August 25, 2017

Bersederhana dan Keseimbangan



Assalamualaikum..
Motivasi pagi Ikim.fm
Ust M Hanafiah M Nawawi
Tajuk: Bersederhana dan seimbang

Alhamdulillah bersyukur kita kerana diciptakan mata dan telinga yang membolehkan kita mendengar dan melihat. Oleh itu marilah kita mendengar dan melihat perkara2 yang elok..

Kesederhanaan dalam hidup adalah sikap yg terpuji yakni sikap yang menolak sikap yang melampau. Kita hendaklah bersederhana dalam urusan dunia dan akhirat. 

Jika kita bersederhana kita tidak akan jemu melakukan sesuatu perkara tetapi jika melampau kita akan cepat jemu, mudah mengalah, bosan dan mula merasa malas. Lakukan sesuatu dengan sederhana tetapi konsisten dan istiqomah. 

Perlu seimbangkan urusan dunia dan akhirat. Orang yang tidak seimbang adalah orang yang gagal. 

Jika kita terlalu fokus pada kerja kita akan terlepas akhirat tetapi jika hanya fokus akhirat kita akan tertinggal dunia..

Cth pendidikan anak2, jangan hanya bagi ilmu2 yang banyak tentang dunia sahaja tetapi perlu masukkan ilmu akhirat juga supaya anak2 kita berjaya di dunia dan akhirat. Jangan hanya berjaya di dunia tetapi gagal di akhirat.

Bersederhana dan seimbang ketika melaksanakan sesuatu atau beramal. 
Nabi pernah menegur sahabat2 yang tak tidur, tak makan hanya untuk beribadat malah tak mahu berkahwin kerana katanya ibadat akan terganggu.. Nabi berkata walapun aku beribadat aku juga tidur, makan dan juga berkahwin. 

Sikap keterlaluan akan merugikan kita. Jika kita bersahabat jangan terlalu baik sehingga mnceritakan segala2nya hal kita kerana dikhuatiri suatu hari nanti sahabat itu menjadi musuh kita dan segala hal kita akan dibongkarkan.

Jangan terlalu baik dengan orang, takut nanti mnjadi musuh dan jangan terlalu memusuhi orang, bimbang nanti menjadi kawan rapat.. 

Jika keterlaluan bekerja, sampai lupa beramal, sampai lupa ke rumah Allah..
Allah jadikan malam untuk berehat dan Allah jadikan siang untuk bekerja.. jadi seimbangkanlah hidup kita..

Jangan keterlaluan berbelanja nanti dikatakan boros dan jangan keterlaluan berjimat nanti dikatakan kedekut.. Islam mngajar kita bersederhana dlm apa jua perkara.. jgn melampau..

Indahnya Islam ada garis2 panduan utk hidup yg sempurna..
Sesuatu yg baik itu adalah orang yang bersederhana dan sebaik2 perkara adalah bersederhana.. 

Wallahualam

2 comments:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!