punya kerjaya yg sangat bagus dan suaminya pulak seorang Professor.  Kesedapan masakan bakso Ibu Nelly ni cukup istimewa dan tersangat sedap hingga teringat2 sampai hari ni.

Harganya cuma RM1.90 dan kesedapannya memang sedap dengan rasa rempah dari seberang kot
Rakshee by Rakshee Cafe, Kota Damansara Menu
Menu Rakshee...jadi bukan semata-mata Bakso yang ada tau..pelbagai western food lain pun ada.  So next time Umi ke sini dengan DH pasti Grill Lamb jadi jamuan buat dia sebab DH tu tekak dia lain sikit..makan Bakso semata mau dia tak nak pi lagi..hehe

Untuk 6 orang kami menghabiskan sebanyak 40 mangkuk.  Umi cuma mampu makan 4 mangkuk jer tapi seriously bebola daging dia memang sedap 

Icha memang suka la dapat makan Rakshee lagi sebab dah jadi macam favorite dia pulak 

cookies yang diberi secara percuma sebab anak bujang Umi ni regular customer gitu 

Ruang santai yang cukup selesa dan ruangan makan yang agak besar 

Ruang duduk dibahagian luar dan kalau malam pasti cantik panorama dia ni tapi hari Umi pergi waktu petang selepas hujan jadi tak bolehla duduk kat luar ni
sempat lagi bermain sementara menunggu 'take away'
kawasan ni nampak tenang senang nak dapat tempat letak kereta dihujung minggu tapi kalau hari bekerja memang berpusing 2-3 belum tentu dapat jadi disyorkan pergi dihujung minggu tak pun pergi naik Uber ke Grab ke atau mungkin naik motor 
Rakshee Setiawangsa
Alamat : Jalan Setiawanga 11, 54200 Kuala Lumpur
FB : Rakshee Setiawangsa

Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

9 komentar:

  1. Replies
    1. yeah..u should..nice food..cozy place..great ambience..

      Delete
  2. Replies
    1. mmg murah mcm boat noodle jugak dan yg penting sedapp

      Delete
  3. Minat sangat umi...10 mangkuk pun boleh abes ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. huihhh...dasat tu Lina..Umi pun cuma boleh 5 jer..kalau tanpa kuah mmg 10 la kot

      Delete
  4. elsa minat bakso! haaa kena pergi nie hakhakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best Elsa..kena pergi dan cuba..mmg best bakso dia tu

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!