August 20, 2017

Membeli buku dengan potongan harga yang berbaloi

Sejak mendapat tune untuk kembali membaca ni, Umi dah semakin ghairah membaca novel dan pantang ada masa in between memasak pun sempat untuk Umi melayan novel ni.  Dah la sekarang ni makin mudah dengan pembelian secara online dengan e-novel yang sangat mudah melalui Google Play - baca kat SINI dan semestinya menjimatkan ruang untuk penyimpanan.

Selain Wattpad untuk kita baca buka secara percuma walau bukan semua cerita yang ditulis penuh lengkap dan ada juga yang telah dipublish  serta dijual di kebanyakan kedai buku dan yang terkini Umi menemui 1 lagi cara untuk mendapatkan buku dengan potongan harga yang sangat berbaloi di Mall Karangkraf.

Dan paling hari Isnin yang lalu, selepas menghantar KY Amanda untuk ambil keputusan SEM 2 di Banting, Umi sempat la bodek en suami ke Shah Alam untuk beli buku di Mall Karangkraf dan sempat juga mendaftar menjadi ahli dengan pendaftaran sebanyak RM10 dan keahlian selama-lamanya dan dengan menjadi ahli kita mendapat potongan sehingga 25% ..berbaloi kan

1. Memang rambang mata dengan buku-buku yang ada dah la harga murah
2.Pelbagai majalah dan buku ilmiah dengan harga yang sukar nak lepaskan
3. KY ralit dok mencari novel
4. Senyum kegembiraan tau bila DH boleh pulak sudi nak bawak ke Mall Karangkraf
Jom Umi kongsi cara mudah dan menjimatkan sekiranya nak membeli buku dari Karangkraf.  Harga serendah RM5 boleh didapati di Mall Karangkraf.  Moh kita tengok kot ada novel yang kita minati atau pelbagai jenis buku ilmiah yang lain dengan potongan harga yang sangat berbaloi


  • Log masuk atau daftar masuk.  Pendaftaran boleh dibuat melalui akaun Facebook atau kalau tiada boleh daftar masuk dengan cara memasuki data yang diminta
  • Bila dah berdaftar. pilih buku yang diingini dengan klik di gambar novel
  • Masukkan kedalam cart
  • Tekan butang check out




Ada 3 cara untuk mengakhiri pembelian
  1. Tiada caj untuk pengambilan secara sendiri di Mall Karangkraf 
  2. Caj sebanyak RM7.00 untuk penghantaran melalui Pos Laju 
  3. Caj sebanyak RM12.00 untuk penghantaran dihari yang sama sekiranya ditempah sebelum jam 11 pagi atau keesokkan harinya jika ditempat selepas jam 11 pagi
Pembayaran boleh dibuat secara online dengan pelbagai pilihan dan sangat mudah
Jadi tunggu apa lagi..layari Mall Karangkraf dan dapatkan novel atau majalah serta buku ilmiah dengan mudah dan diskaun harga yang menarik.

Selamat mencuba

9 comments:

  1. yeah...samalah kita , terjebak dgn Karangkraf Mall :)

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya umi....lina pun nak donlod la...sng la nk beli buku lps ni

    ReplyDelete
  3. Hi umi hehe best juga tu shopping buku tapi malangnya jauh sangat nak pergi :(

    ReplyDelete
  4. hehehe umi kite dah terjebak parah ni.. mesti dh byk memborong ni.. hehe

    ReplyDelete
  5. Saya selalu ke situ sebab saya tinggal di shah alam. Tapi tak tau pulak boleh jadi ahli kat situ.

    ReplyDelete
  6. Makin banyak lah review buku lepas ni. Selamat kembali membaca kak. Aktiviti yg sgt bagus tu

    ReplyDelete
  7. Sha suka beli dekat karangkraf mall ini..sebab banyak buku Thriller dan seram.. Hehehe..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!