Buat Calon Peperiksaan PT3 dan SPM

Image result for spelling

Memang sakit mata bila banyak iklan dan papan tanda menggunakan perkataan Inggeris dan diubah ke Bahasa Melayu sampai Umi bila baca tu rasa sakit hati, sakit mata dan tak masuk bab keliru dan celaru hehe.  Tapi buat pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM tu sila ambil tahu ya dan semoga kita tidak membuat kesalahan sebab orang kita memang tak akan pegang buku bahasa Melayu kerana kita memang orang Melayu! opps maaf naa dan harap tak de yang tersalah tafsir.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu gunakan selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri. Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul. Indahnya bahasa kita

Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:
Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. dasyat ❌ dahsyat ✔ 
7. insuran ❌ insurans ✔
8. ambulan ❌ ambulans ✔
9. juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔ 
19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔ 
21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin❌ marjerin ✔
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa ❌ mergastua ✔
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔
49. urusetia ❌ urus setia ✔
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. agen ❌ ejen ✔
60. murtabak❌martabak✔

c&p

Memang bunyi dan terasa pelik akan sesetengah perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas tapi itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul.

Semoga berjaya!
Share on Google Plus

About Fuzy Hamid

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

7 komentar:

  1. Alamak, kalau mama ambil BM.sekaramg mesti dpt markah sikit je. Byk perkataan yg mama eja Salah rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MamaPP...mmg sah2 gagal kot..hehe

      Delete
  2. Jerayawara... Baru first time dengar nih... Biasa dengar roadshow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...mcm nama jenglot, jerangkung pun ada jugak kann..hehehee

      Delete
  3. Rupanya banyak juga ajaan kita yang selama ini guna, rupanya ada yang salah.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!